Cinta yang di dustai
Lama sudah aku perhatikan Haslinda terlalu menyayangi Teman Lelakinya hingga lupa dunia. Saat ini seolah-olah tiada sesiapa boleh menghalang kasih sayang mereka berdua. Dunia terasa indah! hati terlalu bahagia, bahkan kalau boleh hari-hari nak berkepit lagaknya. Cinta membuat pasangan tidak kenal erti penat! lantaran bahagia telah mengusai jiwa pasangan sejoli ini. Walaupun terlalu pantas namun bila hati sudah saling terpaut maka perkara lain tak perlu di fikirkan.
Aku biarkan saja Haslinda angau dengan kisah cintanya sebab dulu akupun macam dia juga. Bagilah peringatan apapun! tak akan dipedulikan sebab telah berada dalam dunia masing-masing. Tapi bila sudah terjadi perpisahan! barulah tahu langit tu tinggi atau rendah. Masa tu dah terlambat nak minta pandangan orang yang pernah menasihati kita dulu. Dan sudah tentu masa kecewa! nak jumpa pun malu pada orang yang pernah ambil berat pasal kita. Itulah lumrah Alam! sifat manusia yang buta hati dan buta cinta yang belum tentu suci sepenuhnya.
Jauh di sudut hati, aku risau dengan Haslinda teman sekolah ku yang kini rakan sepejabat tempat kami bekerja di Stesyen TV Mega Holdings. Keasyikan irama percintaan yang sedang mereka nikmati sedikit pun tidak mempedulikan mata yang memandang kebanyakannya serong dan penuh kebencian didalam pejabat. Bukan semua orang suka dengan kebahagiaan kita! ada yang menunggu saat berpisah untuk berpesta meraikan rasa bahagia untuk mencemuh. Itu barangkali penyakit Ain yang digembar-gemburkan oleh media sosial sejak akhir-akhir ini. Zaman aku dulu tak timbul soal penyakit Ain! yang ada kifarah Alias Karma.
Tak perlu tunggu lama! tak sampai setahun dah berpisah. Dan Haslinda pada awal cuba bersikap tenang dan berpura-pura bahagia seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tapi aku tahu sebab tiap kali balik kerja! terus berkurung dalam rumah. Tak macam biasa masa bercinta, jarang sekali ada kat rumah. Aku tahu sebab jarak rumah Haslinda hanya beberapa blok dari rumah sewaktu. Dan untuk aku balik kerumah sewa pasti kena lalu depan rumah Haslinda.
Ditempat kerja! rakan sepejabat yang lain mula bersuka ria atas musibah yang menimpa Haslinda. Jika difikirkan balik kisah kelukaan ku masa lalu, rasanya aku lebih bernasib baik dari Haslinda sebab dulu tak ada sesiapa yang tahu aku sedang merana hati dan perasaan ku. Dan aku balut luka dijiwa dengan bersendirian selama 3 bulan. Tak bekerja dan mengurung diri dalam bilik macam dalam penjara. Makan minum pun tak teratur, mujurlah masa tu Arwah Mak masih ada maka dialah yang merawat kesedihanku.
Aku tak sampai hati nak biarkan Haslinda menanggung sedih seorang diri, walaupun masa bahagia aku pun tak dipandangnya. Itulah erti persahabatan yang kita tak perlu balas membalas perbuatan seseorang yang diluar akal mindanya saat sedang bahagia atas cinta yang belum tentu berakhir dengan perkahwinan. Banyak kali aku ajak Haslinda keluar makan waktu rehat pejabat seperti dulu-dulu sebelum Haslinda terjebak cinta yang membutakan hatinya. Lama juga tak keluar teman makan dengan aku semenjak cinta sedang membunga. Kini bunga dah layu dan membusuk maka inilah peluang aku ajak Haslinda balik teman aku makan sambil berborak-borak macam-macam kisah waktu sekolah dulu. Tapi saat dia tengah down ni! tak ada peluanglah nak gelak ketawa lagi. Tapi demi erti sebuah persahabatan! aku nak sembuhkan kelukaan Haslinda dengan nasihat yang berguna. Padahal masa aku dulu sedang kecewa! tak ada sesiapa pun bantu.
Kadangkala bila kita jatuh sendiri! dan sendiri bangkit... itu lebih baik daripada pergantungan hidup sesama manusia dalam meminta simpati. Aku saat terperuk kecewa! aku buat pilihan mengadu pada Allah sahaja atas tikar sejadah. Dan kebetulan aku gemar menulis maka segala isi hati aku terluah melalui penceritaan. Jadi! sedikit sebanyak meringankan beban hati yang sedang musnah saat itu. Dalam pada aku cuba mendekati Haslinda atas tujuan untuk menasihatinya, tiba-tiba hilang dari radar. Berhenti kerja tanpa notis dan akupun tak sedar bila masa dia berpindah rumah. Patutlah beberapa hari kebelakangan ni rumahnya gelap gelita, rupanya dah balik kampung agaknya. Aku tak mampu berbuat apa-apa, itu bahagian hidupnya yang tak serupa dengan jalan kisah hidup ku. Tapi pengajaran yang pernah aku alami saat terjebak dengan Cinta bodoh ni! aku hanya sedar tatkala sembuh dari kelukaan. Iaitu jangan terlalu mencintai seseorang melebihi diri sendiri apatah lagi membelakangkan Allah yang Maha Pemberi Kebahagiaan. Dia yang mengatur pertemuan! tapi Dia dilupakan ucap syukur atas nikmat cinta. Saat indah hanya ingat Makhluk! dah terluka baru nak ingat Allah. Tapi itu lebih baik daripada dah terluka namun terus menjadi syaitan dengan merawat kesedihan melalui hiburan dan minum khamar. Nasib tak baik mati dalam keadaan kafir ketika sibuk dengan hiburan yang melalaikan. Banyak orang yang terluka akan menyembuhkan kelukaan hati dengan cara yang berbeza. Tapi aku yang tak tahu malu ni kembali pada Allah dengan penuh penyesalan.... itulah kisah hidup ku masa lalu yang penuh kejahilan. Semoga Haslinda sentiasa dalam lindungan Allah hendaknya, Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa, maka kepadaNya lah kita mohon Kesembuhan. /Muar

















































