Sayangi diri sendiri
Pengalaman bekerja di mana-mana Kedai Makan sama ada Kantin Sekolah, Kantin Universiti, Restoran, Cafe ataupun Warung biasa-biasa saja... aku dapati perjalanan Majikan ku hampir sama. Maksud aku jikalau perniagaan mereka tidak maju, mereka tidak dapat bertahan lama. Bagi yang maju pula! macam biasa sering kena sihir dari musuh-musuh yang datang dari orang yang tidak berpuas hati atas keuntungan yang dicapai oleh Majikan ku.
Aku dah lihat macam-macam keadaan kedai makan kena sihir dan semua hampir sama risiko yang dihadapi pihak Majikan. Yang aku nak sentuh di sini tentang Pihak Majikan. Biasanya apabila kedai makan mereka kena sihir dan tiada pelanggan! barulah mereka bertindak mencari Ustaz untuk berubat Shifa. Alhamdulillah bagi yang cari Ustaz dan bukan gunakan khidmat Bomoh yang ada pendamping Jin Islam Munafiq. Tapi apabila musuh tidak mampu menghalau pelanggan melalui sihir yang dihantar maka mereka gunakan cara lain iaitu dengan menanam permusuhan sesama pekerja. Jika tidak pun satu demi satu pekerja akan sakit dan kebiasaannya Majikan tidak akan peduli jikalau pekerjanya sakit sebab itu bukan urusan mereka. Padahal kesakitan yang ditanggung pekerja akibat dengki khianat terhadap kedai Majikan, tapi kebanyakan manusia lupa diri bahawa ujian yang di tanggung pesakit adalah tanggungjawab mereka.
Itu sebab mengapa aku tinggalkan begitu sahaja Majikan yang penting diri akibat di hinggap penyakit Ain. Bayangkan! pernah satu kejadian buat kali ketiga kena tempias sihir dimana tujuannya untuk kenakan Pihak Majikan! tapi oleh kerana aku yang paling lemah pendinding diri maka aku yang selalu kena. Aku ditahan di Hospital selama 8 hari dan di masukkan air dari botol yang tergantung sebanyak hampir 40 botol. Tapi selama 8 hari itu juga! Doktor tidak dapat mengesan sebarang penyakit yang aku hadapi. Itu maknanya sihir! aku dah tahu awal-awal lagi berdasar kepada pengalaman masa lalu. Soalnya kenapa aku tinggalkan Majikan yang baik tapi tidak sempurna sepenuhnya. Pertama kerana aku kena jaga baik-baik kesihatan aku sendiri! dan kena lebih hargai diri sendiri. Sebab apa! tiap-tiap kali musuh hantar sihir nak serang kedai! pekerja macam aku yang kena. Dan aku kena keluar duit sendiri untuk berubat Shifa. Sampai keluar dari Hospital pun kena bayar duit selama 8 hari di Hospital! adakah itu keadilan buat aku?. Patutnya majikan yang kena bayar sebab kesakitan yang aku tanggung itu akibat dari tempat kerja, tak kiralah itu perkara ghaib. Tapi itulah sikap majikan yang miskin sifat Insan dan penting diri. Tak kan lah semua kita kena bagi tahu dan ajar untuk berfikir keseluruhan kejadian yang berlaku. Masing-masing ada otak maka pergunakan lah kerana Allah! bukan kerana nafsu nak untung sendiri. Bukan mudah nak cari rezeki halal tapi banyak dugaan yang terpaksa kita hadapi seorang diri apabila kesakitan terpaksa tanggung sendiri sahaja. Mereka mungkin berfikir bahawa itu bukan tanggungjawab sebagai Majikan! sebab tengah untung berniaga. Mungkin bila datang balik musibah kedai kehilangan pelanggan baru lah nak fikir pulihkan kedai dan baru ingat nak bantu pekerja yang sakit akibat kesan sihir yang musuh hantar di kedai mereka.
Itulah lumrah alam! sebab itulah aku selalu ingatkan diri rezeki Allah yang bagi. Baik macam manapun Majikan tapi tidak sebaik Allah yang melindungi kita dengan berbagai bantuan perlindungan serta kesembuhan walaupun lambat. Jadi pihak Majikan janganlah rasa diri teraniaya disebabkan pekerja berhenti mengejut. Yang teraniaya adalah aku sebagai pekerja yang terpaksa keluar duit sendiri untuk perubatan Shifa. Dan terpaksa tanggung kos rawatan di hospital yang sepatutnya tanggungjawab Majikan. Tak kan lah itu pun nak kena ajar?. Aku bukan marah! aku ada duit dan boleh bayar sendiri segala kesakitan yang berpunca daripada tempat kerja aku. Fikir-fikirkanlah....
Nota: ini kisah lalu ku yang sering berulang kali berlaku walau di mana aku mencari rezeki yang halal lagi berkat. Cuma nak jumpa Majikan yang betul-betul baik dan faham memang sukar sebab mereka hanya fikir tentang diri sendiri terlebih dahulu. Tak salah! tapi dalam situasi yang memerlukan mereka bertanggungjawab atas kesengsaraan pekerja akibat sihir dalam kedai makan adalah kewajipan sebagai seorang yang bernama manusia. Semoga nasihat ini membuka minda semua Majikan walau dimana jua berada agar jangan lepas tangan untuk merawat pekerja yang sakit akibat sihir dari tempat mereka. Itu Amanah Allah...

















































Walau bagaimanapun adalah lebih afdal keluarkan duit sendiri untuk perubatan Shifa sebab takut tak mujarab untuk sembuh. Kadangkala antara fikiran dengan hati berbeza pendapat dan aku lebih suka mengikuti firasat ku yang kebanyakannya benar.