Kehilangan

Selama ini kebanyakan manusia merasa kehilangan sesuatu sama ada perginya seseorang yang dicintai, kerugian perniagaan, kerosakan harta benda kerana hukum Alam atau tangan manusia dan sebagainya. Dulu akupun beranggapan begitu seperti mereka terutama apabila kehilangan orang yang tersayang lebih dari tiga kali. Rupa-rupanya semua itu termasuk takdir Allah dan banyak kebaikan buat kita sebagai satu peringatan. Hanya mereka yang berfikiran positif dan selalu bersangka baik terhadap Allah akan rasa bersyukur disebalik kesedihan. Dunia ini hanya pinjaman maka apa yang ada bukan milik kita termasuk seseorang yang amat kita kasihi satu waktu dahulu. Nafas pun kita pinjam maka nak sombong apa lagi! nikmat apa lagi yang nak kita dustakan?.

Bila difikirkan balik tentang masa lampau ku yang merana kerana cinta! rasa menyampah pulak. Tapi itu dulu zaman-zaman kejahilan dalam memahami Agama, tapi sekarang Alhamdulillah... aku semakin faham tujuan hidup kita atas dunia yang sementara ini. Kalau lah boleh kembali ke masa lalu dengan mesin macam Back To Future tu, pertama yang nak aku lakukan abdikan diri sepenuhnya kepada Allah melalui beribadah kepadaNya dengan penuh ketaatan. Akan aku dorong kekasih aku kejalan yang lurus supaya tidak tenggelam dengan cinta yang membutakan hati. Sebab perasaan Cinta Anugerah Ilahi! tapi kebanyakan dari kita lupa diri dan kurang ucap syukur yang sebenar-benarnya. Kita lalai dalam perasaan sendiri yang menyayangi seseorang lebih dari diri sendiri. Itupun termasuk perkara yang syirik tanpa disengajakan sebab melebihkan makhluk daripada Allah Pemilik Jiwa ini. Tapi kita hanyut dengan nafsu yang mendorong kearah kehancuran.

Sekarang ni perasan aku terima keadaan seadanya dan segala kifarah adalah kerana dosa-dosa ku yang melampaui batas. Kita sebenarnya yang menganiayai diri sendiri dahulu. Bayangkan saat bahagia kita lupa Allah yang mempertemukan si dia dengan kita. Tapi bila diri ini terluka! Allah tak pernah tinggalkan kita dan diberi kesembuhan bila kita faham mengapa perpisahan itu terjadi. Dengan berfikir secara mendalam lalu mendirikan Solat 5 Waktu atas dasar kesedaran kerana alpa akan nikmat dunia yang sementara, kita semakin hari akan memahami bertapa Allah nak kita dekat denganNya dalam erti kata yang sebenar. Ya! kita dengan Allah tak pernah terpisah, tapi kita terjarak sebab cinta duniawi. Itu yang mencalarkan akidah kita selama ini. Terima Kasih Allah atas segala pengalaman yang pahit atas perlakuan ku sendiri yang akhirnya aku sedar bahawa kita tidak pernah memiliki apapun selama ini. Semua hanya pinjaman...

4 hari laluDiedit kepada

... Baca lagiKehilangan bukanlah perkara asing dalam kehidupan setiap manusia, terutama sekali apabila melibatkan orang yang kita kasihi atau sesuatu yang penting dalam hidup kita. Dari pengalaman sendiri, saya dapati bahawa menangani kehilangan dengan hati yang terbuka dan fikiran yang positif sangat membantu dalam proses pemulihan. Salah satu langkah penting ialah mengubah cara pandang kita terhadap dunia dan kehidupan. Dunia ini hanyalah sementara dan segala yang kita miliki adalah pinjaman. Apabila kita memahami hakikat ini, kita akan lebih mudah menerima kehilangan kerana kita sedar bahawa bukan segala-galanya kekal untuk kita. Selain itu, menguatkan iman dan mendekatkan diri dengan Allah melalui ibadah seperti solat lima waktu dan membaca al-Quran dapat memberikan ketenangan jiwa. Dalam kesedihan, saya dapati berzikir dan berdoa menjadi tempat berlindung yang paling berkesan untuk menenangkan fikiran dan meredakan kesakitan hati. Pengalaman peribadi juga menunjukkan bahawa bersangka baik kepada Allah dan percaya bahawa setiap ujian mempunyai hikmah membawa perubahan yang positif dalam hidup. Walaupun kehilangan itu terasa pahit, ia mengajar kita untuk lebih menghargai nikmat yang masih ada dan memperbaiki hubungan dengan yang Maha Kuasa. Menerima keadaan seadanya dan tidak terperangkap dalam kesedihan yang berpanjangan juga membantu meningkatkan kesejahteraan mental. Saya belajar untuk tidak terlalu leka dengan perasaan cinta duniawi sehingga mengabaikan hakikat bahwa Allah adalah pemilik segala-galanya termasuk jiwa kita. Kesimpulannya, belajar dari pengalaman kehilangan membuka mata kita kepada hakikat kehidupan dan keperluan untuk sentiasa dekat dengan Allah. Ini bukan sahaja menyembuhkan luka hati, malah menjadikan kita insan yang lebih tabah dan redha dalam menghadapi ujian hidup.

3 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen