Penampilan wajah boleh berubah asalkan hati jangan sesekali berubah
Dalam hidup ini banyak keadaan yang membolehkan seseorang berubah hati daripada baik kepada mementingkan diri. Aku pernah cuba berubah pentingkan diri setelah banyak kali diri menjadi mangsa tipu daya manusia. Tapi akhirnya kita tidak mampu untuk tidak mempedulikan orang lain kerana dalam diri kita memang sejak lahir dah tertanam sifat Insan. Cuma kita belajar dari pengalaman lalu yang mengecewakan kita apabila orang yang kita bantu akhirnya khianat.
Setelah beberapa kali menjadi mangsa! akhirnya aku buat keputusan tolong juga sesiapa yang susah kerana Allah semata-mata. Tak mengharap balasan dan tak peduli lagi kalau kebaikan kita tidak dihargai. Sebab Allah Maha Adil! apa bila aku dalam kesusahan, Allah hadirkan orang yang tidak aku kenali menolong aku. Dari situ aku sedar Allah yang tolong aku saat dalam kesempitan hidup melalui perantaraan hamba-hamba pilihanNya. Maknanya jangan bergantung harap pada sesama makhluk.
Serik memang serik bila orang yang kita bantu menjadi musuh! yang kita sedih kerana ia membabitkan perasaan. Tentang duit dan tenaga boleh kita ganti! tapi apabila hati sudah terluka ia tetap bersemadi dalam jiwa untuk waktu yang lama nak sembuh. Tapi itulah kehidupan! bukan semua manusia tahu menghargai sumbangan yang telah kita berikan. Anggaplah itu sebagai karma kerana barangkali kita juga pernah buat begitu kepada Allah tanpa disengajakan dahulu. Allah banyak bagi nikmat! Allah banyak kurniakan berbagai bentuk rezeki, tapi adakah kesemuanya kita sentiasa ucap syukur?. Kadangkala kita lupa Berterima Kasih dengan Allah tapi terlalu mengenang kebaikan manusia yang tak seberapa tu. Bukan kita sombong sesama manusia! tapi Agama mendidik kita melebihkan Allah dalam segala urusan keduniaan yang berkaitan dengan rezeki untuk kita ucap Alhamdulillah dari hati bukan sekadar ucapan dibibir sahaja.
Dengan sentiasa peka keadaan sekeliling dalam menjalani kehidupan seharian, Insyaallah kita tidak akan lupakan Allah dengan cara berzikir. Solat 5 Waktu juga salah satu cara kita berterima kasih dengan Allah atas segala nikmat yang telah di kurniakan selama kita hidup. Itu adalah Ibadah orang yang merdeka sebab sentiasa bersyukur pada Allah dalam suka dan duka. Tidak pernah mengejar pahala! sentiasa konsisten ingat diri seorang pendosa yang berusaha untuk jadi lebih baik dari semalam setiap hari.
Tidak pernah lupa jasa Guru-guru Agama ku yang lalu dan sentiasa mendoakan mereka dengan doa yang baik-baik. Cuma apabila Allah telah memilih kita untuk memahami AgamaNya lebih mendalam dengan menjauhi subahat perkara-perkara yang bidaah! maka kepada Allah sahaja aku Mohon PerlindunganNya. Kita tidak mampu menegur! apatah lagi mengajak meninggalkan perkara yang tidak Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam buat ketika hayatnya agar bekas-bekas Guruku memahami jalanku yang berbeza dengan mereka. Tapi kasih sayang ku terhadap mereka tidak pernah pudar dan sentiasa merindui dalam diam. Semoga Allah bantu mereka sebagai mana Allah bantu aku tunjuk jalan yang lurus setelah aku tersesat jalan. Bukan semua orang beroleh kesempatan untuk kejalan yang lurus. Semua orang boleh berketrampilan Alim dan tidak tinggal sembahyang! tapi tidak semua orang mampu meninggalkan bidaah walaupun teguran telah diberikan. Semua bergantung kepada hak Allah untuk mengurniakan mereka pandangan mata hati bagi meninggalkan kemungkaran yang disangka benar sisi Allah. Sebab itu lah pada akhir zaman Umat Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berpecah kepada 73 Golongan. Fikir-fikirkanlah.../Muar






























