Jangan berhenti menuntut Ilmu Akhirat
Jangan berhenti menuntut ilmu walaupun usia sudah dihujung senja. Untuk mencapai kualiti keimanan harus terus belajar agar Ketauhidan kita semakin meningkat dengan izin Allah jua. Usah rasa mencukupi Ilmu yang kita telah tuntut kerana kita tidak tahu kalau-kalau diri kita masih terperangkap dengan Fahaman yang menyeleweng. Aku jenis melawan arus sejak muda lagi, sebab itulah aku bercampur dengan berbagai Kumpulan Dakwah tanpa terikat. Mana yang aku rasa ada menyimpang dari ajaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maka aku berundur dari kumpulan tersebut tanpa menghina. Maklum sajalah! kat sekolah kita hanya belajar Agama secara kulit sahaja. Maka untuk mencari isi Akidah yang mantap kena berusaha mencarinya walau pada awal kemungkinan kita akan tersesat jalan. Bukan mudah nak kenal diri dan kenal Tuhan tanpa berusaha bersungguh-sungguh. Namun jangan lupa untuk terus Mohon Pertolongan dan PerlindunganNya ketika dalam menuntut Ilmu keakhiratan.
Pengalaman aku setelah bersama dengan berbagai Fahaman dan Kumpulan Dakwah yang ada di Malaysia sejak awal 80an, tiada satu pun yang sempurna seperti kita juga. Masing-masing bersangka mereka yang benar dan sukar untuk bersatu dalam berAgama. Keyakinan mereka terhadap keilmuan masing-masing kerana tidak pernah mahu belajar dengan Guru Agama yang lain kerana bimbang tersesat jalan padahal mereka sendiri pun terpalit kesesatan akibat menurut pandangan Guru mereka membabi buta. Aku bersyukur kerana Guru Tauhid ku tidak menghalang aku mendampingi berbagai kumpulan Dakwah yang berbagai fahaman asalkan berhati-hati pesannya.
Lebih-lebih lagi ketika itu aku berminat sangat nak jadi Penulis Skrip Filem dan Drama. Tapi fokus ku hanya nak berdakwah cara pena dan bukan mengejar nama. Walaupun aku gagal mencapai matlamat tersebut tapi tetap bersyukur kerana pengalaman itulah yang mematangkan pengetahuan aku dalam berAgama. Memang pada awalnya setelah bergaul dengan berbagai Fahaman dan apabila mendapati mereka saling berbalah dan terpalit kesesatan tanpa mereka sedari! aku kecewa sangat dan berhenti mendampingi sesiapa akibat gangguan jin. Semakin kita mendalami sesuatu Ilmu maka ujian-nya juga besar terutama gangguan dari makhluk halus.
Aku dah rasa macam-macam penderitaan dan tipu helah dari gangguan jin. Apapun aku bersyukur pada Allah sebab Dia-lah aku terhindar dari kesesatan dan terselamat akidah ku. Semua berkat kesabaran dan tidak putus-putus berdoa pada Allah agar diberi pandangan mata hati untuk menilai baik buruk sesuatu ilmu. Tanpa Pertolongan Allah tak mungkin aku berjaya sampai ke tahap sekarang. Namun itu tidak bermakna aku dah Alim! aku masih seperti dulu yang tetap gila-gila ditempat kerja, tapi bila bersendirian perwatakan ku lain. Aku gemar merenung diri dan mengimbas kembali kenangan zaman kejahilan ku supaya tidak berulang lagi kebodohan tersebut.
Aku tetap menghormati semua bekas Guru Agama ku dan sentiasa mendoakan kebaikan buat mereka dari masa ke semasa. Aku tahu siapa jalan yang benar dan siapa yang tersesat jalan! tapi aku tetap bersama mereka berjemaah di Rumah Allah walau dimana jua. Aku tak punya pilihan selain terus menjalinkan hubungan siratulrahim dan dalam masa yang sama menjarakkan diri dari kefahaman mereka yang kebudak-budakan. Tiap kali aku mendengar ceramah Agama dan apabila aku mendapati mereka mula berbicara tentang kisah Para Wali maka aku akan berhenti serta-merta dari mengikuti pengajian mereka. Pengalaman mendewasakan aku agar tidak terjebak kepada unsur-unsur khurafat serta bidaah yang melampau. Setakat ini aku pilih yang terbaik sahaja Guru-guru Agama yang dakwah mereka masih relevan untuk diikuti seperti Ustaz Muhaizat, Ustaz Zainul Asri, Ustaz Maza, Buya Yahya dan yang terbaik adalah Ustaz Dr. Jamilin Kamilin, Ustaz Ahmad Rizam dan Ustaz Adi Hidayat. Semua Guru Agama ini aku sayang dan walaupun ada diantara mereka tidak sehaluan dan berlaku perdebatan, namun aku tetap akan berpihak pada mereka melalui fahaman yang benar sahaja.
Aku dah lihat bagaimana rakan seperguruan dari berbagai Kumpulan Dakwah yang mengalami ujian yang sama seperti ada diantara mereka mengaku Kiyai, Wali, Rasul dan Imam Mahdi. Semua Kumpulan Dakwah ada orang-orang macam ni sama ada secara terang-terangan atau bersembunyi. Ini semua angkara hasutan Iblis dan Syaitan apabila mereka yang menuntut Ilmu kurang berhati-hati dalam memahami perkara-perkara ghaib. Sebagai seorang Islam wajib mempelajari Ilmu Tauhid, Faekah dan Tasawuf dengan berguru. Tanam dalam hati niat belajar untuk memahami tujuan beragama dan bukan berangan-angan nak jadi Ustaz. Macam aku kenapa bersusah-payah belajar Agama sampai sekarang supaya terus istiqamah dalam beribadah kepadaNya dan menjauhi segala larangannya terutama berkaitan dengan subahat perkara-perkara bidaah.
Jujur aku bilang tidak mudah untuk bertahan tanpa Pertolongan Allah! aku sudah beberapa kali hampir berputus asa akibat sakit misteri yang berpunca dari sihir melalui manusia dan Jin. Allah tidak melihat berapa banyak kamu beramal! tapi Allah melihat kesederhanaan amal ibadahmu yang ikhlas walau sedikit tapi konsisten. Aku buat apa yang aku mampu dan sentiasa terus mengharapkan Allah Melindungi aku dari Kesesatan. Semakin kita menuju ke akhir zaman! ilmu Agama yang telah di seleweng kan bercampur aduk dengan kebenaran sehingga sukar untuk dibezakan oleh orang awam andai mereka tidak berpengalaman dalam menuntut Ilmu Agama secara mendalam dan menyeluruh. Hidup ini kena ikut Perintah Allah seluruhNya dan bukan ikut nasihat Para Guru Agama yang tidak pasti kebenaran mereka seluruhnya. Hanya mereka yang pernah berdamping dengan beberapa Fahaman Agama dan Kumpulan Dakwah maka akan faham apa yang aku maksudkan. Dan bonusnya untuk menambah kan pengalaman dalam mengenal Kumpulan Dakwah mana yang bercampur aduk dengan Agama lain maka aku telah belajar Kitab Injil, Hindu, Buddha, Baha'i dan mereka yang freethinkers ( Tak percaya Tuhan dan Agama ). Dengan pengetahuan ini maka aku tahu fahaman siapa yang bercampur aduk dengan Agama lain walaupun mereka Islam. Fikir-fikirkanlah...



































Kadang2 terfikir, orang yang sesat ni dia tahu atau tak dia sesat? Dia kena tipu ke atau dia memang pilih jalan tu sebab ada kepentingan yang dia nak.. Sebab biasanya Allah mesti akan bagi kita perasan (naluri) tanda2 macam ada yang tak kena dengan sesuatu yang sesat tu.