Bila hati mudah koyak!

Dalam kehidupan ini kita akan dipertemukan dengan berbagai ragam sifat manusia hingga membuat diri kita berubah. Ada yang membenci kita tanpa sebab! ada yang mengkritik hingga kita terluka, ada yang tegur tanpa sebab atas kesalahan yang tidak kita lakukan, dan yang paling kita ingat masih ada insan yang hargai kita seadanya. Semua itu pembelajaran kehidupan yang berwarna warni. Bukan semua persahabatan berakhir dengan semakin akrab. Kebanyakan manusia yang kita temui sekadar berkawan sahaja umpama angin yang berlalu. Kawan ketawa memang ramai tapi kawan yang menangis!... satu dalam seribu payah nak jumpa. Tapi aku tak kisah! sebab dah terbiasa jumpa species macam ni kat dunia yang semakin ke penghujung. Lagipun mati nanti kita tetap keseorangan! tak perlu nak harapkan ada seseorang yang akan ingat kita sampai mati.

Harimau mati meninggalkan belang! manusia mati meninggalkan nama, maka berbuat baiklah walau kebaikan itu tidak sepadan dengan kehendak kita untuk dihargai. Sebab itu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah meninggalkan pesan, jangan memuji seseorang sebab takut akan menjatuhkan derajatnya! dan jangan menghina seseorang sebab bimbang-bimbang kejahatan itu akan berbalik kepada diri sendiri semula. Tapi kebanyakan penghinaan seseorang jarang berbalik pada diri sepelaku! kerana Allah Maha Bijaksana sebab tahu seseorang itu tidak akan menyesali perbuatannya. Maka ditimpakan kifarah itu kepada adik beradiknya atau anak-anak serta saudara mara sebagai pengajaran dan iktibar. Jika itupun tidak menyedarkan diperlaku maka hatinya perlu dirawat dengan teguran dari Allah yang lebih keras. Hanya Allah sahaja yang boleh memberi Hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Kita jarang mendoakan seseorang yang telah menganiayai kita dengan doa yang baik-baik! kebanyakan dari kita mengharap diperlaku mendapat balasan yang setimpal. Untuk aku sendiri pun tidak mampu mendoakan semua orang dengan doa yang baik-baik terutama musuh-musuhku. Ia bergantung kepada situasi! antara yang pernah aku doa yang baik-baik hanyalah pada seseorang yang pernah berjasa satu masa dahulu, tiba-tiba ia berubah menjadi musuh tanpa sebab... dan aku tetap mendoakan kebaikan baginya. Tapi orang yang menganiayai aku dengan fitnah maka aku menunggu pembalasan di akhirat kelak walaupun didunia ini aku tidak akan sesekali mendoakan kemusnahan buat dia. Yang aku doa pada Allah agar kebenaran berpihak padaku walaupun aib diri telah merebak menjatuhkan maruah.

Pesan Arwah Bonda! biar orang buat kita, jangan kita balas kejahatan dengan kejahatan. Tapi nak bersabar itulah yang sukar dan memakan diri sendiri dalam diam hingga berubah kerektor seseorang yang bahagia menjadi trauma. Allah Maha Adil! tapi kebanyakan dari kita yang menganiayai diri sendiri. Kadangkala ujian tersebut untuk menghapuskan dosa kita jika mampu bersabar. Ada juga musibah yang datang untuk menaikkan darjat kita. Tapi yang aku perasan! dugaan yang datang untuk kita jangan lalai dari mengingati Allah dalam apa jua keadaan. Kita disyorkan saat ketawa berpada-pada, saat bersedih jangan sampai seolah-olah menyalahkan takdir. Allah hendak kita jauh dari cinta duniawi! sebab itu lah hadirnya berbagai ujian semata-mata untuk kita kembali KepadaNya Mohon Keampunan. Bukan semua orang beruntung dapat Peringatan dari Allah! tapi kebanyakan manusia tidak Sadar.

Aku yang banyak pengalaman dan penyaksian pun hanyut gara-gara emosi! inikan pula mereka yang jauh dari Allah. Kekuatan seseorang semua bergantung harap pada Pertolongan Allah sahaja. Tanpa Dia kita tidak mampu menghindar apa jua bencana. Sebab itu perlunya kita rajin merenung diri dengan bertafakur sebaik melaksanakan Solat 5 Waktu. Hari-hari kita akan melakukan kesilapan sama ada besar atau kecil! sama ada jatuh dosa atau mendapat pembalasan dengan segera sesuai perilaku manusia itu sendiri. Sebagai contoh! kita sepak kucing tanpa sebab, tak lama kemudian kita dapat karma dimana kaki kita terseliuh secara tiba-tiba. Itu yang dinamakan pembalasan segera sebagai penghapus dosa.

Apapun selagi bernama manusia! kita tetap gemar melakukan dosa-dosa kecil seperti mentertawakan orang yang kena kutuk. Kita gembira bila orang yang memusuhi kita ditimpa musibah. Kita bahagia dengan nikmat dunia hingga lupa ucap syukur dalam hati dan bukan sekadar ucapan dibibir sahaja. Kita hidup didalam kelalaian bila ramai! namun bila bersendirian kita mampu merenung kesilapan diri secara peka. Itulah nikmat bila bersendirian yang ramai tidak suka akan perkara tersebut. Fikir-fikirkanlah.../Perpustakaan Awam Muar

3 jam laluDiedit kepada

1 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator