Jin Boragas

Jin Boragas ni dulu jahat macam Setan! sejak bertemu dengan Haji Khailani dia berubah jadi sebaik-baik Jin yang Soleh. Kata Haji Khailani menyambung ceritanya, tugas Jin Boragas untuk menggoda dan menyesatkan Golongan Agamawan tanpa mengira mereka fahaman apapun. Setiap individu yang Menyembah Allah ada niat yang tertentu untuk dikejarnya demi keduniaan. Ada yang ingin nampak Soleh dan menjadi perhatian ramai. Ada yang inginkan kelebihan seperti boleh berjalan atas air, terawang-awang diudara, boleh duduk bersila atas daun pisang dan sebagainya agar digelar Wali. Pendek kata Nawaitu seseorang yang tidak betul maka itulah yang mereka dapat! tapi segala amal ibadat tertolak. Jin Boragas akan mewujudkan impian masing-masing agar rosaklah seluruh amal ibadah mereka. Sejak dahulu lagi orang-orang yang pada awalnya Soleh telah hanyut di akhir hidup kerana terpedaya dengan kelebihan diri yang dianggap seperti mukjizat Para Nabi dan Rasul. Angan-angan mereka telah menjerumuskan kebanyakan Ahli Ibadah untuk masuk ke dalam Neraka.

Haji Khailani melanjutkan cerita bahawa Jin Boragas paling susah nak tipu Orang Alim, sebab Golongan ni ikhlas beribadah kepada Allah dan tidak suka menunjuk-nunjuk dengan berketrampilan Berjubah dan Berserban. Pakaian mereka biasa-biasa sahaja dan bergaul dengan orang kebanyakan dari bawahan. Susahnya nak rosakkan akidah Orang Alim sebab mereka ikhlas beribadah kepada Allah Azzawajalla. Mereka tidak mengejar pahala dan berangan-angan nak masuk Syurga. Bagi mereka cukuplah Allah terima amal ibadah mereka seadanya, inilah Ibadah orang yang merdeka. Bagilah apa sahaja kelebihan dan harta Qarun! tapi ditolak Orang Alim dengan penuh keyakinan tanpa penyesalan. Mereka suka hidup serta sederhana tapi tak ada hutang, memang pelik sikap orang Alim ini kata Jin Boragas bercerita dengan Haji Khailani.

Apabila Orang Alim itu gagal disesatkan seperti mana kebanyakan Ahli Ibadah yang berangan-angan perasaan diri tu Soleh! maka Jin Boragas mengarahkan Jin yang lain untuk menyakiti orang Alim tersebut. Namun Orang Alim lebih rela sakit dan hidup susah daripada kaya tapi akidah tersesat kerana berdamping dengan Jin untuk dapat kelebihan duniawi. Jin Boragas paling suka tinggal kat kubur Para Wali yang sewaktu hidup mereka bekerjasama dengan Jin Islam yang Munafik. Sebab itulah sesiapa sahaja yang berhajat minta berkat di Makam akan tercapai hajat tapi atas pertolongan Jin-jin yang ada. Bagi yang tiada zuriat maka Jin akan bersatu dengan Suami mereka dan bersegama dengan isteri lalu akhirnya dapat zuriat yang sebenarnya air mani telah bercampur antara jisim manusia dengan jisim Jin. Antara sebab mengapa Jin Boragas menceritakan kisah benar ini kepada Haji Khailani sebab telah bertaubat setelah bermuzakarah dengannya. Haji Khailani berjaya menundukkan kedegilan Jin Boragas dengan kata-kata hikmah yang lembut tapi tegas dengan hukum Allah. Bukan mudah nak ajak Bangsa Jin kembali ke pangkal jalan kalau tidak tahu caranya, sebab golongan mereka adalah sedegil-degil makhluk selepas Iblis.

Nasihat Haji Khailani kepadaku! Allah tidak pandang berapa banyak amal ibadat yang kamu lakukan, tapi memandang keikhlasan kamu walau sedikit beramal tapi istiqamah. Hanya keikhlasan sahaja dapat menyelamatkan Iman dan mematahkan sebarang bentuk perkara ghaib yang datang semata-mata untuk mencalarkan akidah. Jauhi sifat Ujub, Riak dan Takabbur serta sentiasa ingat kita adalah pendosa. Berdoalah agar jauh dari cinta dunia dan angan-angan katanya menutup cerita.

3 hari laluDiedit kepada

... Baca lagiDalam pengalaman saya membaca dan mempelajari kisah Jin Boragas ini, saya sedar betapa pentingnya menjaga keikhlasan dalam beribadah serta tidak terpedaya dengan keinginan duniawi yang melalaikan. Jin Boragas adalah simbol godaan dalam bentuk ghaib yang cuba merosakkan niat dan amal kita sama ada dengan menawarkan kelebihan luar biasa atau menimbulkan perasaan riak dan ujub dalam diri. Sebagai seorang yang percaya dan mengamalkan ajaran Islam, saya dapati bahawa pengajaran dari kisah ini sangat relevan untuk kita semua, terutama dalam zaman sekarang yang penuh dengan ujian dan godaan. Keikhlasan dalam ibadah, sebagaimana yang ditekankan oleh Haji Khailani, adalah kunci utama untuk menjaga iman dan akidah daripada terpesong. Golongan alim yang sukar dipengaruhi Jin Boragas menunjukkan bahawa sikap tawaduk, sederhana, dan tidak mencari pujian adalah pelindung yang kuat dari godaan syaitan dan jin. Selain itu, kisah ini mengingatkan saya bahawa kita harus sentiasa waspada dengan amalan yang nampak hebat atau luar biasa, kerana ia boleh menjadi titik tolak seseorang untuk hanyut dalam kesesatan apabila niat tidak murni. Banyak kali kita jumpa orang yang mahu kelihatan soleh dengan menunjukkan amalan luar biasa, tetapi di sebalik itu niat mereka tercemar dengan riak dan ujub, yang akhirnya membatalkan pahala mereka. Yang menarik juga adalah kepercayaan adanya jin yang tinggal di makam para wali dan bagaimana Jin Boragas menjelaskan soal zuriat yang bercampur antara jin dan manusia akibat pengaruh ghaib. Cerita ini membuka mata saya tentang pentingnya mempercayai Allah secara mutlak dan menghindari perkara syirik dan khurafat yang boleh mencemarkan akidah. Pengajaran terakhir yang sangat saya pegang adalah nasihat untuk menjauhi cinta dunia dan angan-angan kosong, kerana itulah yang sering membawa kita jauh dari keikhlasan. Berdoa agar sentiasa diberi kekuatan untuk istiqamah dan membersihkan hati adalah amalan yang tidak pernah lapuk oleh zaman. Secara keseluruhan, kisah Jin Boragas bukan sahaja sebuah cerita penglipur lara tapi juga satu peringatan penting agar kita sentiasa bersangka baik, beramal dengan ikhlas, dan mengutamakan keredhaan Allah dalam segala hal. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan memperbaiki diri agar tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya jin dan syaitan dalam kehidupan seharian.

3 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisKreator

Lihat lebih banyak komen