Cinta Buat Sumaiyah
Dah tua-tua ni masih berpeluang lagi untuk kecapi rasa cinta! namun ianya tidak sama masa muda-muda dulu. Cinta yang Allah hadirkan telah dapat aku seimbang keperluan dunia dan akhirat, maksud aku! dapat mengimbangi keperluan kehendak hati sesama manusia tanpa mengenepikan Allah Subhanahu Wata'ala. Perkenalan dalam hubungan Maya di Tik Tok hingga bersua muka menjadikan hubungan semakin akrab. Alhamdulillah! keluarga belah pihak wanita juga amat baik dan rendah hati. Namanya Sumaiyah! kacukan Arab dan Mamak. Dia juga seperti aku hidup dalam kesederhanaan tanpa hutang. Tak tinggal Solat 5 Waktu dan sentiasa menutup aurat. Akhirnya apa yang aku idamkan gadis yang bermaruah dalam Agama telah Allah kabulkan. Namun ada perkara yang menjadi aku berat untuk bernikah dengannya.
Sumaiyah baik! seluruh keluarganya juga baik, apa lagi yang aku hendak?. Sumaiyah ada beritahu bahawa selepas sehari kali pertama pertemuan dengan aku, ada lelaki masuk meminang. Lelaki tersebut juga warak dan ada harta serta suka bersedekah. Aku bangga bila dapat tahu Sumaiyah ada jejaka yang Alim suka padanya. Dan Sumaiyah dalam dilema! aku bilang tak payah fikir panjang, utamakan kepentingan diri dan keluarganya. Sebab lelaki tersebut semua cukup elok untuk dijadikan pasangan hidup. Sedangkan aku harta pun tak ada walau tanpa hutang. Aku pun takut nak tanggung anak orang sebab diri sendiri pun cukup-cukup makan sahaja. Aku tak boleh penting diri walaupun dalam hati ada sedikit perasaan padanya. Aku pujuk Sumaiyah menerima pinangan lelaki tersebut sebab memang dah dapat jodoh terbaik. Aku tak tak akan kecewa sebab menyintai seseorang harus berkorban diri demi kebahagiaannya. Untuk aku! cukuplah ada Allah tempat aku bergantung hidup agar tidak lalai dengan keduniaan.
Alhamdulillah, akhirnya Sumaiyah mendirikan rumahtangga dengan lelaki tersebut dan aku jadi pengapit lelaki. Suasana majlis serba sederhana dan ketika majlis menjamu selera bermula, aku sempat bersalaman dengan Suami Sumaiyah sambil berbisik di telinganya agar menjaga Sumaiyah dan ahli keluarga mereka baik-baik. Kemudian aku beredar tanpa menjamah nasi kenduri kahwin, aku hilang selera. Dalam perjalanan pulang ke rumah aku memikirkan sesuatu, apakah pengorbanan ku ini cara yang betul?, sedangkan Sumaiyah ada hati padaku lebih dari Suaminya yang baru diijab kabulkan. Aku tiada jawapan dan tanpa disedari airmata membasahi pipi...
















































🥺