JANGAN SEKAT REZEKI MAKHLUK
Kebanyakan Majikan yang aku pernah bekerja dimana-mana, ada segelintir dari mereka menyekat rezeki pekerja dengan sifat kedekut. Hanya mereka sahaja yang tahu dan kepada Allah kita Berserah diri. Apabila Allah telah Kurniakan rezeki melalui pihak Majikan maka lakukan melalui gerakan hati yang positif, maksud aku kalau dulu masa mula-mula buka perniagaan tidak lokek untuk beri lebih imbuhan kepada pekerja atas rezeki yang melimpah ruah. Tapi apabila perniagaan semakin maju, mulalah menahan diri daripada berkongsi rezeki yang lebih kepada para pekerja yang tanpa mereka tidak mampu Majikan lakukan sendiri menguruskan perniagaan.
Syaitan tugasnya membisik hati agar kedekut bagi lebih pada pekerjaan! padahal didalam hati mereka pada awalnya nak bagi lebih rezeki. Apabila ini berlaku dengan menyekat Kehendak Allah maka sebab itulah didatangkan berbagai kerugian sebagai Kifarah dengan segera. Jika berterusan maka suatu hari nanti pasti akan kerugian besar dan hadirnya penyesalan tidak berguna lagi. Jangan hanya kerana satu atau dua kesilapan maka dihukum sepanjang hayat selagi bekerja, sebab rezeki yang Allah Kurniakan juga hasil penat lelah pekerja mereka. Bayangkan anda tidak Solat atau ikut mood nak Solat 5 Waktu tapi Allah tetap Kurniakan rezeki tanpa menahannya sebagaimana orang-orang kafir juga menerima rezeki dari Ilahi. Bezanya orang-orang Kafir dan Islam Munafiq mendapat rezeki tanpa Keberkahan dari Allah Subhanahu Wata'ala. Maka hati-hatilah dengan rezeki yang diterima dari Allah dan mengagihkannya dengan adil agar dengan cara itu anda sentiasa dalam lindungan Allah sentiasa. Membalas kejahatan dengan kejahatan hanya merosakkan reputasi anda sebagai Majikan dengan mengurangi rezeki yang berlebihan atas dasar ketamakan dan sebagainya. Usah dikira waktu tiada pelanggan kita sebagai Majikan berkorban untuk para pekerja! itu tanggungjawab anda dan tidak harus perkara tersebut sebagai alasan untuk membebani masalah anda kepada mereka. Rezeki Allah yang Kurniakan! Dia tahu apa yang dibuatNya sebagai Maha Pemberi Rezeki pada Sekelian Makhluk Sekelian Alam. Andai Allah Berkehendak menahan rezeki anda sebagai mana anda mulai kedekut maka sudah tentu Perniagaan anda tidak akan maju jaya. Ingat! rezeki milik Allah yang diamanah kepada anda untuk berbahagi-bahagi dengan adil tatkala mendapat keuntungan yang berlebihan. Ikut rasa hati yang benar sisi Allah Subhanahu Wata'ala dan bukan ikut hasutan Syaitan yang membenarkan perbuatan anda berlaku pelit. Contohi sifat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang begitu adil dalam perniagaan dan mendapat keberkatan hidup dari yang Maha Kaya. Pihak Majikan tahu bila masanya mereka mendapat rezeki yang melimpah ruah dalam masa yang tertentu tapi tiba-tiba hati mereka dihasut Syaitan untuk berlaku kurang adil dalam pengagihan rezeki. Fikir-fikirkanlah...





















































































Lihat lebih banyak komen