Beri pendapat yang melingkupkan
Bila baca posting-posting dari mereka yang mendakwa kenal Tuhan dan kenal Diri! sudah tentu tahap Ketauhidan seseorang amat berbeza. Ada yang menguasai Ilmu Tauhid sekadar teori, dan ada yang faham Tauhid diuji akan perkara ghaib. Maka timbullah rasa tidak puas hati dikalangan mereka yang belajar Agama di Universiti Antarabangsa yang mempertikai kebolehan penuntut pondok melebihi kepandaian mereka yang bersijil keduniaan semata-mata.
Kenal diri dan kenal Allah perlu keseimbangan dunia dan akhirat, kalau hebat dalam Agama tapi penampilan diri selekeh pun tak siapa nak hormati. Kebersihan tuntutan Agama tapi kenapa bila dah dakwa diri bermakrifat tinggi tapi diri bagai tak terurus?. Itu bukan tawaduk atau merendah diri namanya tapi secara tidak sengaja dah merendahkan Agama Islam itu sendiri. Jangan bingungkan orang awam yang sememangnya jahil dengan penampilan diri kamu yang bengung.
Islam itu mudah tapi jangan dipermudahkan! Islam itu indah namun jangan ditokok tambah keindahannya dengan berbagai bidaah biar nampak cantik tapi menyimpang dari landasan lurus. Orang yang berkongsi kisah benar bukan bermakna megah dengan kefahamannya. Contoh macam nampak perkara ghaib! itu bukan bererti dia Alim. Kebolehan itu Anugerah Allah pada sesiapa yang di KehendakiNya termasuk yang bukan Islam. Apa yang nak dipertikaikan dan cemburu amat atas kelebihan seseorang?. Makna bukti dia pembohong kalau ketika kejadian tersebut nampak perkara ghaib! yang ada bersama mereka ketika itu juga nampak nyata, adakah itu halusinasi?. Tak kan lah semua berhalusinasi dalam masa yang sama?, mereka bukan penghisap dadah. Mereka juga bukan orang gila! yang gila adalah belajar Agama tapi bodoh hal-hal ghaib dan sombong bodoh.
Iman tidak boleh diwarisi walaupun datang dari keturunan Wali, Ulama dan sewaktu dengannya. Ilmu boleh dituntut oleh sesiapa pun tapi tahap keimanan seseorang bergantung kepada berapa banyak ujian datang bertubi-tubi menghambat diri hingga hampir tersungkur dari landasan kebenaran. Hanya pendosa yang bertaubat akan lebih memahami dirinya sendiri daripada orang yang tidak pernah diduga dengan berbagai musibah. Orang Alim yang baik tapi tunggul lebih mudah perasan dirinya sempurna dan baik dari segala hal. Angan-angan orang Alim yang tidak pernah rasa beban dugaan kehidupan akan merasa hebat dalam diri mereka sendiri hingga memandang rendah pada orang lain yang tertimpa berbagai musibah. Iblis memang suka orang Alim macam ni agar bisa terus diperbodohkan dengan menyangka dirinya terselamat dari berbagai ujian atas sebab fahaman yang dibawanya itu benar.
Yang berkelulusan Universiti dan ada sijil Agama tapi hebat pada teori akan disokong oleh Iblis agar mereka mempertikaikan kebolehan Penuntut Pondok. Yang berkebolehan melihat perkara ghaib diseru Iblis agar berseteru dengan mereka yang beriman kan teori. Akhirnya kedua-dua belah pihak berjaya di perbodohkan. Yang suka posting menyindir dengan kata-kata kononnya orang yang menguasai Ilmu kenal Allah dan Diri lebih gemar mendiamkan diri. Kalau begitu jangan posting! buat apa posting sekadar untuk membenarkan kata-kata tapi tak kena cara juga. Diam ajelah kan lebih baik kalau rasa diri tu dah sempurna macam Sufi. Padahal kebanyakan Ahli Sufi tu pun sesat lagi menyesatkan dengan kisah-kisah Penglipurlara. Wali boleh duduk atas daun, boleh jalan atas air, kebal dari berbagai senjata dan sebagainya. Tapi kenyataannya semua ada khadam Jin Islam yang Munafik macam dirinya juga. Pendamping Jin atau saka keturunan kebanyakan mereka telah bergabung roh yang menjadikan seseorang manusia mampu melihat alam ghaib akibat menumpang kebolehan Jin yang ada dalam jasad. Pendek kata tak ada apa kelebihan pun sebenarnya jika dibandingkan Para Nabi dan Rasul yang dikurniakan mukjizat.
Maka mendakwa lah para Agamawan yang terkoyak kononnya itu kelebihan dalam diri atas Anugerah Allah. Padahal mereka yang belajar Ilmu Silat Makrifat yang boleh bergerak sendiri ilmu pertahanan diri pun mampu di ijazahkan kepada yang bukan Islam?. Yang berkhadam Jin pun zikir nama Allah juga! tapi tetap syirik sebab bergantung kekuatan pada makhluk halus. Mana hebatnya kalau ilmu itu sendiri pun tidak datang dan tidak ada zaman Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Yang wujud ilmu tersebut datang dari Agama-agama yang terdahulu seperti Nabi Isa, Daud dan Musa Alaihissalam. Termasuklah Nabi Sulaiman Alaihissalam dan beberapa lagi para Nabi yang ada Mukjizat untuk menentang golongan kafir yang hebat dengan sihir mereka atas pertolongan Jin dan Iblis.
Aku menghormati Pendakwah yang aku nampak lebih banyak baik dari buruk mereka seperti terbabit unsur-unsur bidaah atau teori. Aku tetap ikuti ceramah mereka dan hanya menolak sesuatu perkara tanpa perlu komen apa-apa. Bagi Pendakwah yang melampaui batas terus aku blok sebab Ustaz yang membesarkan Para Wali dan membenarkan Tawasul maka ia adalah bunga-bunga kearah Kesyirikan. Pertahankan lah pendapat mereka namun bagi aku yang dah campur dengan berbagai Fahaman dalam Agama Islam itu sendiri telah mendewasakan aku dan faham benar kenapa mereka tidak sehaluan walau atas nama Ahli Sunnah Waljamaah.
Aku dah bosan dengar ilmu yang mengarut cerita tentang kehebatan Wali, yang aku tumpukan sekarang ni ikut segala Perintah Allah seluruhNya dan ikuti sifat-sifat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang telah ditunjukan melalui sunnah nya. Itu lebih baik daripada ikut jalan berbagai Mazhab dan Ahli Sufi serta Orang Alim kononnya yang menokok tambah sesuatu perkara yang bukan Nabi buat. Fikir-fikirkanlah.../Muar





















































