Titik hitam

Setiap kali melakukan sesuatu dosa maka titik hitam pada hati kian bertambah. Untuk menghilangkan titik tersebut haruslah dengan Solat Taubat dan berazam untuk tidak melakukannya lagi. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang berterusan melakukan dosa dan dalam masa yang sama melaksanakan Solat 5 Waktu?. Mari kita bincangkan bersama dan dengar baik-baik penjelasanku hasil dari nasihat Guru Pondok yang Mursyid. Katanya manusia yang tidak berhenti dari melakukan dosa besar atau kecil tapi tetap Solat 5 Waktu maka titik hitam tersebut tidak hilang! bahkan semakin bertambah-tambah kerana dosa yang baru dibuat. Bayangkan orang yang masih Solat tapi tetap melakukan dosa dalam masa yang sama tidak terpadam titik hitam tersebut, apatah lagi mereka yang tidak Solat walaupun berbuat banyak kebaikan. Kita sentuh tentang Ahli Ibadah yang tetap melakukan dosa seperti menyihir orang, menyembah Makam, bidaah dan selain daripadanya. Solat mereka tidak diterima Allah selama masih melakukan perkara yang bertentangan dengan Agama kecuali bertaubat dan berhenti darinya. Mereka ini termasuk Golongan Munafiq dan dikhuatiri jatuh kafir.

Aku percaya dengan kata-kata ini akan membuat mereka yang terlibat perkara subahat pasti akan marah dan tidak dapat menerima teguran tersebut. Maka keluarlah kata-kata siapa kamu untuk menghukum?. Itu kerja Allah kenapa nak buat hukum Milik Allah. Dulu masa aku muda dan jahil macam tu-lah aku membela mereka yang sesat macam aku. Tapi bila Allah dah buka pintu hati untuk melihat kebenaran maka semua itu aku tinggalkan. Dan kini aku jadi musuh buat mereka apabila cara dia orang yang memang salah tidak lagi mendapat sokongan aku. Sekarang aku berpihak kepada kebenaran semata-mata sambil terus istiqamah meninggalkan perkara subahat.

Yang tak solat dan yang ahli ibadah tapi masih gemar menyihir orang dan melakukan dosa maka titik hitam akan terus bertambah dari masa ke semasa. Kedua golongan ini semakin hari semakin gelap hati mereka dan tidak lagi rasa bersalah terutama ahli ibadah yang munafiq. Mereka sangka Allah Maha Pengampun atas dosa-dosa mereka! padahal Allah amat Murka keatas mereka dan menangguhkan seksa untuk ditangguhkan kemudian hari sebaik masuk ke Alam Barzakh.

Terima Kasih buat Buya Yahya yang telah menyandarkan aku bahawa kalau semua Agama itu baik maka Islam itu dimana kedudukannya?. Kalau orang baik berkongsi Syurga sama-sama walau berlainan Agama seperti dakwah Ahli Sufi yang sesat! maka Islam itu sendiri dah tak berkualiti. Fahaman liberal dan Penunggang Agama akan terus mempertahankan keyakinan mereka untuk kepentingan Duniawi. Ingat! titik hitam tidak akan hilang hanya dengan beribadah setiap hari tanpa meninggalkan dosa yang berat seperti terbabit dalam urusan sihir umpamanya serta menyembah Makam. Semoga aku terus dalam genggaman Allah dan terlindung dari Kesyirikan yang halus. Fikir-fikirkanlah...

3 hari laluDiedit kepada

... Baca lagiDalam pengalaman saya, memahami konsep titik hitam di hati bukan sekadar tentang amal ibadah fizikal seperti solat, tetapi sangatlah bergantung kepada keadaan hati dan niat di sebaliknya. Melakukan dosa berulang tanpa taubat ikhlas memang boleh menimbulkan rasa bersalah pada satu tahap, tetapi jika terus dibiarkan, ia menyebabkan hati semakin gelap dan titik hitam itu semakin melebar. Saya pernah melalui fasa di mana walaupun rutin solat lima waktu tetap dijaga, saya mendapati diri masih sering terjebak dalam perkara yang menyakitkan hati sendiri dan orang lain, seperti berkata-kata kasar dan sikap iri hati. Lama-kelamaan, saya sedar solat yang dilakukan tanpa kesungguhan untuk berubah tidak menghapuskan kesalahan tersebut, malah hati saya terasa semakin terbeban. Nasihat daripada guru agamaku tentang perkara ini sangat memberi kesan, terutama penekanan bahawa bertaubat dan berazam untuk tidak mengulangi dosa itu wajib bagi menghapus titik hitam di hati. Seseorang boleh solat dengan sempurna, tapi jika hati masih terus dalam dosa besar seperti menyihir atau menyembah selain Allah, solatnya tidak diterima dan titik hitam itu tidak hilang. Pengalaman ini mengajar saya bahawa ibadah sebenar ialah ketika kita sentiasa menjaga hati daripada terus melakukan dosa dan menghapuskan segala sifat munafiq yang boleh menyelinap dalam diri. Memang, kita mungkin tidak sempurna, tetapi usaha istiqamah meninggalkan dosa dan berazam memperbaiki diri adalah kunci utama. Tambahan pula, dalam masyarakat kini ramai yang terpesong dengan fahaman liberal dan menganggap kebaikan semua agama sama, ini boleh mengelirukan hati sehingga lalai dari pegangan yang sebenar. Saya percaya dengan menanamkan keimanan yang kuat dan sentiasa membersihkan hati dengan taubat yang sungguh-sungguh, barulah titik hitam itu boleh dirawat. Oleh itu, saya mengajak semua untuk berintrospeksi dan bukan hanya fokus pada amalan zahir semata-mata, tetapi juga menjaga hati supaya sentiasa bersih. Perbanyakkan muhasabah diri, berdoa agar Allah memberi petunjuk dan melindungi kita daripada terjebak dalam dosa-dosa yang boleh menyebabkan hati mati dan gelap. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi peringatan bersama.

6 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen