KESEPIAN ADALAH MILIKKU
Sejak remaja aku tak ada teman sejati, maksud aku tak ada kawan yang betul-betul rapat yang digelar Sahabat Baik. Mungkin latarbelakang aku yang datang dari keluarga yang terlalu disiplin dan dihalang dari bergaul dengan sembarangan orang. Mak Angkat aku terlalu garang dan keras dengan batasan pergaulan. Niatnya baik namun apabila aku dewasa susah nak betul-betul rapat dengan seseorang dalam erti kata yang sebenar. Masa zaman kanak-kanak banyak campur dengan orang tua-tua, masa remaja terlajak sibuk dengan alam percintaan. Dah tua-tua baru nak biasakan diri campur dengan budak-budak dan akibatnya kadangkala lupa yang diri tu dah tua nak mampus. Lambat dalam mengenal erti pergaulan sebab masa muda untuk berkawan dibatasi. Mak Kandung aku tak ada masalah, cuma kami terpaksa berpisah kerana Mak Warga Singapura. Aku Generasi pertama jadi Rakyat Malaysia dan aku bangga hidup dalam Negara yang Harmoni dengan berbagai Bangsa dan Agama.
Syukur Alhamdulillah! masa budak-budak bergaul dengan Orang Alim, masa muda dalam peringkat Kenal Diri dan Kenal Allah terganggu dengan Alam Percintaan yang mencalarkan akidah aku. Dan selepas melepasi zaman remaja, aku mulai sibuk berhijrah ke berbagai Negeri di Seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak sambil bekerja sambil mendampingi berbagai Kumpulan Dakwah dan Fahaman. Perlis antara Negeri yang terakhir aku hijrah kearah membentuk akidah yang benar-benar menuju jalan yang lurus dengan meninggalkan bidaah. Namun Allah punya rencana yang lebih baik dari yang aku sangkakan apabila gagal untuk menetap di Perlis hingga ke hujung nyawaku. Sebenarnya kesempurnaan dalam Agama ada dimana-mana, cuma cara kita menjalaninya harus sentiasa bersangka baik. Aku suka cara Ustaz Doktor Jamilin Kamilin yang telah menempuh berbagai rintangan dalam berdakwah. Dan aku faham cara beliau dan dia adalah idola aku dalam memahami Agama dengan jalan yang lurus dan bukan ekstrim.
Allah pun dah bagi aku Kifarah dalam usaha mencari kesempurnaan dalam beragama! sebab barangkali aku terlalu memilih dengan siapa aku nak Bersiratulrahim. Maklumlah! pernah terjebak Ajaran Sesat! pernah lihat bagaimana sikap orang Munafiq yang pecah amanah dalam Masjid, dianiayai oleh Agamawan dan sebagainya. Tapi itu bukan alasan untuk aku menjauhi mereka sebab hidup ini bukan tentang aku! tapi tentang bagaimana Allah nak mendidik aku jadi sebaik-baik manusia dengan menghadapi berbagai cabaran dalam mendekatkan diri kepadaNya. Diberi pandangan mata hati untuk melihat kecurangan Ahli Ibadah dalam Beragama bukan untuk dihakimi! tapi agar kita tidak jadi seperti mereka yang bengkok dalam jalan yang lurus. Aku tahu! tapi sebagai manusia biasa adakalanya kita beremosi berhadapan dengan golongan yang ilmu mereka bagai katak bawah tempurung tapi berlagak suci dan benar dengan pegangan mereka. Sebab itulah aku hanya berjemaah dan kemudian menjarakkan diri dari terlalu rapat. Sebab! aku masih belum mampu menahan diri dari berdebat dengan mereka yang berlagak benar dengan fahaman masing-masing. Aku dah bergaul dengan berbagai Bangsa sejak kecil baik Cina, Portugis, India, Melayu, Indonesia dan sebagainya, tapi aku lebih cenderung kepada sikap dan akhlak Orang Putih yang lebih bersikap terbuka dari sudut positif. Bangsa Mat Salleh yang pernah aku tinggal bersama! mereka bercakap melalui hati berterus-terang tanpa berselindung. Dan bukan semua orang boleh terima kata-kata yang adakalanya mengguris perasaan. Ya kata ya! Tidak kata tidak, itulah Bangsa Orang Putih yang akhlak mereka ada pada aku. Tak macam kebanyakan bangsa lain yang depan lain belakang lain. Tapi itulah identiti tiap-tiap bangsa yang pernah aku rapat menjadikan hidup ini lebih bermakna.
Aku rindu nak macam dulu-dulu dalam satu-satu Kumpulan Dakwah, seronoknya sebab kita sentiasa berada dalam kalangan orang yang baik-baik. Sentiasa cerita Agama dalam membesarkan Allah Subhanahu Wata'ala dan RasulNya. Rasanya kalau nak bergaul balik macam dulu-dulu, walaupun susah nak jumpa Kumpulan Dakwah yang terbaik! tapi sekurang-kurangnya Jemaah Tabligh adalah pilihan hati aku untuk dekat dengan mereka. Sebab masa diawal permulaan mendalami Agama, Tabligh lah yang pertama sekali aku dampingi mereka dalam mendalami Ilmu Keagamaan. Sebab itu aku sentiasa ingat kata-kata keramat Jemaah Tabligh, Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa. Fikir-fikirkanlah...





























