Orang Alim yang penghujungnya mati kafir

Dahulu telah berlaku satu kejadian yang amat memilukan buat keluarga Allahyarham Muslim Shadat. Kejadian berlaku diluar Negara yang terpaksa dirahsiakan demi menjaga aib ahli keluarga yang masih hidup. Muslim Shadat adalah seorang Alim yang datang dari keturunan Ulama yang amat dihormati dikawasan mereka. Kelebihan Muslim Shadat mengusai semua Ilmu Agama dan amat disegani. Namun beliau tidak pernah turun padang berdakwah kepada masyarakat seperti mana Jemaah Tabligh yang kurang Ilmu didada tapi semangat mereka untuk mengajak manusia kembali kepada Allah dengan melaksanakan Solat 5 Waktu harus diberi pujian. Bagi pendapat Muslim Shadat Kumpulan Tabligh adalah wajar untuk diharamkan kerana kebanyakan dari mereka tidak bertauliah dalam Agama. Maka berlakulah sedikit pertentangan antara dua pihak apabila majlis dialog yang diadakan bagi tujuan memalukan Jemaah Tabligh berakhir dengan Muslim Shadat yang sebaliknya mendapat malu semula. Niat tidak menghalalkan cara! masing-masing ada kelebihan tersendiri dalam melaksanakan Dakwah cara yang berbeza. Sebab konsep Dakwah itu luas! kebanyakan berdakwah cara menyampaikan Tazkirah di rumah-rumah Allah. Ada yang berdakwah cara pena, ada yang berdakwah melalui lirik lagu Islamik, ada yang berdakwah dengan perbuatan dan sebagainya. Entah apa yang bermain dalam fikiran Muslim Shadat tiada siapa yang tahu! mengapa beliau begitu membenci Jemaah Tabligh.

Sehinggalah pada suatu hari Muslim Shadat terbabit dalam kemalangan jalanraya yang membuat beliau koma selama seminggu. Saat-saat akhir sebelum kematiannya, keluarga beliau memberitahu Muslim Shadat tiba-tiba tersedar dari koma dan menyebut-nyebut nama Ibunya yang amat dikasihi. Matanya terbeliak memandang ke atas atap Hospital sambil menyebut Umi! Umi!... Adik beradik Muslim Shadat mengajar sebut Asyhadu la'ilahaillallah Wa'ashaduana'Muhammadarasullullah di telinga Abang Kandung mereka. Tapi tiada respon, malahan terus menyebut-nyebut nama Ibunya. Sebelum nafas terakhir! terkeluar kata-kata; " AKU IKUT AGAMA MU ". Dan ini mengejutkan seisi keluarga saat akhir melihat Abang Kandung mereka pergi buat selamanya. Sejak detik itu berbagai perkara aneh terjadi. Wajah pada Allahyarham Muslim Shadat yang sebelumnya bersinar, tiba-tiba gelap bagai hilang Nur cahaya keimanan. Tapi tiada sesiapa yang berani berkata apa-apa. Ketika jenazah cuba diangkat untuk dibawa pulang! sangat berat seolah-olah sedang pikul orang yang paling gemuk. Padahal Arwah badannya kurus dan tinggi lampai orangnya. Lebih memilukan tatkala memandikan jenazah, bau busuk dari dalam badan keluar melalui dubur berupa lendir yang hanyir. Saat hendak dikuburkan juga mengalami masalah yang luarbiasa, hujan dan petir berlaku sepanjang pengkebumian. Keesokan harinya kecoh satu kampung apabila ada orang mendakwa melihat kubur Allahyarham Muslim Shadat keluar asap berkepul-kepul dari tengah pusaranya yang berlubang. Entah dosa apa yang telah dilakukan terhadap Allah hingga diaibkan sedemikian rupa. Maka datanglah seorang Alim yang mempunyai kelebihan Kashaf Mata dan berdialog diatas kuburan tanpa ditemani sesiapa. Semua diarahkan lihat dari jauh bagi menyelesaikan permasalahan yang ada. Hampir sejam baru selesai! dan didapati muka si Alim tadi sangat sugul dan hampir menitiskan air mata. Beliau berlalu tanpa penjelasan! dan seminggu kemudian barulah bersuara tentang apa yang telah berlaku. Katanya! sebelum Malaikat Maut mencabut nyawa, Muslim Shadat didatangi Ibu kandung kesayangannya dan mengajak masuk Agama Keristian jika ingin bersama di Syurga. Tanpa berfikir panjang terus sanggup murtad keluar dari Islam! tatkala bersetuju untuk meninggalkan Agama Islam, Ibunya tiba-tiba bertukar rupa menjadi Iblis. Semua itu tipu daya Syaitan untuk menyesatkan manusia walau pada akhir hujung nyawa. Ini yang berlaku kepada Allahyarham Muslim Shadat yang kematiannya berakhir dengan kemurtadan.

Orang Alim tersebut menasihati orang ramai agar jangan sekali-kali memusuhi saudara seagama walau berlainan fahaman. Dan jangan taksub untuk menghakimi bahawa Fahaman yang tidak sealiran dengan mereka adalah sesat sebagaimana Allahyarham Muslim Shadat amat membenci Jemaah Tabligh. Dan akhirnya pada penghujung usia berlaku kematian yang sia-sia akibat terkeluar dari Islam. Budaya menghakimi akhir zaman ini semakin menjadi-jadi dan berleluasa tanpa pemantauan dari pihak yang berwajib. Pelajaran dari peristiwa ini adalah untuk mengingatkan orang Islam bahawa Syaitan sentiasa bekerja keras 24 jam setiap hari tanpa jemu bagi memastikan Umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam semakin berkurangan jumlah mereka yang akan mati dalam keadaan berakidah Tauhid. Nampak gayanya diakhir hidup kita pun dah tak selamat lagi apabila masih terus diganggu Syaitan hingga nyawa yang terakhir. Maka berwaspadalah dan sentiasa amalkan zikrullah sepanjang hayat kerana zikir tersebut mampu mencegah diri dari terpedaya dengan muslihat Syaitan. Fikir-fikirkanlah... Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa, Allahuakbar!!!.

5 hari laluDiedit kepada

... Baca lagiPengalaman saya meneliti kisah seperti Muslim Shadat ini mengingatkan kita bahawa keimanan bukan sahaja perlu dipupuk sejak kecil, tetapi juga dijaga sepanjang hayat, terutama ketika menghadapi ujian berat. Kisah ini menunjukkan bahawa walaupun seseorang itu alim dan memiliki ilmu agama, mereka masih berisiko terpengaruh oleh godaan syaitan, terutama pada saat-saat kritikal seperti ketika sakit dan menjelang kematian. Dalam kajian peribadi saya berkenaan dengan amalan rohani, saya dapati amalan zikir dan doa merupakan benteng yang sangat penting untuk mencegah diri daripada tergelincir dalam aqidah. Banyak kebijaksanaan ulama terdahulu yang menekankan agar umat Islam sentiasa beristighfar dan melekat pada wirid harian, terutama apabila berhadapan dengan cabaran jiwa. Selain itu, kisah ini juga membuka mata saya tentang pentingnya sikap toleransi terhadap perbezaan fahaman dalam Islam. Seperti yang berlaku antara Muslim Shadat dan Jemaah Tabligh, perbalahan dan sikap menganggap sesat tanpa bukti kukuh boleh membuahkan akibat yang sangat menyedihkan. Saya pernah menyaksikan bagaimana kelompok yang berlainan pendapat tetap boleh berjaya berdakwah asalkan dengan cara saling menghormati dan memahami kekuatan masing-masing. Tambahan pula, kisah ini mengingatkan kita supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwah palsu atau ajaran yang boleh memalingkan kita dari tauhid. Saya pernah mengikuti beberapa ceramah agama, dan rata-rata pendakwah yang berjaya adalah mereka yang menggabungkan ilmu, pengalaman, dan pendekatan berdakwah secara hikmah tanpa menyakiti perasaan orang lain. Dalam dunia hari ini, di mana maklumat mudah diakses, sangat penting untuk kita menguatkan iman dengan ilmu yang tepat dan amalan yang konsisten. Saya sendiri selalu mengingatkan diri agar tidak terlalu cepat menghakimi atau memusuhi saudara Islam yang berbeda pandangan. Kita harus melihat kepada potensi kebaikan dalam diri mereka dan sentiasa berdoa agar diberikan hidayah. Akhir kata, kisah Muslim Shadat ini memberi saya satu pengajaran mendalam bahawa menjaga aqidah adalah tugas sepanjang hayat dan kita perlu sentiasa berwaspada dengan tipu daya syaitan sampai nafas terakhir. Amalan zikir, doa, dan bertoleransi dengan perbezaan dalam Islam adalah kunci untuk memastikan kita tetap teguh berpegang pada agama Allah. Semoga kita semua diberi kekuatan dan perlindungan dariNYA.

20 komen

Imej UmieAta
UmieAta

Allahuakbar lindungi kami dari gangguan syaitan laknutllah... aamiin YRA 🤲🤲🤲

Lihat lagi(3)
Imej Masjudy Benjamil
Masjudy Benjamil

Allahhuakhbar. Semoga menjadi panduan dan pengajaran.

Lihat lagi(1)

Lihat lebih banyak komen

Siaran berkaitan

pakngah 🙏🙏🙏

pakngah 🙏🙏🙏

7 suka

#foryou #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #viralvideo
⚜️снїкα_ςнυ⚜️

⚜️снїкα_ςнυ⚜️

4 suka

Novi2811

Novi2811

3 suka

SALAM MAULIDUR RASUL
Telah berkata Sayyidna Ali رضي الله عنه وكرّم الله وجهه Sesiapa yang mengagungkan Maulid Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم dan Dia menjadi sebab dibacakan Maulid, tiadalah keluar ia dari dunia ini kecuali dengan Iman dan masuk Syurga tanpa hisab.
Koperasi Dqalbu Trg Bhd

Koperasi Dqalbu Trg Bhd

7 suka

NaniJaafar

NaniJaafar

49 suka

﷽ ﺍَﻟﻠﻬﻢﺻَﻞِﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِﺪِﻧَﺎ ﻣﺤَﻤﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِﺪِﻧَﺎ ﻣﺤَﻤﺪٍ ﷺ Assalamualaikum shbt syurga💕 JOM PERBANYAKKAN BERSELAWAT... SEMUGA SETIAP SELAWAT MENJADI CAHAYA DIDUNIA,SYAFAAT DI AKHIRAT DAN BUKTI BAHAWA KITA MASIH MENGENAL KEKASIH ALLAH SWT💕
Arisya🔐

Arisya🔐

13 suka

ALHAMDULILLAH..SYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT ALLAH
#akusukaakutulis
Broken Heart💔

Broken Heart💔

434 suka

اَللَّٰہُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَیٰ سَیِّدِنَا مُحَمَّدِِ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍﷺ
#duaayatterakhiralbaqarahadalahcahaya
C€ππ4R4

C€ππ4R4

877 suka

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW 🤍
Kelahiran baginda adalah cahaya pertama yang membawa rahmat dan petunjuk untuk seluruh alam 🥰 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Fatin Ezaty

Fatin Ezaty

0 suka

Isteri buka mulut sikit, 𝐍𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚... Isteri tegur dan nasihat sikit..𝐃𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚. Itu ja modal kita orang laki nak bagi isteri tunduk, taat, akur dan tak ganggu kita. Kita boleh bermaharajalela dalam rumahtangga hanya dengan menggunakan ayat 𝐍𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀 dan 𝐃𝐄𝐑𝐇𝐀𝐊𝐀.... Mungkin kita ni buta, mungkin kita
دانيا حمير�ا

دانيا حميرا

9 suka

Gambar menunjukkan petikan ayat Al-Quran Surah An-Nisa': 48 tentang dosa syirik yang tidak diampuni Allah, dikelilingi objek-objek seperti tangkal, buku kecil, dan bahan-bahan ritual, menggambarkan amalan yang berkaitan dengan syirik.
Bahaya Khurafat dan Syirik dalam kehidupan Muslim
Dalam kehidupan seharian, masih ada segelintir manusia yang terjebak dengan amalan sihir, santau, kepercayaan khurafat dan perbuatan syirik. Semua ini bukan sahaja merosakkan akidah, malah mengundang kemurkaan Allah SWT kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang menekankan tauhid dan pergantunga
Supermama Superwife 💪

Supermama Superwife 💪

3 suka

Gambar tajuk bertulis "6 Wanita Tercantik Dan Paling Mulia DALAM ISLAM!!" dengan latar belakang bunga merah jambu dan putih, serta siluet wanita berhijab merah jambu.
Latar belakang bunga merah jambu dan putih dengan teks mengenai Maryam binti Imran, ibu Nabi Isa, yang disebut wanita paling suci dan terpilih dalam Al-Qur'an.
Latar belakang bunga merah jambu dan putih dengan teks mengenai Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama Nabi Muhammad SAW, yang terkenal dengan akhlak mulia dan kecantikannya.
Tahukah Korang Wanita Tercantik & Mulia Ini ?!
Assalamualaikum, hi lemon8🍋... Dalam Islam, kecantikan seorang wanita tidak hanya dinilai dari rupa fisik, tetapi juga dari akhlak, ketakwaan, dan peranannya dalam sejarah Islam. Berikut adalah beberapa wanita yang sering disebut sebagai wanita tercantik dan paling mulia dalam Islam, baik dari s
Nur Aryssa

Nur Aryssa

51 suka

Imej menunjukkan tangkapan skrin siaran Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang mengucapkan takziah atas pemergian Al-Syeikh Al-Allamah Abd Al-Aziz Ibn Abdullah Alu Al-Syeikh. Di bawah siaran, terdapat komen daripada pengguna yang mengandungi pertanyaan dan istilah tertentu.
Manusia yg paling krg ajar terhadap ulamak😡😡😡
Berbeza pendapat boleh tapi jangan sampai jadi AHBASH!!!
Alif- Solo Venture

Alif- Solo Venture

0 suka

Lihat lagi