Nasi kangkang
Pengalaman terkena nasi kangkang dari bekas isteri sangat menyeksakan. Dengan siapa dia berzina pun kita tidak kisah sebab telah menjadi bodoh. Sesiapa saja terkena baik lelaki mahupun perempuan akan dengan mudah memaafkan walau pun sudah tahu pasangan mereka berlaku curang. Bahkan jika terjumpa dengan orang yang berzina dengan pasangan kita! pun tak mampu nak marah. Begitu kuat sihir daripada termakan Nasi Kangkang. Maklum sajalah! Mak Mertua bekas isteri Bidan Kampung yang boleh juga mengubati berbagai penyakit misteri sebab ada pendamping Jin Islam yang Munafiq. Aku tahu sebab pernah nampak Jin tersebut berzina dengan Mak Mertua aku padahal suami dia iaitu Bapak Mertua aku sebelah dia saja. Kehadiran Jin akan membuat semua orang tidur mati! tapi entah mengapa aku sahaja tidak berkesan untuk di tidurkan mati seperti yang lain-lain. Namun aku tak pernah cerita pada Isteri aku yang curang sebab tak ada makna.
Dipendekkan cerita! Nasi Kangkang bererti seseorang menggunakan kekotoran dari kelangkang termasuk alat sulit lalu diletakkan dalam makanan. Sesiapa yang termakan akan menjadi bodoh sebodoh-bodohnya. Tak mampu nak marah! senang memaafkan dan masih sudi menyimpannya sebagai Isteri. Semakin banyak termakan Nasi Kangkang maka bertambah-tambahlah bongok. Fungsinya lebih kurang macam minyak dagu yang khas untuk memperbodohkan kaum wanita. Biasanya minyak dagu hanya lelaki yang gunakan bagi memikat wanita idaman mereka secara paksa melalui sihir. Dan minyak dagu terhasil daripada jenazah wanita yang mati dalam keadaan masih anak dara! mereka akan membongkar kubur dan mengeluarkan mayat wanita tersebut untuk dibakar dagunya maka menitis lah minyak lemak dari kulit dan isi dagu yang terbakar. Macam kita panggang daging kambing seekor! cuba lihat akan menitis minyak jatuh dari daging yang dibakar.
Selain daripada sihir memperbodohkan seseorang! mereka juga gunakan air badan lepas mandi lalu dicampurkan dalam apa minuman pun untuk mengenakan seseorang agar tunduk pada kata-kata. Kalau tak percaya! cuba lihat kesannya melalui binatang yang baru ditangkap dalam hutan macam monyet contohnya. Air mandi yang kita takung dalam besen dimana kaki kita pijak besen besar tersebut dan mandi tanpa kesan air sabun. Bekas air badan kita dalam besen lalu gunakan bagi monyet tu minum cara paksa jika degil! dan mandikan monyet tersebut dari bekas air badan kita. Lihat hasilnya tak sampai 24 jam! monyet tersebut akan menjadi jinak dan boleh bermanja-manja dengannya macam bela kucing. Tapi Ingat! itu hanya untuk membuktikan bertapa air badan kita yang kotor mampu menundukkan makhluk! tapi janganlah salah gunakan untuk menundukkan pasangan hidup kalian. Dosanya sangat besar dan syirik yang segala amal ibadah tertolak. Kau rajin sembahyang lah tak sampai pada Allah! malahan bertambah dosa atas sifat kemunafikan yang melampaui batas.
Itu antara sihir dari badan sendiri yang mampu membuat seseorang menjadi bodoh dengan ilmu Penunduk. Selain dari itu macam biasalah mereka gunakan khidmat Bomoh Cilaka untuk merosakkan kehidupan orang lain. Fikir-fikirkanlah...





















Saya tak tahu apa nasi kangkang bagaimana sikangkangkan atau dilangkah ke xpaham pulak boleh sampai berkesan amat tamuannya