Qorin
Rupa-rupanya! selama ini kita tertipu dengan orang dulu-dulu yang mengatakan roh orang mati hanya orang tertentu sahaja yang boleh nampak. Ternyata sebenarnya yang mereka nampak adalah Qarin si mati. Erti kata lainnya, kita semua ada Qarin! dan bila kita mati, Qarin kita yang akan muncul seperti kita untuk memperdayakan manusia. Betullah kata kebanyakan Ustaz Pondok! yang dah mati terus terpisah dari dunia kita. Mereka berada di Alam Ghaib seperti soal jawab di Alam Barzakh dan kemudian sama ada masuk syurga atau ke neraka bergantung kepada sebanyak mana amal ibadatnya.
Jadi! kisah seorang pemanduTeksi Cina yang menumpangkan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee hingga keluar di dada-dada akhbar dahulu memang sah itulah Qarinnya. Dan jangan terpedaya apabila muncul seorang Ulama sekalipun selepas kematiannya juga adalah Qarin. Sebab tugas Qarin sebagai Jin pendamping kita sejak lahir, kerjanya cuma memperbodohkan kita dan menyesatkan seberapa banyak yang boleh. Tapi kita mampu menundukkan Qarin dengan cara menjaga Solat 5 Waktu dan berzikir siang malam mengikut kemampuan diri.
Walau kita warak macam mana pun! Qarin tidak akan masuk Islam. Hanya Qarin Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sahaja satu-satunya berjaya di Islamkan. Ertinya sejak dahulu lagi orang dulu-dulu yang pentaksub Ulama atau Pelakon terkenal diperdayakan oleh Qarin untuk mencalarkan keimanan mereka. Serupa macam golongan yang menyembah Makam atas alasan Bertawassul! sebenarnya apa yang mereka saksikan kewujudan Para Wali tersebut adalah penyamaran Qarin. Qarin mampu menyerupai seseorang yang telah didampinginya sejak lahir serta mampu meniru suaranya sekali. Dan sehingga nyawa kita di penghujung nafas! Qarin mampu menyamar diri sebagai orang tua kita serta seseorang yang kita sayang untuk mengajak mengikuti jalan murtad masuk Agama lain jika ingin bersama seseorang yang mereka kasihi sewaktu hidup.
Maka berhati-hatilah dengan Qarin masing-masing yang sentiasa bertugas 24 jam untuk menyesatkan kita serta mencalarkan akidah. Kerana itulah orang-orang Alim sentiasa berperang dengan diri sendiri untuk kekal Mentauhidkan Allah Subhanahu Wata'ala, kecuali Penunggang Agama dan Ahli Bidaah. Fikir-fikirkanlah...














































