Bahagia seketika
Hidup bersama dengan Nurul sangat bahagia! aku tak lupa sentiasa ucap Syukur pada Allah Siang dan Malam. Bagi aku kehadiran Nurul dalam hidup ku Anugerah Allah yang paling bermakna dalam hidupku. Dia wanita yang sempurna bagiku sebab bukan hanya taat kepada aku tanpa selingkuh, tapi taat juga pada Allah dengan sujud sebagai tanda Berterima Kasih. Pertunangan tak lama! hanya 3 bulan dan terus bernikah. Itulah perancangan kami tapi Perancangan Allah lebih hebat dan tidak aku ketahui. Sehari sebelum Pernikahan kami! tiba-tiba Nurul jatuh sakit. Sakit yang tidak dapat dikesan melalui Perubatan Moden. Selama berada di Hospital! selama itu jugalah Doktor kehairanan kerana tiada satu pun penyakit yang ada. Lalu pihak keluarga perempuan memanggil Ustaz untuk di Shifa kan. Nurul terus berbaring bagai orang tidur di atas katil Hospital selama seminggu. Tidak diketahui penyakit misteri apa yang terkena pada tunanganku. Sewaktu Perubatan Shifa! Ustaz Kamaruzaman menyatakan tunang ku kena sihir yang amat berat. Ketika perawatan Shifa kelihatan wajah Nurul berubah dan bukan lagi wajahnya yang asal sebab ada benda asing yang menumpang. Seluruh tubuhnya seperti kebiru-biruan akibat dimasuki Jin Kafir yang jahat. Kata Ustaz Kamaruzaman lagi! Nurul di sihir kerana ada seseorang sakit hati cintanya telah ditolak. Aku tak tahu hal tersebut sebab Nurul tak pernah ceritakan kisah lalunya. Tapi sangat tidak profesional lelaki yang menyihir baik Isteri ku seolah-olah tidak percaya kepada Ketentuan Allah Subhanahu Wata'ala. Makhluk halus yang memasuki badan Nurul tidak melawan tatkala Ustaz Kamaruzaman Shifa! tapi kesannya pada jasad Nurul apabila tekanan darahnya turun mendadak sehingga para Jururawat cemas dan berusaha menstabilkan pernafasan bakal Isteri ku. Tapi Allah lebih Menyayanginya apabila Doktor Pakar mengesahkan Nurul telah meninggal dunia. Meraung kedua orang tua Nurul, sementara aku hanya berdiam diri seperti tidak percaya Nurul sudah tiada di sisiku lagi. Mak dan Ayah aku cuba menenangkan diri aku yang ketika itu memang tenang tapi bagai orang kebingungan lagaknya. Aku hanya tersenyum simpul sesiapa sahaja yang cuba memberi kata-kata semangat.
Petang itu juga Jenazah Nurul dibawa pulang kerumah orang tuanya untuk di mandi dan dikafankan sebelum dikebumikan berdekatan rumah mereka yang tidak jauh dari kawasan Perkuburan Islam. Aku hanya diam sepanjang proses yang terjadi sehinggalah semasa Jenazah Nurul dimasukkan ke dalam liang lahad. Suasana petang tersebut mendung dan sejuk tanpa angin seolah-olah menangisi pemergian Nurul. Semua berjalan lancar dan mudah sekali urusan pengebumiannya. Kali terakhir aku lihat wajah Allahyarhamah Nurul ketika membuka kain kapan pada wajahnya untuk di dekatkan dengan dinding tanah menghadap kiblat. Aku lihat wajahnya berseri-seri bagai orang tidur dengan senyuman manis. Bila segalanya selesai aku pun pulang ke rumah dalam keadaan masih tidak percaya kepergiannya Menghadap Ilahi. Aku berzikir dan Solat seperti biasa agar doaku sampai padanya. Pahala tidak akan sampai hanya dengan doa kalau tidak mendirikan Solat 5 Waktu terhadap si mati. Aku tetap istiqamah dalam beribadah kepada Allah walaupun apa yang berlaku, Insyaallah.
Sebulan kemudian barulah aku merasa sedih dan tanpa disedari air mata jantan ku mengalir perlahan kepipi. Dalam masa yang sama aku tetap Mohon Pada Allah untuk beri aku kekuatan atas kehilangan Insan yang tersayang. Aku tidak akan tunduk pada kesedihan yang melampaui batas sebab takut diri ini lemah dengan ujian yang mendatang. Aku kena Redha atas Qada' dan Qadar-Nya walaupun jauh di sudut hati memang hancur lebur atas kematian Nurul akibat sihir.
Kini sudah lebih 30 tahun berlalu, walaupun aku dah sembuh dari kesedihan namun hati ku tertutup untuk mencari pengganti. Aku lebih senang dan selesa hidup seorang diri dengan menambah amal ibadat agar kekuatan Imanku tak mudah lemah dengan badai musibah. Alhamdulillah, tiap-tiap minggu aku bersedekah di Mesjid selepas berdoa agar Arwah Nurul tenang di Alam Barzakh.
Pengalaman saya membaca kisah ini mengingatkan saya betapa pentingnya kekuatan iman dan redha dalam menghadapi ujian hidup. Kehilangan orang tersayang pasti meninggalkan kesedihan yang mendalam, namun dengan keyakinan kepada ketentuan Allah SWT, setiap musibah boleh dihadapi dengan tabah. Dalam cerita ini, sihir menjadi punca tragedi yang menyentuh hati. Dalam masyarakat kita, fenomena sihir dan gangguan makhluk halus sering dianggap tabu atau mustahil, tetapi pengalaman nyata seperti ini menunjukkan bahawa kita perlu sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada, serta memperkuat amalan rohani. Saya juga terkesan dengan bagaimana proses rawatan shifa dijalankan di hospital ketika si Nurul dirawat. Kaedah rawatan spiritual ini penting kerana ia melibatkan usaha menyucikan jiwa dan tubuh dari gangguan yang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden. Ini menunjukkan bahawa penjagaan kesihatan rohani sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Selain itu, kisah ini mengingatkan bahawa dalam menghadapi kehilangan, kita perlu mengamalkan solat dan zikir sebagai penyambung doa kepada si mati. Amalan ini menjadi wasilah untuk mendoakan ketenangan mereka di alam Barzakh. Sifat istiqamah penulis dalam ibadah dan sedekah setiap minggu juga menjadi contoh yang baik untuk kita semua mencari kekuatan diri dan redha hati. Secara peribadi, saya percaya bahawa cinta sejati tidak akan hilang walaupun insan tersayang sudah tiada. Ia akan terus hidup dalam doa, ingatan, dan amal yang kita lakukan. Kisah ini memberikan inspirasi kepada saya dan mungkin ramai yang lain, bahawa walau apa pun dugaan, kita harus terus berpegang pada keimanan dan berterusan berusaha menjadi insan yang lebih baik. Akhirnya, bagi yang mengalami ketakutan atau trauma dalam hubungan, seperti 'philophobia' yang juga disebut dalam petikan cerita pendek ini, bacaan kisah sebegini boleh membantu memahami bahawa setiap pengalaman hidup membentuk kita. Kesedihan dan kegembiraan sering bergiliran, dan ikatan yang kuat dengan Allah SWT adalah tumpuan utama untuk menghadapi segalanya dengan tabah dan bahagia meskipun seketika.


kalau tak silap,gambar kat atas tu Arwah Nike Ardilla,kan...Al Fatihah untuk beliau 🥺 sy suka lagu dia,Bintang Kehidupan