Posting Agama tapi tak Solat.

Terlalu ramai aku lihat manusia akhir zaman ni rajin posting keagamaan tapi tidak Solat 5 Waktu. Bukan bermakna aku baik dan mulia! tidak sama sekali. Cuma kenapa posting Agama tapi malas nak beribadah kepada Allah?. Ingat Allah tu bodoh macam makhluk! dengan Posting Agama dapat pahala! jangan harap. Usah bermimpi untuk dapat Keredhaan Allah melalui kongsi kata-kata Nasihat yang penting baik. Allah nak kita berterima kasih kepadaNya melalui Solat 5 Waktu, bukan sekadar puji-pujian macam hamba. Manusia bolehlah kau buat macam tu! tapi dengan Allah jangan berpura-pura baik. Dan jika baik pun tapi tidak solat maka sia-sia segala kebaikan tersebut.

Ada orang kongsi kata-kata Nasihat atau kata-kata Hikmah untuk kekuatan dirinya sendiri, tapi cara itu salah di sisi Allah Subhanahu Wata'ala. Kita kena dapatkan kekuatan dan Pertolongan Allah melalui kewajipan beribadah kepadaNya. Macam aku! ujian yang aku dapat sangat besar dan tak pernah berhenti maka tujuan aku berkongsi kisah Agama dan posting Kata-kata Nasihat untuk diri dan orang lain. Tapi tidak akan sesekali meninggalkan Solat walau dalam keadaan sihat atau sakit! suka atau duka lara.

Aku malu kalau posting Kata-kata Nasihat tapi diri sendiri penasihat yang tak sihat. Memang tujuan kita baik dan tak mengharap balasan! tapi sia-sia lah diri kita semakin jauh dari Rahmat Allah. Kita macam berangan-angan untuk kuat menghadapi ujian kehidupan hanya dengan baca posting-posting nasihat. Kekuatan sebenar datang dari Pertolongan Allah melalui melaksanakan segala perintah Allah. Buat apa yang kita mampu sekurang-kurangnya tidak meninggalkan Solat 5 Waktu sebagai tanda kita ada Agama. Sampai bila kita nak bertangguh-tangguh nak mendirikan Solat?. Mati tak kira tua atau muda, sihat atau sakit, kaya atau miskin dan sebagainya. Kematian hadir dalam keadaan mengejut hingga kebanyakan manusia tak sempat sempurna kan hajat nak mendirikan solat sebab bertangguh-tangguh. Kemudian menyesal kat Alam Kubur mintak dihidupkan kembali.

Bagi aku! posting Kata-kata Nasihat tapi tak solat langsung tidak mendatangkan manfaat buat kita. Pada orang lain mungkin! dan mereka yang dapat faedah kebaikan jika melaksanakan Solat 5 Waktu. Bayangkan anda tidak Solat tapi kongsi kebaikan namun tak dapat pahala walau bukan itu yang kita kejarkan. Namun bagi yang mendirikan solat dan berkongsi kata-kata Nasihat, Insyaallah kebaikan itu akan berbalik pada diri sendiri dengan Pertolongan Allah untuk kita lebih baik dari semalam.

Nama saja Islam tapi kehidupan saling tak tumpah macam orang kafir. Inilah masalahnya bila kita hanya mewarisi Agama Islam dari Nenek Moyang tapi tak mahu mendalami Agama. Cukuplah aku Islam!... yang penting baik. Golongan ini hidup dalam angan-angan dan jangan ingat oleh kerana Agama Islam adalah Agama yang benar tapi tidak Solat! anda masuk neraka sekejap sahaja untuk pembersihan dosa seperti kata-kata Penunggang Agama. Anda kekal di Neraka Jahanam sebab kat dunia mati dalam keadaan tidak solat! apakah anda layak mati dalam keadaan Islam yang beriman?. Fikir-fikirkanlah...

3 hari laluDiedit kepada

... Baca lagiDalam pengalaman saya sendiri, sering melihat rakan-rakan di media sosial yang sangat aktif berkongsi kata-kata hikmah dan nasihat agama. Namun, apabila ditanya tentang amalan solat 5 waktu mereka, ada yang mengaku sering meninggalkannya tanpa sebab yang kukuh. Fenomena ini cukup membimbangkan kerana solat merupakan tiang agama dan amalan utama yang disuruh oleh Allah. Saya berkata pada diri sendiri, berapa banyak manfaat yang diperoleh hanya dengan berkongsi ayat-ayat nasihat jika tanpa dibarisi dengan amal ibadah yang sebenar? Posting agama tanpa solat seolah-olah seperti ‘berdakwah kosong’; kata-kata yang keluar mungkin baik, tapi tidak disertai dengan komitmen dan penghormatan sebenar kepada Allah. Dalam proses mencari kekuatan menghadapi ujian hidup, saya mendapati bahawa hanya membaca atau membaca ulang nasihat di telefon tidak cukup. Kekuatan yang sejati datang apabila seseorang benar-benar melaksanakan kewajipan seperti solat sebagai cara langsung berhubung dengan Allah. Solat adalah saat di mana kita menyerahkan segala rasa dan memohon pertolongan daripada-Nya. Satu perkara yang juga saya pelajari adalah betapa pentingnya kita jangan mudah tersinggung atau sombong apabila orang lain menegur kita. Kadang-kadang Allah mengutuskan seseorang untuk menegur kita — mungkin melalui nasihat, peringatan, atau bahkan kutukan agar kita kembali ke jalan yang benar. Ini bukan kerana kita hina, tetapi sebagai jalan kasih sayang Allah memimpin kita kembali. Saya juga faham bahawa posting nasihat agama boleh memberi manfaat kepada orang lain yang membacanya, tetapi kesan terbaik adalah kepada diri kita sendiri bila kita jadikan ia pemangkin untuk perbaiki amalan harian, terutamanya solat. Jika solat ditinggalkan, walaupun kita berkongsi kebaikan, pahala itu pasti tidak sempurna. Akhir kata, saya mengajak semua rakan untuk bersama-sama memperbaiki diri dan sentiasa ingat bahawa agama bukan hanya warisan nenek moyang, tetapi satu cara hidup yang mesti kita pelajari dan amal dengan sungguh-sungguh agar mendapat redha dan kasih sayang Allah sepanjang hayat. "Posting agama tapi tak solat" bukan sekadar isu kecil, ia peringatan besar supaya kita tidak lalai menjalankan kewajipan hakiki sebagai seorang Muslim.

7 komen

Imej Nurjamilah Jaaf
Nurjamilah Jaaf

rasa macam tak layak mati dlm keadaan sekarang...dosa terlalu banyak,amal ibadat sikit,nau...kena muhasabah diri sendiri

Lihat lagi(3)
Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen