Berlagak Suci

Kelana perginya orang ramai yang sibuk menekan Kerajaan ketika PKP agar dengan segera memberi mereka kebebasan untuk berjemaah di Masjid?. Tapi setelah PKP! Semua Rumah Allah masih sepi ketika Subuh terutamanya untuk melihat bukti kata-kata Munafiq kebanyakan mereka. Kalau setakat alasan tetap dirikan Solat 5 Waktu di rumah atau ditempat kerja! orang yang tidak Sembahyang pun boleh mengaku macam tu. Sebenarnya semua berlagak suci! waktu susah baru nak ingat Allah. Dah senang! balik ke perangai lama yang fasik. Allah Maha Mengetahui setiap isi hati hamba-hambaNya tapi Allah tangguhkan dahulu malapetaka yang besar supaya mereka melihat musibah yang kecil sebagai tanda PeringatanNya berupa Ancaman buat makhluk yang kurang ajar lagi biadap.

Susah sangat ke nak luangkan waktu berjemaah di Masjid sebagai tanda Berterima Kasih kepada Allah atas segala Nikmat yang telah di kurniakan sepanjang hidup kita?. Nak seribu daya! tak nak seribu dalih, dan sifat orang fasik dan munafiq berkebolehan memberi alasan demi kepentingan diri sendiri. Hidup ini bukan tentang anda seorang! hidup ini tentang semua makhluk yang di pertanggung-jawabkan atas amal masing-masing. Kalau kejahatan lebih banyak dari kebaikkan maka hadirlah Bala yang orang yang baik-baik pun terkena tempias. Kerana masih ada Orang yang benar-benar Alim walaupun sedikit! maka Allah tangguhkan bencana alam yang besar supaya berpeluang kembali ke pangkal jalan. Jangan tunggu dah berlaku kemusnahan besar dan Kematian yang tidak terkira banyaknya, baru nak Mencari Tuhan.

Sekarang di mana-mana Negara tak berhenti-henti berlaku Kiamat Kecil dalam istilah Al-Quran seperti Tsunami, Gempa Bumi, Banjir Besar, Tanah Runtuh dan sebagainya agar Negara yang belum menghadapi bencana tersebut kembali kepada Allah dengan melaksanakan segala PerintahNya. Tapi kebanyakan manusia tidak mengendahkannya kerana yakin tempat mereka tidak akan terjadi musibah seperti kebanyakan Negara luar. Bahkan mereka dengan angkuh menyatakan itu itu hukum Alam semula jadi yang tidak dapat di elakkan.

Dunia dah semakin akhir zaman tapi petanda demi petanda Kiamat Kecil masih tidak menginsafkan kebanyakan manusia. Mereka masih terikat dengan cinta duniawi yang sementara ini. Sibuk mengejar harta dan hamba kepada duit agar hidup mewah dan boleh menyibukkan diri dengan aktiviti bersuka ria jalan-jalan cari makan dan melancong. Bila hari sudah gelap akibat tunduk kepada tuntutan nafsu maka akal jadi bengap untuk memikirkan tentang kepentingan beragama. Hidup sekadar berpuas hati dengan kata-kata! cukuplah aku dah Islam, sebab Agama ini yang benar. Walau tak solat pun banyak kebaikan boleh kita buat untuk dapatkan pahala. Sangkaan mereka yang fasik dan munafiq ini meleset sama sekali! bahkan ada diantara mereka telah tergelincir iman dan menjadi kafir tanpa disedari sebab lebih dari separuh abad usia mereka tak Solat. Layakkah mereka bersangka-sangka masih Islam lagi?.

Aku ulangi kata-kata yang sering aku kongsikan tanpa rasa jemu. Dunia ini bukan untuk orang baik! dunia ini untuk orang mendirikan Solat 5 Waktu sebagai tanda Berterima Kasih kepada Allah. Orang baik yang tidak Sembahyang! jangan harap dan perasaan dapat pahala. Hanya mereka yang mendirikan Solat maka segala perbuatan baik mendapat keberkatan hidup dan di kurniakan pahala dari Allah Azzawajalla. Ini fakta bukan auta! maka jangan jadi angan-angan seperti Mat Jenin.

Memang benar Ahli Ibadah pun belum tentu masuk Syurga! tapi yang pastinya orang yang tinggalkan Solat dengan sengaja pasti masuk Neraka. Fikir-fikirkanlah...

6 hari laluDiedit

... Baca lagiPengalaman saya sendiri menunjukkan banyak orang yang cenderung mengambil ringan soal ibadah solat berjemaah, terutama selepas tempoh PKP ketika masjid kembali dibuka. Ramai yang memberi alasan untuk tidak hadir berjemaah dengan pelbagai dalih, sama ada kerana sibuk, mudah letih, atau lebih suka solat sendirian di rumah. Namun saya percaya, terdapat kekuatan luar biasa dalam bersolat berjemaah di masjid, baik dari segi fizikal, rohani mahupun sosial. Mendirikan solat lima waktu secara berjemaah bukan sahaja melaksanakan perintah Allah tetapi juga membentuk sahsiah dan disiplin yang teguh dalam diri. Ia menghindarkan kita dari sifat munafiq yang hanya menunjukkan keimanan dalam keadaan susah sahaja—perkara yang dikupas dengan baik dalam artikel ini. Dengan solat berjemaah, suasana keimanan menjadi lebih kuat kerana kita diselimuti rasa kekitaan dan tanggungjawab bersama dalam menegakkan agama. Dari segi pengalaman peribadi, selepas saya mula konsisten hadir ke masjid untuk solat Subuh berjemaah, saya dapati hidup lebih teratur dan tenang. Kesibukan dunia yang sebelum ini melalaikan saya sedikit demi sedikit berkurang kerana saya mula mengutamakan hubungan saya dengan Pencipta. Perasaan bersyukur dan rendah diri juga semakin kuat apabila dapat meraikan nikmat hidup bersama saudara seiman dalam suasana penuh keberkatan. Selain itu, kita harus sedar bahawa masalah dunia seperti bencana alam dan ujian adalah peringatan dari Allah agar kita kembali kepada-Nya. Sikap berlagak suci tanpa melaksanakan perintah secara nyata hanya akan mengundang kesusahan lebih besar. Jangan sampai kita terlajak jauh sehingga meninggalkan solat, kerana seperti yang disebutkan dalam artikel, orang yang sengaja meninggalkan solat berisiko besar kehilangan keimanan. Kesimpulannya, sebagai umat Islam, kita harus menjadikan solat berjemaah di masjid bukan sekadar rutin, tetapi sebagai manifestasi kesyukuran terhadap nikmat Allah dan usaha memperbaiki diri dalam menghadapi zaman semakin mencabar. Marilah kita buang sikap berlagak suci yang hanya retorik, dan mulai membina amalan solat yang teguh agar hidup kita sentiasa dalam lindungan rahmat Allah.

5 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisPencipta

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisPencipta

Lihat lebih banyak komen