Kehilangan seorang teman

Dalam hidup ini kita perlukan seseorang sebagai teman bicara selain teman wanita jika ada. Teman yang aku maksudkan adalah Sahabat Baik yang bukan jenis seperti kata kebanyakannya orang! KAWAN KETAWA MEMANG RAMAI, KAWAN MENANGIS SATU PUN PAYAH NAK JUMPA. Itulah lumrah alam yang kita terpaksa hadapi. Ini kisah benar tentang persahabatan kami di satu tempat kerja di kedai makan. Enam tahun bukan masa yang singkat untuk di ceritakan tentang hebatnya persahabatan kami. Aku selalu jaga Sahabat ku dengan baik tanpa rasa jemu. Maklumlah! Sahabat baik ku ini hidup sebatang kara. Tak ada saudara mara dan adik beradik yang lain. Banyak kisah suka duka kami kongsi bersama dan sentiasa jadi pendengar setia. Sahabatku ada kanser dan ketika dia sakit, aku jaga macam adik kandung sendiri. Kadang-kadang aku lap airmata Sahabat ku yang sedang bertarung menanggung sakit kansernya.

Kat tempat kerja ni aku bukan ada ramai kawan baik yang boleh di anggap betul-betul di anggap sahabat. Seorang lagi pun kerja sama macam kami enam tahun juga. Tapi dia berhenti kerja maka aku kehilangan seorang sahabat baik. Yang tinggal cuma Sazali Sahabat baikku yang sakit kanser. Aku selalu pujuk dia supaya yakin penyakit kanser ini akan sembuh. Tapi pada hakikatnya Doktor sendiri bilang Sazali tidak ada harapan untuk hidup lebih lama. Namun aku tetap memberi semangat agar Sahabat baik ku ini kuat dengan motivasi yang aku berikan. Sejujurnya harapan aku sangat tinggi untuk Sazali sembuh seperti sediakala tapi semua itu atas izin Allah jua. Aku sebagai teman baiknya hanya mampu berdoa dan ada ketikanya aku menangis sendirian tanpa pengetahuannya.

Dan tiba-tiba aku dapat perkhabaran Sazali kemalangan jalanraya, motosikal yang ditunggangnya di langgar dari belakang. Sazali di masukkan ke wad kecemasan untuk diberikan bantuan pernafasan dan pembedahan kecil akibat beberapa tulangnya patah. Bayangkan azab yang terpaksa di tanggung oleh Sahabat baikku, dah lah penyakit kanser tak sembuh-sembuh! ditambah pula terpaksa tanggung sakit baru akibat kemalangan yang menimpa beliau.

Aku tak tentu arah kat tempat kerja! sebagai Supervisor Restoran sudah tentu kena utamakan amanah dari Majikan ku. Tapi aku hilang tumpuan asyik teringatkan dia di wad hospital. Aku cuma sempat hantar makanan sahaja sambil jenguk dia sekejap waktu rehatku. Tak sampai seminggu Sazali berada di Hospital, aku dapat panggilan yang beliau telah meninggal dunia. Aku tak fikir panjang terus tutup kedai dengan keizinan Bossku untuk urusan pengkebumiannya. Dan setelah selesai aku hilang panduan hidup seketika bagai hilang arah. Aku macam tak percaya dia pergi tanpa aku berada disisinya buat kali terakhir. Aku ambil cuti selama dua minggu atas kehilangan Sahabat baikku ini. Dan Restoran pun terpaksa ditutup sebab ketiadaan aku untuk menguruskan segala perkara. Berhari-hari aku menangis hingga makan minum pun dah hilang selera. Selalu singgah ke kubur nya untuk mendoakan Sahabat baikku. Aku tahu! kemalangan jalanraya itu asbab sahaja. Allah sebenarnya sayangkan Sazali dan kesakitan yang ditanggung saat-saat akhir adalah penghapus segala dosa-dosanya. Cuma aku kini tak ada sesiapa tempat nak berkongsi perasaan tatkala ada masalah. Nampaknya aku sendiri kena berdikari tanggung sorang-sorang segala pemasalahan yang timbul pada masa hadapan. Persoalannya! mampukah aku pendam segala emosi kesedihan ku tanpa tempat nak di luahkan?. Hanya Allah yang Maha Tahu dan KepadaNya aku Mohon Perlindungan.

Nota: Kisah benar seperti yang diceritakan kepada ku oleh Firdaus.

6 hari laluDiedit

... Baca lagiDalam kehidupan seharian, mempunyai seorang sahabat yang benar-benar memahami kita adalah satu nikmat yang tidak ternilai. Apa yang dikongsi dalam kisah ini menggambarkan bagaimana persahabatan dapat menjadi sumber kekuatan di saat-saat sukar, terutamanya bila sahabat kita menghadapi penyakit kronik seperti kanser. Saya pernah mengalami situasi di mana seorang sahabat rapat saya dihantar ke hospital akibat penyakit serius. Sama seperti Sazali yang dalam cerita ini, sahabat saya juga menerima rawatan intensif dan melalui cabaran fizikal dan emosional yang berat. Dalam keadaan itu, saya mendapati bahawa sokongan emosi dan kehadiran kita sebagai teman adalah sangat penting. Kadang kala, hanya mendengar dan berada di sisi mereka sudah cukup untuk mengurangkan rasa kesepian dan ketakutan. Apa yang menarik dalam cerita tersebut adalah pengorbanan tanpa mengira keletihan fizikal dan mental sebagai seorang sahabat. Walaupun menjadi seorang pengurus restoran yang sibuk, penulis tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai teman dengan sentiasa memberi motivasi dan perhatian kepada Sazali. Ini mengingatkan saya bahawa persahabatan sejati adalah tentang keikhlasan dan kesetiaan tanpa syarat. Kehilangan sahabat seperti Sazali adalah satu tamparan hebat yang memerlukan masa untuk pulih secara emosi. Saya sendiri pernah melalui pengalaman sedih apabila kehilangan seseorang yang amat dekat. Perasaan kosong, hilang arah, dan kesunyian sangat menyakitkan. Namun, saya belajar untuk menerima kepergian itu sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup yang mesti dilalui. Sering kali, saya juga mendoakan agar roh mereka sentiasa tenang dan kita diberi kekuatan meneruskan kehidupan. Selain itu, kisah ini membuka mata tentang pentingnya kesedaran keselamatan jalan raya. Kemalangan yang menimpa Sazali selepas bertarung dengan kanser menambah beban kesakitan. Selalu berhati-hati ketika memandu dan menghormati peraturan jalan raya sangat penting untuk mengelakkan tragedi yang tidak diingini. Pengalaman ini telah mengajar saya beberapa perkara penting: 1. Hargailah setiap detik bersama sahabat dan keluarga kerana kita tidak tahu berapa lama masa yang kita ada. 2. Sokongan emosi dan fizikal sangat penting ketika seseorang menghadapi penyakit serius. 3. Jangan segan untuk meluahkan perasaan dan cari tempat yang sesuai untuk berkongsi kesedihan agar tidak disimpan seorang diri. 4. Keselamatan jalan raya tidak boleh diambil mudah kerana ia boleh mengubah hidup secara drastik. Akhir kata, kehilangan seorang teman yang rapat memang sangat menyakitkan, tetapi persahabatan dan kenangan yang terjalin akan terus hidup dalam hati. Kita harus tabah dan terus berdiri walaupun tanpa sokongan mereka yang telah pergi, sambil terus mendoakan agar mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

4 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisPencipta

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisPencipta

Lihat lebih banyak komen