Keyakinan Golongan Tasawuf Sesat

Sebelum aku mendalami Ilmu Tauhid, aku berdamping dengan beberapa fahaman Golongan Tasawuf. Tapi yang nak aku kongsikan kali ini tentang Dakwah Tasawuf yang kemudiannya baru aku sedar mereka menyeleweng dari landasan yang benar. Apa pendapat mereka sekadar pada logik! tapi bagi orang jahil sudah tentu akan meyakini dan terperangkap dengan akidah yang menyesatkan. Ada beberapa perkara yang nak aku sampaikan bermula dengan dakwaan mereka kononnya kita Bangsa Manusia dijadikan untuk menguji Para Malaikat. Jadi kejadian kita sebagai Keturunan Adam Alaihissalam sebagai alat sebabnya begini kata mereka.

Allah jadikan Malaikat Makhluk yang pertama sekali, kemudian dijadikan Bangsa Jin sebagai Khalifah yang pertama dimuka bumi. Tapi Para Malaikat tidak ada pengalaman dan penyaksian maka mereka tidak membantah apabila Allah hendak jadikan Bangsa Jin. Apabila setelah melihat Bangsa Jin yang saling bunuh membunuh sesama mereka serta membuat banyak kerosakan di muka bumi barulah dari situ Para Malaikat belajar sesuatu dari kejadian Jin. Dan apabila Allah hendak cipta Adam Alaihissalam sebagai Khalifah di dunia bagi menggantikan Bangsa Jin yang total gagal maka barulah Para Malaikat berani bersuara. Dan Ketua Malaikat bernama Azazil yang menjadi perantaraan untuk membantah. Kata Para Malaikat, tidak cukupkah kami yang sentiasa beribadah kepada MU siang dan malam tanpa henti. Tidak cukupkah kejadian Jin yang terbukti telah membuat kerosakan. Inikan pula Manusia yang bernama Adam untuk Engkau jadikan Khalifah dimuka bumi. Sudah tentu manusia ini pasti akan membuat kerosakan seperti mana Bangsa Jin. Tapi oleh kerana Azazil paling kuat menentang tidak mahu sujud pada Adam Alaihissalam maka dilaknat menjadi Iblis. Dari kisah itu nampak yang kita Bangsa Manusia menjadi alat untuk menguji Para Malaikat sama ada terus kekal beribadah atau menentang. Dan akhirnya terbukti Ketua Malaikat bernama Azazil yang terlambat menjadi Iblis dan bermusuhan dengan kita Umat manusia.

Sebab itu Golongan Tasawuf Sesat ini mendakwa lagi Allah yang tentukan jahat dan baik seseorang manusia. Boleh menggauli anak kandung sendiri sebab itu hanya sebagai amanah sahaja untuk kita jaga. Arak tidak haram selagi tidak jatuh mabuk. Yang haram itu apabila seseorang lupa diri. Dan mereka dakwa lagi sewaktu Islam mula bertapak, arak masih tidak diharamkan. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang minta Allah haramkan arak ini. Jadi Golongan ini walaupun mendirikan Solat 5 Waktu tapi tetap minum arak. Babi tak haram sebab kejadian Babi tu sendiri ciptaan dari Mukjizat Nabi Nuh Alaihissalam ketika atas bahtera hasil dari mengusap kepala gajah maka zahirlah Babi untuk memakan najis. Sebab itu kalau darurat kita boleh makan babi dakwa mereka.

Kata-kata Keramat Golongan Tasawuf Sesat ni adalah; KITA ADALAH ALLAH! TAPI ALLAH BUKAN KITA. Lalu ditunjukkan pada pengikutnya bahawa apa yang kita nampak macam rumah, kenderaan, haiwan dan segala hakta kebendaan yang ada adalah Allah. Kita menumpang zatNya. Tiada istilah manusia tu semua masuk Neraka! sebab syurga dan neraka itu hanya kiasan. Kita sama-sama berkongsi syurga walau berlainan Agama dan bangsa dakwa mereka. Satu lagi kata-kata Keramat mereka bagi meyakinkan pengikut; KATAMU KATA ALLAH! KATAKU KATA ALLAH. ALLAH BERTEMU ALLAH DAN BERKATA-KATA. Kita semua hanya melakonkan watak-wataknya dalam kehidupan dunia yang sementara ni.

Bahkan ada diantara mereka sanggup melaburkan isteri atas faktor kesusahan dan perkara itu diperbolehkan atas dasar darurat kata mereka. Batu cincin menjadi sebahagian daripada perhiasan hidup sebab kata mereka setiap batu cincin mengandungi penawar segala penyakit yang berbeza. Boleh menyembah Makam sebab Para Wali itu juga zat Allah untuk mengambil berkat. Tak menguasai bacaan Al-Quran tidak mengapa sebab segala ilmu tersebut ada didalam dada kita sejak lahir sebelum mengenal diri. Allah lah Guru kita melalui ilham yang disampaikan melalui firasat atau mimpi. Dan kelebihan melihat perkara ghaib juga termasuk kebolehan mereka yang terbabit kononnya anugerah Allah. Padahal bagi pandangan aku selama tersesat jalan! kenampakan hal-hal ghaib didorong oleh Syaitan yang terdiri daripada Jin Islam yang Munafik dan Jin Kafir yang bersetongkol dengan Iblis. Sebab kebanyakan mereka yang meyakini ilmu tersebut benar akan dianugerahkan pangkat seperti Kiyai, Wali, Rasul dan Iman Mahadi. Dan apabila kita mula menolak pegangan yang sesat ini, mulalah sakit misteri dan ada diantara rakan-rakan yang gila isim.

Pendek kata hati-hati memilih Guru Agama dan tidak semua Kumpulan Dakwah ada benar ajaran mereka. Semoga dengan perkongsian ini dapat kalian meninggalkan ciri-ciri kesesatan yang telah saya sebutkan agar mendapat Perlindungan Allah sepenuhnya. Apapun pengalaman yang sesat ini menjadikan aku lebih berhati-hati dan peka dengan siapa nak aku dekati walaupun mereka berfahaman lain yang bergelar Ustaz. Fikir-fikirkanlah...

Nota: Alhamdulillah kumpulan Dakwah sesat ini telah pun ditangkap dan dibubarkan. Namun serpihan dari pengikut tegar masih meneruskan dengan nama yang baru.

Muar
8/12 Diedit kepada

... Baca lagiBerdasarkan pengalaman peribadi saya dalam mengenali pelbagai ajaran dan golongan tasawuf, saya mendapati bahawa fahaman sesat yang dikupas dalam artikel ini memang wujud di sekeliling kita dan berpotensi menyesatkan terutama mereka yang kurang ilmu agama yang mendalam. Golongan ini biasanya menggunakan istilah dan simbol sufi yang nampak baik dan kerohanian tinggi untuk menarik perhatian, tetapi jika diteliti hujah dan pendekatan mereka, jelas banyak yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar khususnya Al-Quran dan Sunnah. Contohnya dakwaan bahawa manusia dicipta untuk menguji malaikat atau bahawa kita adalah Allah adalah bentuk kekeliruan besar dalam akidah yang boleh merosakkan pegangan seseorang. Terdapat juga kelompok golongan ini yang cuba membenarkan perkara haram seperti meminum arak dan makan babi dalam keadaan darurat, ataupun menyamakan keberkatan dengan menyembah makam wali, walhal semua itu bukanlah amalan sunnah. Saya juga pernah menyaksikan sendiri bagaimana sesetengah individu yang terpengaruh dengan ajaran sesat ini mula menolak ilmu Al-Quran dan hadis, mempercayai ilmu ghaib melalui mimpi atau firasat tanpa sandaran syarak. Perkara ini sering mengakibatkan mereka terjerumus dalam masalah spiritual, gangguan jin dan akhirnya kesihatan mental terganggu. Ramai yang akhirnya memerlukan bimbingan dan rawatan selepas tersesat dengan cara ini. Antara tanda utama golongan sesat ini adalah sikap mereka yang menolak kepimpinan ulama dan cenderung mengangkat diri sendiri atau pemimpin mereka sebagai wali besar, hatta boleh mendakwa mendapat wahyu sendiri. Mereka juga kadang kala membenarkan perkara yang jelas bertentangan dengan syariat karena alasan kepentingan peribadi atau kononnya 'deen yang hakiki'. Oleh itu, sangat penting bagi setiap Muslim agar sentiasa berhati-hati dalam memilih guru dan kumpulan dakwah. Sentiasa merujuk kepada kitab-kitab rujukan yang sahih serta ulama yang ditaati supaya tidak mudah terjerumus dalam kesesatan. Jangan mudah terpedaya dengan falsafah dan dakwah yang kelihatan hebat tetapi bertentangan dengan asas aqidah dan syariat. Ingatlah juga bahawa syurga dan neraka adalah hakikat sebenar yang telah jelas dijelaskan dalam Al-Quran, bukan sekadar kiasan semata-mata. Menolak hal ini boleh membawa kepada kefasikan dalam iman. Teruskan mencari ilmu yang benar dan amalkan ia dalam kehidupan harian supaya terpelihara dari ajaran sesat yang semakin bermaharajalela dalam masyarakat hari ini. Akhir kata, semoga perkongsian pengalaman ini membantu pembaca lebih memahami bahayanya golongan tasawuf sesat dan memperkukuh pegangan Islam yang benar. Sentiasa mohon perlindungan dan hidayah Allah agar dijauhkan dari segala fitnah dan kesesatan. Jangan mudah percaya tanpa usul periksa, kerana akidah adalah perkara paling asas dalam kehidupan seorang Muslim.

7 komen

Imej مايسره 👑
مايسره 👑

Bukan biasa2 sesat dia..sesat sangat tu 😅

Lihat lagi(1)
Imej Nurjamilah Jaaf
Nurjamilah Jaaf

tuan,maaf saya nak tanya...adakah kumpulan Tasauf sesat yang tuan maksudkan itu kumpulan Al A___m yang masyhur di era 80an dahulu?

Lihat lagi(2)

Lihat lebih banyak komen

Siaran berkaitan

Gambar menunjukkan individu berambut merah jambu dengan solekan, di atas teks bertulis 'Golongan Tasyabbuh' dan pengumuman debut kumpulan 'genderless' XLOV pada Januari 2025.
Teks ini membincangkan kebimbangan ibu bapa terhadap pengaruh Kpop dan kumpulan XLOV yang 'genderless', serta ahli-ahlinya Wumuti, Rui, Hyun, dan Haru.
Teks menerangkan konsep 'genderless' XLOV sebagai gabungan elemen maskulin dan feminin, serta memetik hadis Nabi SAW mengenai larangan menyerupai jantina berlainan.
“Golongan Tasyabbuh” Islam LAKNAT SEKERASNYA ❌‼️
Hi Lemonersss!!! Semakin lama semakin sedih 😣 terlalu ramai enabler golongan ini sekarang… Incase kamu lupa tolong perhatikan hadis ini semula; Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat golongan yang menyerup
Anne Sandra

Anne Sandra

87 suka

IJAZAH KHUSUS HIZIB BAHAR (IJAZAH BERSANAD) 1) Apakah itu Hizib Bahar? Hizib Bahar ialah wirid atau doa yang masyhur dan dinisbahkan kepada Imam Abu Hasan al-Syadzili رحمه الله, seorang tokoh besar dalam dunia tasawuf dan pengasas Tarekat Syadziliyah. Ia diamalkan secara meluas dalam kala
Jehan799

Jehan799

1 suka

Nikah Mut'ah Ajaran Sesat Syiah Follow @muslimediyah agar tidak ketinggalan serial faedah selanjutnya. #muslimediyah #serialFaedah #firoq
Muslimediyah

Muslimediyah

0 suka

Senarai 7 seksaan neraka yang disebut dalam Al-Quran dan Hadis, termasuk kulit dibakar, memakai sandal api, dan kepala disiram air mendidih. Terdapat juga doa memohon syurga dan berlindung dari neraka.
Seorang lelaki memakai topi 'AVENGERS' dan baju-T 'MERDEKA MALAYSIA' berdiri di dalam bilik. Dia mengangkat tangan sedikit, menunjukkan ekspresi seolah-olah sedang beraksi.
Imej menunjukkan dua watak dengan latar belakang api, diiringi teks tentang tugas iblis yang bukan sahaja menghasut maksiat tetapi juga ibadah, sehingga manusia merasa paling sempurna dan suci.
Kisah-kisah Neraka sikit pun tidak menakutkan manusia lagi.
Apa bila Agama tidak dipelajari secara mendalam maka begitulah akidah Tauhid mereka kosong. Semua orang boleh diri kan Solat 5 Waktu! tapi pada siapa yang disembah?. Cakap saja semua orang mampu berkata-kata indah! tapi menghayati ibadah itu yang sukar. Semua berpunca tak jaga Istinjak yang betul-b
Bekas Penulis

Bekas Penulis

3 suka

Seorang wanita berhijab dan berbaju corak sedang melihat tumbuhan pasu di luar rumah. Teks pada gambar menerangkan bahawa Saka lebih aktif daripada sihir, menyembunyikan diri dan menuduh sihir, serta hanya perawat yang bijak dapat mengetahui tipu helah Saka ini.
TIPUDAYA SAKA YG BANYAK HELAH
pening kan hadap perangai JIN. sebab tulah orang kata sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia. putar belit nombor 1, kejap mengaku si jubah putih, kejap merangkak jadi harimau. kejap berenang tebar ekor seolah2 dia buaya. kejap gerak2 tangan menari macam ular dipalu.. kejap buat bunyi macam orang utan.
A M N I Q L O

A M N I Q L O

2 suka

Gambar membandingkan Iblis dan Setan, menunjukkan dua ilustrasi makhluk merah bertanduk. Iblis digambarkan sebagai Azazil yang enggan sujud kepada Adam, manakala Setan dijelaskan sebagai sifat yang boleh merujuk kepada jin, manusia, atau haiwan yang menyesatkan.
Amalan/Perbuatan yang disukai syaitan/jin/iblis 👹
Syaitan, jin dan iblis adalah musuh ketat manusia yang sentiasa berusaha menyesatkan keturunan Nabi Adam daripada jalan Allah. Mereka suka apabila manusia lalai daripada mengingati Allah dan terjebak dalam perkara yang dimurkai-Nya. Oleh itu, penting untuk kita mengenali perbuatan yang mereka sukai
Supermama Superwife 💪

Supermama Superwife 💪

66 suka

Imej menunjukkan seorang lelaki membaca al-Quran dengan figura jin bayangan di belakangnya, menerangkan konsep Jin Qorin sebagai pendamping yang membisikkan godaan. Ia juga menyenaraikan cara melindungi diri daripada gangguan Qorin berdasarkan ajaran Islam.
Jin Qorin
Jin qorin ialah istilah dalam Islam yang merujuk kepada pendamping daripada golongan jin yang dikaitkan dengan setiap manusia. Dalil utama ialah hadis sahih, apabila Nabi Muhammad ﷺ bersabda: "Tidak ada seorang pun daripada kamu melainkan telah ditetapkan baginya seorang qarin daripada ka
Supermama Superwife 💪

Supermama Superwife 💪

2 suka

Gambar menunjukkan tajuk 'TAK SANGKA!! Sindrom ABDL Tu Wujud???' dengan kisah suami kencing atas tilam dan isteri memakaikan lampin. Terdapat juga teks 'Mahu Dimanja Bak Bayi, Pengantin Terkejut Suami Pakai Lampin Pada Malam Pertama'.
Imej ini mendefinisikan ABDL (Adult Baby Diaper Lover) sebagai kecenderungan berpakaian, berkelakuan atau bergaya hidup seperti bayi, termasuk memakai lampin. Latar belakang menunjukkan lampin dewasa.
Gambar menyenaraikan ciri-ciri atau tingkah laku sindrom ABDL seperti memakai lampin, menggunakan puting dan botol susu, bermain mainan kanak-kanak, serta keinginan dimanja oleh 'pengasuh'.
❗TAK SANGKA!! Sindrom ABDL Memang Ada 😓
Dear 🍋✨, #TengahPanas #ViralKini Jarang2 sis dengar ada masalah kendiri mcm ni.. Ni kira first time lah juga 😅.. Setelah diselidiki, ia bukan antara masalah kesihatan atau psikologi yang serius tapi lebih kepada cara hidup pilihan (tabiat-yang masih boleh diubah). Ada ke patut?? Aduhai...
Sumayyah

Sumayyah

13 suka

Surah Al-Taubah, Ayat 128-129.
#MyFreeTime #AnonymousStory #Rezeki #Lemon8Malaysia
LintasanHati

LintasanHati

35 suka

Infografik membandingkan Syirik dan Kufur. Syirik didefinisikan sebagai menyekutukan Allah, digambarkan dengan seseorang menyembah berhala. Kufur didefinisikan sebagai menolak atau tidak percaya kepada Allah, digambarkan dengan seseorang menolak ajaran agama. Terdapat ikon mentol lampu di bawah.
Definisi, jenis, dan kesan akidah.
Syirik dan kufur adalah dua bentuk dosa besar dalam Islam, tetapi kedua-duanya berbeza dari segi definisi, jenis, dan kesan akidah. Berikut ialah perbezaan antara syirik dan kufur secara ringkas dan mudah faham: --- 1. Definisi Syirik: Maksud Menyekutukan Allah dengan sesuatu – samada
YADIH KIKIE

YADIH KIKIE

21 suka

Gambar batu nisan dengan tajuk "10 Tanda-Tanda AJAL SESEORANG HJ.OMAR Semakin Hampir" di atasnya, menunjukkan topik tentang tanda-tanda kematian.
Menerangkan dua tanda pertama: hati cenderung kepada akhirat (tenang, kurang minat dunia, banyak berzikir) dan mudah menangis tanpa sebab jelas, terutamanya bila dengar al-Quran.
Menjelaskan tanda ketiga: hubungan dengan manusia menjadi baik, termasuk mudah memaafkan, meminta maaf atau menyelesaikan hutang, dan ingin berdamai dengan orang lama.
Real Experience Arwah Ayah, 2025 Tak Boleh Lupa
Melalui apa yg telah sy alami, begitulah serba sedikit tanda yang sy nampak dr arwah ayah sy, sebulan dan beberapa hari sebelum beliau kembali ke rahmatullah. Sahabat ada alami/nampak apa-apa tanda drpd orang terdekat sebelum mereka meninggal tak?? (btw sorry point 7 je, typo pulak tajuk tu
Ibu Ayyash

Ibu Ayyash

2030 suka

Imej ini memaparkan tajuk 'Perjalanan Roh Ke Alam Barzakh' dengan perbandingan antara roh 'Husnul Khotimah' (baik) dan 'Suul Khotimah' (jahat). Teks di atas menerangkan permulaan perjalanan roh yang baik selepas kematian, dibawa malaikat maut ke langit ketujuh.
Imej ini menerangkan perjalanan roh 'Husnul Khotimah' (baik), di mana roh dibawa mengadap Allah, dibekalkan buku amalan, dan kembali ke bumi untuk melihat pengebumian. Amalan baik akan menemani roh di alam barzakh.
Imej ini menyambung penerangan tentang roh 'Husnul Khotimah' (baik) di alam barzakh. Roh-roh baik akan bertemu semula dengan ahli keluarga, jiran, dan sahabat, bertanya khabar sementara menunggu hari kiamat.
Perjalanan Roh Selepas Kematian. 😌
Alam barzakh tempat kita menunggu sebelum bermulanya akhirat. Amalan dan bekalan ibadah secukupnya untuk di bawa ke sana. Di mana letaknya kita di sana nanti? Semoga segala amalan kita diberkati dan tergolong dalam golongan husnul khotimah. 🤲🏻 #RamadanBermakna #fyplemon8
holalolalo 🌸

holalolalo 🌸

7 suka

Imej ini menggambarkan konsep Taghut sebagai segala yang disembah, diikuti, atau ditaati secara melampaui batas terhadap Allah. Ia menunjukkan berhala dan kekayaan, pemimpin zalim yang mengawal manusia, serta hiburan maksiat. Di bawahnya, Al-Quran terbuka menekankan seruan untuk menyembah Allah dan menjauhi Taghut.
Awas jangan sembah taghut
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Apakah itu Taghut? Perkataan taghut (الطَّاغُوتُ) berasal daripada perkataan Arab ṭaghā (طَغَى) yang bermaksud melampaui batas. Dalam istilah syarak, taghut ialah segala sesuatu yang disembah, ditaati atau diikuti secara melampaui batas sehingga menyaingi
Salafus Ummah

Salafus Ummah

3 suka

Gambar ini membandingkan Bani Israel dan Negara Israel, dengan ilustrasi orang bersujud untuk Bani Israel dan bendera Israel yang dilarang untuk Negara Israel. Teks menjelaskan perbezaan sejarah dan konsep kedua-dua istilah.
Bukan Israel tapi sebut Yahudi
#KalauLah #UmurNiBaruTahu #NakJujur #Lemon8Malaysia
nayl نيل

nayl نيل

76 suka

Setiap penuntut ilmu agama WAJIB mengenali akidah dan ibadah gurunya.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Berikut adalah dalil yang melarang umat Islam mengambil ilmu agama daripada orang yang menentang Allah ﷻ dan Rasul-Nya ﷺ Termasuk yang golongan yang menghina dan bersubahat menghina sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. JIKA KAMU TETAP
Salafus Ummah

Salafus Ummah

2 suka

Gambar menunjukkan nota putih dengan latar belakang kuning terang, memaparkan soalan 'Apa tu mata batin dan deria keenam ??'. Perkataan 'mata batin' dan 'deria keenam' digariskan hijau neon. Terdapat logo 'Ask Lemon8' di atas dan nama pengguna '@nur_dhiah_' di bawah.
apa tuu??
Apa tu mata batin dan deria keenam ?? Istilah **mata batin** dan **deria keenam** sering digunakan dalam perbincangan mengenai fenomena luar biasa atau persepsi ekstra-sensori. Walaupun kedua-duanya berkaitan dengan kemampuan merasa atau melihat perkara yang tidak nampak oleh mata kasar, terdapa
꧁𝓝𝓾𝓻𝓓𝓱𝓲𝓪𝓱🎀𝕲𝖘

꧁𝓝𝓾𝓻𝓓𝓱𝓲𝓪𝓱🎀𝕲𝖘

3 suka

#Ilmu Agama-4 Golongan Tempat Kerja Kenyataan
#TengahPanas #PendapatKu #IslamAjar Majlis Ilmu Agama - 4 Golongan atau kategori ditempat kerja kenyataan atau Sembang kosong sapa terasa lantaklah😅😅😅😁😁
✨💫Abg Long Zid 💫✨

✨💫Abg Long Zid 💫✨

6 suka

#Jom Mengulangkaji Ilmu Agama
#IslamAjar #IlmuAgama #Moga bermanfaat perkongsian ini 🤲 Aamiin ya Rabbal Alamin
✨💫Abg Long Zid 💫✨

✨💫Abg Long Zid 💫✨

2 suka

Kolaj empat bahagian: teks tentang hubungan sejenis dan azab kaum Nabi Lut, berita polis tentang 171 lelaki dibebaskan, profil individu dengan sejarah kerja dan komen sembang, serta kenyataan media polis mengenai tangkapan aktiviti songsang.
Teks dalam bahasa Melayu dan Arab membincangkan hubungan sejenis dan azab kaum Nabi Lut, dengan petikan dari Surah Al-Qamar, 33-34.
Seorang pegawai polis bernama Fadil bercakap di sidang media, dengan tajuk berita "REMAN DITOLAK, 171 LELAKI DISYAKI TERBABIT AKTIVITI SONGSANG DIBEBASKAN" bertarikh 30 November 2025.
"Hubungan sejenis"&azab kaum Nabi Lut
"Hubungan sejenis"&azab kaum Nabi Lut...pernah tengok laki suka laki... #AkuPunPernah #RelateTak #SetujuTak #TanyaSikit #PlsAdvise
Nurul Solihah bt Md Esa

Nurul Solihah bt Md Esa

4 suka

🌻Bab 4: Tingkatan Iman _ Pengenalan
■■■■■■■■■■■■■■■■■ KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ (Siri 190) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 𝐁𝐚𝐛 𝟒: 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐬𝐚𝐥 𝟏: 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥𝐚𝐧 — 𝐈𝐦𝐚𝐧 Pernahkah kalian ter
Al Faqir137_

Al Faqir137_

2 suka

Berdasarkan pengalaman 😌😌😌
Dua patah perkataan yang TERSANGAT tak boleh DIPERCAYAI 😤😤😤. Saya SETIA orangnya 🤢🤮. PINJAM DULU, nanti ku bayar 😮‍💨🫩.
C H U M I E X

C H U M I E X

0 suka

Imej memaparkan Kubah Hijau Masjid Nabawi dan menara-menara. Teks 'KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH SIRI 11' tertera di atasnya, dengan logo Lemon8 di sudut kiri bawah.
🏝🌸RISALAH SUFI🌸🏝
■■■■■■■■■■■■■■■■■ KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ (Siri 11) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Fasal 3: Tanda-Tanda Ahlus Sunnah yang be
Al Faqir137_

Al Faqir137_

2 suka

𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐀𝐟𝐝𝐡𝐚𝐥 𝐙𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐛𝐮𝐫.. Terutama kubur ibu ayah, disunatkan menziarahi pada: • Hari khamis ba'da solat Asar. • Sepanjang Hari Jumaat. • Hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh ada di perkuburan menunggu anak-anak menziarahinya. Adab Menziarahi Kubur; • Memberi salam kepad
دانيا حميرا

دانيا حميرا

28 suka

Gambar menunjukkan catatan tulisan tangan tentang ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi perkataan 'berlindung', termasuk dari Surah Al-Baqarah 2:67 dan Surah Hud 11:47, dengan rujukan kepada Nabi Musa dan Nabi Nuh.
Catatan tulisan tangan ini menyenaraikan ayat-ayat Al-Quran dari Surah Maryam 19:18 dan Surah Al-Mukminun 23:97-98, yang mengandungi permohonan perlindungan daripada gangguan dan hasutan syaitan.
Gambar ini memaparkan catatan tulisan tangan ayat-ayat Al-Quran dari Surah Al-Falaq 113:1 dan Surah An-Nas 114:1, yang menyeru untuk berlindung kepada Allah sebagai Pencipta dan Pelindung manusia.
Allah Yang Maha Melindungi ❤️ isikan Robiah Qalbi
Alhamdulillah.. Bismillahirrahmanirrahim.. Subhanakala I'lmalana illa ma a'alamtana innaka antal a'limulhakim Rabbi Zidni I'lma Allahumma Solli Aala Saiyyidina Muhammad Waala Aali Saiyyidina Muhammad ❤️💖💖💖💖💜 Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakbar Walahaulawal
Adah Ahmad

Adah Ahmad

4 suka

Gambar utama menunjukkan seorang lelaki berkopiah putih dengan teks "4 KES JENAYAH SEKSUAL Ustaz Selebriti Mak-Mak Ketar Tangan", menyoroti isu jenayah seksual melibatkan ustaz selebriti yang membimbangkan ibu bapa.
Berita Sinar Harian bertajuk "Amang seksual: Hukuman penjara PU Azman dikurangkan kepada 12 tahun", menunjukkan PU Azman berbaju putih diiringi anggota polis, berkaitan kes jenayah seksualnya.
Berita Bernama bertajuk "Rogol kanak-kanak, penceramah bebas dipenjara 15 tahun dan disebat", dengan imej tukul kehakiman, menggambarkan hukuman berat bagi kes rogol kanak-kanak oleh penceramah bebas.
Tak Boleh Move On dengan 4 Kes ni...
Sebagai seorang Ibu dengan anak perempuan satu2nya. Amatlah bimbang utk saya melepaskan anak ke tangan org, kalau yg beragama pun begini, bagaimana pula jika yg tidak? Ternyata... 1. Ilmu/Gelaran Agama Tidak Menjamin Iman & Akhlak. - Hormati, tetapi tahu batas salah & benar, elak
Ibu Ayyash

Ibu Ayyash

32 suka

Gambar menampilkan Al-Qur'an berwarna merah muda, tasbih berbentuk hati, dan tangan memegang tasbih digital. Teks overlay bertuliskan '6 Tanda HATIMU KOTOR dalam Islam', mencerminkan topik pembersihan hati dalam ajaran Islam.
6 Tanda HATIMU SUDAH KOTOR!!
Dalam ajaran Islam, hati adalah pusat keimanan dan sumber amal. Kalau hati kotor (qalbun maridh / qalbun mayyit), maka pikiran dan perbuatan juga ikut rusak. Rasulullah ﷺ bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Jika i
Agniya 💗✨

Agniya 💗✨

303 suka

Gambar muka depan artikel menunjukkan makhluk bertanduk dan bersayap memegang gitar, dengan tajuk "#SeramBetul SYAITAN & MUZIK Antara Hiburan atau Hasutan?". Nota muzik terapung di sekelilingnya.
Latar belakang makhluk bertanduk dan nota muzik, dengan teks menerangkan "Satanic Symbolism" dalam muzik barat. Ia menyebut penggunaan simbol pentagram, tanduk, dan lirik tersembunyi yang mempengaruhi emosi manusia.
Latar belakang makhluk bertanduk dan nota muzik, dengan teks menerangkan fenomena "Backmasking". Ia merujuk kepada rakaman lagu yang dimainkan terbalik, didakwa mengandungi mesej menyeru syaitan, mencetuskan panik moral.
Syaitan dan Muzik — Antara Hiburan atau Hasutan?😈
Pernah terfikir kenapa ada lagu yang buat bulu roma berdiri walau tak seram pun? Ada irama yang dikatakan dicipta dengan “bantuan” syaitan, tersembunyi di sebalik melodi dan lirik. Adakah itu cuma mitos, atau memang ada sesuatu yang lebih gelap dalam dunia muzik daripada yang kita dengar? #Sera
ean

ean

19 suka

𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐝𝐢𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧? 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐭𝐡 dari 𝐀𝐛𝐮 𝐇𝐮𝐫𝐚𝐢𝐫𝐚𝐡, 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 ﷺ Bersabda; "𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒆𝒏𝒕𝒊𝒂𝒔𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒐𝒍𝒐𝒏𝒈 𝒉𝒂𝒎𝒃𝒂 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂 𝒅𝒊𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒐𝒍𝒐𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒖𝒅𝒂𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂." [𝐇𝐑.𝐌𝐮𝐬𝐥𝐢𝐦 𝐍𝐨.2699] Jika duitmu dihabiskan hanya untuk mencukupi keperluan keluargamu dan bahkan kamu tidak punya baki tabunga
دانيا حميرا

دانيا حميرا

29 suka

Imej menunjukkan bulan purnama di langit mendung dengan teks "7 DOA WAJIB BACA !! Pada Malam Nisfu Syaaban" dan arahan "SWIPE". Logo Lemon8 dan nama pengguna @nobien40 tertera di bawah.
Jangan Lupa Malam Ni Lepas Maghrib (2/2/26)🌙🙏✨️🫧
Jangan lupa ya. Malam ini, Isnin selepas Maghrib, 2 Februari, merupakan Malam Nisfu Syaaban mengikut Takwim JAKIM. Disebut dalam beberapa hadis, pada malam Nisfu Syaaban Allah SWT membuka pintu keampunan kepada hamba-hamba-Nya, kecuali mereka yang melakukan syirik, menyimpan dendam dan memutu
Valencia House🍊🏠

Valencia House🍊🏠

77 suka

Kolase foto pasangan selebriti dengan teks "Di Umur 27 Baru Tau PASUTRI BISA CERAI TANPA TALAK KAMU HARUS TAU!! Shock!!" yang menunjukkan kejutan tentang perceraian tanpa talak.
Kolase foto pasangan selebriti dengan teks yang menjelaskan bahwa dalam Islam ada perceraian tanpa talak, yaitu Fasakh, Khulu', dan Cerai Otomatis karena sebab Syar'i.
Kolase foto pasangan selebriti dengan teks yang merinci alasan Fasakh (pembatalan nikah oleh hakim) dan Khulu' (perceraian atas permintaan istri dengan tebusan).
Di Umur 27 Baru Tau CERAI tanpa TALAK Bisa SAH😱
Hallo Lemonades 🍋 Kamu ngerasa ga, banyak banget artis maupun non artis di lingkungan tinggal kita yang pada cere...?? Bahkan di keluarga ku juga ada yang cerai di tahun ini, dan aku baru ngerasain. Sebelum nya aku pernah bikin konten cerai minta tebus tentang tetangga ku itu bikin aku penas
aice2636

aice2636

29 suka

Lihat lagi