TANGISAN IBLIS
Dipadang pasir yang luas tanpa penghuni selain Nabi Adam Alaihissalam dan Hawa yang masing-masing telah dihalau dari Syurga dan terpisah jauh antara satu dengan yang lain. Masing-masing tidak tahu dimana mereka berada walaupun dalam dunia yang sama. Mereka semua dihukum atas dosa masing-masing dan dipisahkan untuk pengajaran.
Iblis merenung langit yang ketika itu tiada sebutir bintang pun berkelip, apatah lagi bulan juga tiada bersinar malam itu. Mata Iblis berkaca dan berkata-kata seorang diri meluahkan penyesalan. Katanya...
Allah... dulu akukan yang paling Engkau sayang?. Kenapa hanya satu kesilapan Engkau Murka atas aku kerana tidak mahu sujud pada Adam Alaihissalam. Bukankah aku yang paling banyak beribadah kepada Mu sebelum wujud Jin dan Manusia! apakah kerana Adam Alaihissalam Engkau melaknat aku dengan sedemikian rupa. Aku rindu pada Mu Allah! rindu masa lalu ku beribadah kepada Mu tanpa jemu. Aku tak menyesal kerana tidak mahu sujud pada Adam Alaihissalam, yang aku kesalkan kejadian itu yang membuatkan takdir aku berubah kerananya. Walaupun aku telah berjaya menghasut ke-duanya makan buah khuldi yang dilarang oleh Mu di Syurga hingga mereka di halau dari Syurga sepertiku, tapi dendam ku pada manusia masih menebal. Aku tetap akan menyesatkan keturunan Adam Alaihissalam hingga ke hari Kiamat. Apa pun terjadi padaku, sedikitpun aku tidak menyalahkan Mu wahai Allah! bahkan aku tidak akan sekali-kali syirik padamu atas kehendak ku menyesatkan keturunan manusia. Aku yang beribu-ribu tahun mengabdikan diri padaMu telah dilaknat tanpa pengampunan. Tapi Adam Alaihissalam sebagai manusia dengan mudah mendapat keampunan Mu. Besar sangatkah dosaku pada Mu Ya Allah?.
Tiba-tiba guruh berdentum dentam dilangit dan keluar satu suara yang lembut tapi tegas dengan berkata:
Kau tidak tenggelam dengan IbadahMu, kau makhluk yang tiada bandingan tentang Ibadahmu yang luarbiasa terhadapku. Tapi terlalu banyak aku didalammu yang membuat kau ada keakuan diri.
Keakuan diri???... aku tak faham Allah?!. Jawab Iblis sedikit terkejut.
Apabila terlalu banyak Aku dalam dirimu itulah yang menyebabkan keakuan dirimu ingin jadi sepertiKu berbuat apa sahaja dengan perkataan Kun Fa Ya Kun. Tapi kau lupa Aku adalah Pemilik Alam ini dan hanya aku yang berhak berbuat apa sahaja kerana hanya Aku yang tahu rahsianya. Jangan sampai keakuan dirimu melampaui batas seolah-olah keputusanmu adalah keputusanKu. Aku mengikuti sangkaan hambaku! tapi kehendakmu bukan KehendakKu. Itu bezanya antara Aku dan hamba-hambaku. Satu masa nanti kau akan tahu kesilapan mu terhadapKu. Tapi Aku tahu keegoanmu tidak pernah akan turun sampailah ke hari Kiamat. Itulah takdir mu yang harus engkau lalui atas KehendakKu.
Iblis terdiam dan tertunduk longlai, tak tahu apa nak dikatakan lagi. Fikirannya kosong dan hatinya hancur sehancur-hancurnya. Jiwanya sedang meraung dengan pekikan yang kuat menahan tangisan yang paling dalam dirasanya saat itu. Lamanya si Iblis meratap dalam dirinya hingga ratusan tahun sehingga ia bangkit dan membawa diri entah ke mana sambil bersiul cuba menghiburkan dirinya sendiri. Sambil berjalan sambil mencari ilham bagaimana untuk menyesatkan manusia melalui kelemahan mereka masing-masing. Apa yang perlu aku buat hanyalah menghasut! selebihnya itu kehendak dan urusan masing-masing yang perlu dipertanggung-jawabkan sendiri. Yang pasti! apa yang tidak pernah aku buat seperti menyembah manusia! menyembah Makam, Syirik pada Allah dan sebagainya... itu yang akan aku elakkan. Aku akan pergunakan Jin dan Manusia untuk sesatkan mereka sesesat-sesatnya melebihi aku. Akan aku pastikan Syaitan yang mengikuti ku lebih buruk perbuatan mereka dari ku. Aku mahu lihat apa hebatnya Manusia yang dijadikan Allah lebih mulia dari seluruh makhluk yang ada. Benarkah manusia itu hebat sebab akalnya dan kejadian mereka yang paling sempurna, kita lihat nanti! hahaha..../Muar




















