Punca Perawat Shifa gagal mengubati pesakit.
Kita digalakkan untuk mendapatkan rawatan Shifa yang hanya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai penyembuhan segala penyakit. Namun tidak mudah untuk bertemu Perawat Shifa yang berbakat kerana beberapa sebab; antaranya mereka ahli bidaah, kaki merokok, baru nak belajar mengubati pesakit, tidak ikhlas hanya fikir keuntungan dengan mengarahkan pesakit berubat dengannya secara personal di tempat lain, bukan lawannya untuk menentang Jin yang kuat dan sebagainya.
Dulu aku tak pernah terfikir tentang hal ini kerana kurang pengetahuan. Tapi setelah mendengar ceramah seorang Ustaz yang mengatakan kegagalan Perawat Shifa berpunca dari dirinya sendiri tidak meninggalkan kemungkaran dan dosa kecil yang dianggap remeh seperti merokok dan mengamalkan bidaah. Sehinggalah aku akhirnya bertemu seseorang yang benar-benar Ikut Perintah Allah seluruhNya barulah sembuh setelah berpuluh tahun menanggung kesakitan akibat disihir. Dan bezanya antara Bomoh dan Perawat Shifa! Bomoh akan bagitahu siapa yang menghantar sihir tersebut. Akan tetapi Perawat Shifa tidak akan sesekali membuka rahsia siapa yang menghantar sihir tersebut demi tidak mahu pesakit berdendam. Namun jika kita telah menemui Perawat Shifa yang benar maka bersyukurlah kepada Allah atas KehendakNya jua dipertemukan dengan Perawat yang benar. Apapun yang Maha Menyembuhkan hanya Allah Azzawajalla, Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa.
Pengalaman aku berubat Shifa sebanyak 14 Ustaz namun tidak sembuh, sedikitpun tidak mematahkan usaha untuk terus berubat dengan Ustaz yang hanya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran. Dan akhirnya lebih dari 5 tahun barulah ketemu Ustaz yang boleh menyembuhkan aku tanpa menuntut bayaran yang mahal. Kebanyakan Perawat Shifa minta seikhlas hati menyumbang namun kebanyakan pesakit terlalu berkira dengan mereka. Untuk aku sendiri tiap-tiap kali mendapatkan rawatan Shifa, sekurang-kurangnya RM 50 aku hulurkan dan paling lebih pun RM 100 setelah sembuh. Tapi seeloknya datang lagi berubat Shifa dengan orang yang sama agar pendinding diri kita kuat kerana sekali terkena sihir untuk pulih seperti sediakala tidak mungkin lagi. Yang penting sembuh dan jangan tinggalkan solat 5 Waktu dan kerap berzikir siang dan malam.
Antara ciri Bomoh yang berketrampilan Berjubah dan Berserban seperti orang Alim! mereka menggunakan kemenyan, minta nama Ibu, baca mantera yang bukan sumber Al-Quran, memberi tangkal kuning atau hitam, minta pulut kuning, ayam hitam, dan menggunakan perkakas seperti pedang, keris, tombak dan seangkatan dengannya sewaktu upacara perubatan. Ini sebahagian contoh orang yang menggunakan khidmat Jin Islam yang Munafik atau Jin kafir selain saka keturunan mereka.
Tiada sesuatu yang boleh memudarat kita jika Allah tidak mengizinkan! dan tiada sesiapa boleh menghalang kesembuhan kita bila Allah Berkehendak, maka kepadaNya sahaja kita mohon Kesembuhan dan Perlindungan. Fikir-fikirkanlah.../Surau Tadah Bandar Muar









































































