Pengalaman misteri
Kalau nak ceritakan semua pengalaman misteri ku! rasanya kena buat cerpen bersiri sambung menyambung. Tapi cukuplah aku cerita apa yang nak aku kongsikan mengikut mood aku. Aku tak nak cerita kisah nampak berbagai hantu, tak nak cerita kisah pengalaman banyak kali nampak Jin, malas nak cerita kisah sengsaranya kena sihir lebih dari 5 kali, manakala 2 kali lihat Piring Terbang @ UFO dan dapat lihat Alam Ghaib yang aku aku yakin Anugerah Allah buatku. Sebahagian dari pengalaman melihat perkara misteri tersebut bersama saksi dari kalangan kawan mahupun saudara mara. Ini membuktikan aku tidak gila dan bukan berhalusinasi.
Yang nak aku kongsikan kali ini mungkin perkara biasa buat kalian! tapi bagiku ianya sesuatu yang mistik dan bertambah-tambah keimanan ku kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Semasa remaja aku pernah mengikuti Guru Tauhid ku ke Pahang dan terkandas di Stesen Bas Rompin sebab ketiadaan Teksi atau Bas berhenti-henti untuk ke lokasi seterusnya. Kami sampai lewat di Rompin jam 12 malam! jadi terpaksa tidur di bangku kayu sementara menunggu jam 6 pagi baru beroperasi Bas berhenti-henti termasuk Teksi. Kejadian berlaku tahun 1992.
Ada masa lebih kurang 6 jam untuk menunggu maka aku buat keputusan untuk tidur beristirehat baring di bangku panjang. Tak berapa lama baru pejamkan mata! tiba-tiba badanku seperti ada sesuatu yang menolak kebawah. Aku cuba melawan tapi tidak berdaya, seluruh jasad ku di tolak kebawah hingga melepasi tempat membaringanku di bangku panjang tersebut. Aku lihat tidak lagi kelihatan jasadku, tapi rohku terus ditolak kebawah dan aku toleh ada palang kayu bangku panjang yang perlu aku elakkan dari terhantuk. Namun terus ditolak hingga aku terhantuk palang kayu dan menembusi sehingga aku terpaku sebentar. Sungguh indah kayu kalau dilihat dari dalam dengan jisim ciptaan Allah yang Maha Bijaksana. Hilang segala ketakutan ku! malahan memuji-muji Allah Subhanahu Wata'ala atas ciptaanNya yang luar biasa, Masyaallah. Tak dapat ku puji dengan kata-kata dan tak dapat dilukis dengan tangan sebab ianya termasuk hal-hal ghaib. Setelah itu aku tersedar dan jam menunjukkan hampir pukul 4 pagi. Aku sambung tidur balik sebab bas henti-henti bermula jam 6 nanti.
Alam Ciptaan Allah sungguh indah dan bukan semua orang dapat lihat perkara yang pelik-pelik. Salah satunya pengalaman aku menyelam di Tokong Yu Mersing Johor dahulu tahun 1995. Aku terjumpa kerang sebesar tubuh aku dalam keadaan terbuka, tapi aku menjauhkan diri sebab tak sedap hati. Kemudian terserempak dengan Yu Tukul lebih besar dari aku, sama-sama terkejut dan aku naik ke permukaan laut tergesa-gesa hingga hampir pecah gegendang telingaku akibat tekanan oksigen yang aku sedang gunakan. Masa tu aku baru lepas menyelam gua bawah laut! Ya Allah... indahnya bila pancaran matahari tembus ke dasar laut tak dapat digambarkan keindahannya dengan kata-kata juga. Segala Puji-pujian hanya untuk Allah Pemilik Alam Semesta. Tapi sejak tempias Tsunami di Aceh kena kat Malaysia! sejak itu aku takut dengan dengan pantai. Bahkan sudah bertahun-tahun lamanya aku mengelak tinggal di Bandar Besar sebab firasat ku mengatakan akan berlaku gempa bumi yang teruk. Sebab itu aku hijrah ke tempat yang macam Perlis, Tanjung Malim Perak dan sekarang menetap di Muar Johor yang tidak ada bangunan pencakar langit. Bukan takut mati! tapi mengelak diri dari mati kena hempap batu batan dan tenggelam dek Tsunami jika bermandi manda di pantai.
Sebenarnya banyak lagi yang aku nak kongsi kan tapi tiada kaitan dengan Kebesaran Allah! ianya lebih kepada kisah-kisah misteri akibat gangguan Jin. Oleh itu setakat ini perkongsianku sekadar menunggu masa untuk Solat Jemaah seterusnya. Hidup ini kita boleh layan dunia tapi sekadar yang ada, namun untuk Akhirat kita cuba sedaya upaya menambah amal ibadat sebab kematian semakin hampir bila usia kian bertambah. Fikir-fikirkanlah...
Pengalaman misteri kadang-kadang membawa kita ke dalam kedalaman alam yang tidak ramai berani terokai. Pengalaman yang dikongsikan ini membuka ruang untuk kita menghargai ciptaan Allah yang penuh rahsia dan keajaiban. Misalnya, ketika mengalami keadaan roh ditolak ke bawah bangku kayu dengan palang kayu sebagai halangan, menunjukkan betapa jiwa kita ada dimensi yang luar biasa dan kita harus percaya terhadap keberadaan benda ghaib yang bukan sekadar mitos. Aku juga sering terfikir tentang bagaimana pengalaman menyelam di Tokong Yu Mersing itu membuka mata batinku tentang kebesaran Allah. Bertemu dengan kerang raksasa dan ikan yu tukul yang sangat besar adalah pengalaman menakjubkan yang sukar dilupakan. Cahaya matahari menembusi dasar laut ketika itu sangat memukau dan mengingatkan aku betapa agung dan halusnya ciptaan alam ini. Selain itu, pengalaman hidup berjaga di stesen bas tengah malam di Rompin selama beberapa jam dan berhadapan dengan pengalaman roh yang berubah-ubah itu semakin memperkukuh keyakinan aku bahawa ada dunia lain yang tak banyak orang sedar. Dalam keadaan sunyi dan sepi, minda boleh menjadi sangat sensitif terhadap hal-hal lain yang kadang-kadang dianggap mistik. Fenomena seperti takut terhadap pantai selepas kejadian tsunami juga membawa kita berfikir tentang betapa rapuhnya manusia menghadapi alam, dan betapa kita harus sentiasa berwaspada dan berserah pada ketentuan Allah. Hijrah dari bandar besar ke kawasan lebih tenang dan rendah bangunan pencakar langit adalah langkah yang bijak untuk keselamatan diri, lebih-lebih lagi apabila firasat menggambarkan potensi bencana. Sesungguhnya, kisah-kisah misteri ini bukan sekadar cerita seram tetapi pengajaran berguna tentang keimanan, kesabaran, dan keinsafan terhadap ciptaan Allah yang agung. Kita semua disarankan untuk memperbanyak amal ibadat demi menghargai dunia serta mempersiapkan diri untuk akhirat. Perkara-perkara ghaib ini memberi kita banyak ruang untuk berfikir, merenung dan meningkatkan rasa syukur dalam hati kepada Yang Maha Kuasa atas segala anugerah dan perlindungan-Nya.

