MASHAR
Dalam menyaksikan perkara-perkara ghaib! bukan semua datang daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Kita kena sentiasa berhati-hati akan tipu daya Iblis dan Syaitan dengan penyamaran mereka yang cuba mencalarkan akidah kita. Sebab itulah aku sentiasa berdoa pada Allah agar dijauhkan daripada tipu daya manusia dan Jin Islam yang Munafiq. Hanya dengan Pertolongan Allah maka kita mampu menghindarkan diri daripada terperangkap dengan sesuatu yang indah tapi menyesatkan. Alhamdulillah! sepanjang hidup dalam menjaga Iman yang sentiasa pasang surut akibat berbagai ujian yang mendatang dari berbagai arah yang tidak disangka-sangka, akhirnya berjaya aku melepasinya atas Bantuan Allah jua.
Bila Allah nak tolong! Dia bukan pandang pada bertapa hebatnya kalian dalam Agama atau banyaknya amal Ibadat yang dilakukan, tapi sejauh mana anda ikhlas dalam melaksanakan Segala PerintahNya. Kadangkala yang sedikit tapi istiqamah lebih disukai Allah daripada banyak tapi lalai serta ada tujuan yang tersirat demi kepentingan diri. Aku belajar dari pengalaman dan penyaksian mata tentang berapa ramai orang-orang Alim yang terpedaya akan perkara ghaib lalu menjadi sesat. Seperti mengaku diri sebagai Imam Mahdi, Kiyai, Wali, Rasul dan sebagainya. Padahal pengiktirafan yang mereka dapat melalui mimpi walaupun kata orang itu bukan tipu sebab berlaku jam 3 pagi. Tak ada maknanya! penipuan boleh terjadi tak kira masa sebab tugas Iblis dan Syaitan yang bertungkus-lumus 24 jam untuk menghancurkan Umat Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Aku juga seperti mereka dan rakan-rakan seperguruan yang hampir terpedaya dengan kemunculan susuk tubuh seseorang yang berketrampilan Berjubah dan Berserban dengan wajah berseri-seri untuk mengisytiharkan aku seperti mana mereka yang telah terpedaya. Padahal yang muncul itu Syaitan kuncu-kuncunya Iblis terdiri dari Jin Islam yang Munafiq untuk merosakkan akidah kita. Sebab itulah larangan Menyembah Makam Para Wali atas alasan Bertawassul adalah kesesatan yang nyata tapi Penunggang Agama ni tetap berpegang teguh pada keyakinan mereka. Kita ada Allah! minta padaNya secara terus tanpa bersandar pada berkat Para Wali yang mereka agung-agungkan. Belum tentu lagi Para Wali yang mereka puja benar jalannya sebagaimana nasihat Imam Al-Ghazali bahawa kebanyakan Ahli Sufi adalah sesat perjalanan mereka Mengenal Allah. Jadilah Ahli Ibadah yang Merdeka! iaitu tidak mengejar pahala seperti Ahli Ibadah Pedagang dan jangan terlalu memikirkan dosa sehingga menangis tak henti-henti, yang terjadi biarkan berlalu dan jangan diulangi maka golongan yang memaksa menangis adalah Ahli Ibadah Kebudak-budakan.
Sebagai Pendosa! kesilapan masa lalu adalah perkara yang baik untuk kita lebih bersifat tawaduk tatkala telah memilih jadi sebaik-baik manusia. Ingat dosa lama tu bagus tapi dalam masa yang sama sentiasa tanam dalam diri hari ini aku nak lebih baik dari semalam setiap hari. Sebaik-baiknya diantara Solat 5 Waktu, pilihlah salah satu waktu untuk bertafakur merenung diri. Mengingati mati juga salah satu cara mencegah diri dari lalai seperti masa lalu dalam mencintai Duniawi.
Ada satu peristiwa aneh telah terjadi padaku dalam tahun 1998 kalau tak silap aku! dimana ketika baru lepas habis Solat Jumaat di Masjid al-Azim Melaka, ketika masih berada ditengah-tengah dalam Mesjid berpusu-pusu untuk keluar... tiba-tiba aku lihat langkahku terhenti bersama dengan semua Jemaah Masjid. Tahu-tahu telah berada di Barisan Hadapan di Padang Mahsyar. Aku lihat berbilion-bilion manusia berbaris dalam keadaan telanjang bulat. Sama tinggi dan sama langkah berjalan seolah-olah sedang menuju ke sesuatu arah. Umur mereka semuanya sebaya lebih kurang 25 Tahun. Dan aku lihat Padang Mahsyar itu tidak seperti Padang Pasir yang ada dimuka bumi kita sebab tatkala kaki mereka menginjak Pasir Padang Mahsyar tidak ada kesan lekuk tumit dan telapak kaki. Seolah-olah pasir di Padang Mahsyar macam span. Dan luasnya Padang Mahsyar itu masih banyak ruang kekosongan walau telah dihimpunkan segala Manusia sejak Nabi Adam Alaihissalam hingga ke Umat Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam! bagai sekumpulan semut dalam Istana yang luas. Tiada gunung ganang dan rata serata-ratanya. Malangnya aku tidak dapat melihat dibarisan paling belakang dimana kesemua mereka terdiri daripada manusia pendosa yang paling jelek di padang Mahsyar. Andai kata aku dapat melihat barisan paling belakang! aku rasa hari ini lebih tekun dalam Beribadah dengan melaksanakan segala Perintah Allah dengan sedaya upaya. Bukan aku tak bersyukur! tapi dengan melihat Padang Mahsyar dalam keadaan sedar satu Rahmat Allah yang Maha Besar. Ia mampu membuat aku tidak lagi terpesona dengan dunia. Aku berada disana lebih kurang 1 minit hitungan akal logik ku. Tapi apabila jasad dipulangkan balik! aku dapati hanya 1 saat apabila langkah yang terhenti tadi baru nak pijak lantai Mesjid. Dan dalam masa yang sama semua Jemaah yang kaku tadi spontan bergerak seperti biasa seperti aku. Aku terpinga-pinga! cuma tak panik sebab dah terbiasa lihat perkara misteri maka aku teruskan langkah keluar dari Masjid dan terus pulang ke rumah. Apa yang telah diperkatakan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tentang keadaan Padang Mahsyar! begitulah aku nampak dan ia menambahkan lagi keyakinan ku kepada Allah Subhanahu Wata'ala Pemilik Jiwa ini. Islam Agama yang benar dan penutup segala Agama terdahulu seperti Injil, Zabur dan Taurat. Dan dalam Al-Quran itu sendiri kesemua kitab-kitab tersebut lengkap didalamnya. Sebab itu kita boleh tahu kisah-kisah Para Nabi yang terdahulu.
Dalam berdoa jangan mintak yang bukan-bukan, minta tenang dan kecukupan rezeki agar dapat melaksanakan tanggungjawab dunia dan akhirat dengan seimbang. Jangan iri hati dan buruk sangka pada kelebihan seseorang atas Kurniaan Allah Ta'ala. Dia yang berhak memilih siapa yang dikehendaki-Nya melihat akan perkara ghaib. Dan kelebihan ini bukan sesuatu yang membanggakan sebab terpaksa menghadapi ujian demi ujian dari serangan sihir dari manusia dan Jin. Fitnah juga tak pernah berhenti dari menguji diri, begitulah keadaan seperti yang dijanjikan dunia ini neraka buat Ahli Ibadah yang benar-benar mengikuti jalan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Belum disahkan beriman jikalau tiada ujian yang berat menimpa diri zahir dan batin. Maka Kepada Allah aku Sembah! dan KepadaNya aku berserah diri.



















