Jangan amalkan Hadis palsu dan Dhaif.
Aku sentiasa belajar Agama Islam dari masa ke semasa tanpa mengenal erti jemu. Selagi hidup kita kena menimba ilmu sebab semakin kita usaha mendalami Ilmu Agama maka semakin banyak yang kita tahu mana satu ilmu yang benar atau menyeleweng. Sebab itu kena bergaul dengan berbagai Fahaman dan Kumpulan Dakwah untuk mencari kebenaran dan memperbaiki akidah kita. Jika mendapati ada fahaman yang sesat atau kumpulan Dakwah yang terpesong dari landasan yang lurus maka jangan membenci mereka! doa kan dengan doa yang baik-baik sahaja. Biar Allah yang bagi Hidayah melalui pandangan mata hati.
Kita hanya mampu berusaha tapi semua bergantung kepada izin Allah jua. Aku mampu mendirikan solat 5 Waktu atas izin Allah! aku mampu berjemaah juga hanya dengan izin Allah, Makhluk Tiada Kuasa... Allah Yang Maha Berkuasa. Semakin berusia semakin takut akan diri sendiri yang terlalu banyak kekurangan untuk berada dalam jalan yang lurus. Sebabnya kita bergaul dengan ahli ibadah yang bidaah kebanyakannya, dan kita terpaksa seorang diri menyelamatkan akidah masing-masing. Itu pun kena izin dari Allah maka selamatlah kita dari kesesatan.
Dalam urusan Bersiratulrahim sesama Islam, kita tetap bersama mereka dalam berjemaah. Namun dari segi akidah! kita jaga diri sebaik mungkin jangan lagi mengikuti jalan-jalan yang bukan datang dari ajaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Nak merendahkan diri jangan sampai kena pijak! mesti ada pendirian dalam beragama. Yakin boleh tapi jangan terlalu yakin jikalau ilmu yang kita dapat tidak sahih. Sebab itu kena belajar dan terus menimba ilmu hingga nyawa berpisah jasad. Semakin tinggi kita belajar maka semakin kita menyedari ilmu yang kita miliki bagai setitis air dari lautan yang luas. Tak ada maknanya nak berbangga-bangga dengan apa yang kita ada sebab boleh menjerumuskan diri ke sifat-sifat Ujub, Riak dan Takabbur. Bagi Ahli Ibadah yang umpama katak bawah tempurung, mereka akan sentiasa yakin dengan pegangan mereka sebab terbiasa ikut-ikutan dalam Beragama sebagaimana sejarah membuktikan bahawa kebanyakan Penganut Islam hanya mewarisi Islam dari keturunan Nenek Moyang tanpa mahu mendalaminya. Bagi aku! kau Fahaman kau yang termasuk golongan yang 72; berpecah tu, dan aku berusaha untuk masuk dalam Golongan Umat Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang sebenar-benarnya tanpa terbabit unsur-unsur bidaah Insyaallah. Fikir-fikirkanlah...



























