Simpati
Aku ini orangnya tegas dalam urusan Agama! sebab dulu walaupun aku nakal tapi belum pernah mempersendakan Islam yang indah ini. Sejahat-jahat aku tak macam kawan-kawan aku yang lain! depan Mak Bapak punyalah baik dan sopan sangat. Tapi kalau jauh dari pandangan mereka! hantu syaitan pun tak mampu nak tiru perangai manusia yang memang sudah tugas pengikut Iblis ini merosakkan Umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Malam togok arak! esok Solat berjemaah depan keluarga mereka. Aku pulak! jenis tak reti nak berpura-pura, cuma tak ada niat nak menunjuk kejahatan. Semua berlaku secara spontan! aku adalah aku.
Tapi manusia bangsat macam kawan-kawan aku tu, buat jahat pun tak reti. Kalau dah kaki maksiat! buat apa dirikan Solat untuk sembunyikan perangai buruk tu?. Aku masa jahat pernah terserempak dengan Pak Imam Mesjid yang kenal aku masa kecik baik sangat. Tiba-tiba bila dewasa kalah dengan ujian! aku pilih jalan yang salah, namun tak usik orang lain. Masa bertembung tu! Pak Imam Mesjid tanya aku, kerja kat mana sekarang?. Aku dengan selamba jawab jujur kerja kat Kelab Malam. Tak niat nak kurang ajar! sebab aku tak sanggup nak tipu Pak Imam tu yang aku anggap macam Ayah sendiri. Tapi Pak Imam tepuk bahu kanan aku dan ucap; SABARLAH YA... cukup pendek tapi penuh pengertian. Malam tu aku menangis sebab masih ada Orang Alim yang benar-benar tinggi dengan sifat Insan tak seperti kebanyakan Ustaz Duniawi yang ada kuat menghukum. Pak Imam tu orang dari Pondok Agama! jauh akhlaknya dengan Ustaz Lepaskan Universiti Al-Azhar. Tapi tak apalah! pandangan tiap-tiap manusia tak sama pada pendosa macam aku ni.
Sehinggakan ketika aku menulis cerpen ini pun menangis sebab teringat kebaikan Pak Imam Mesjid yang simpati dengan aku tanpa rasa hina sedikitpun. Untuk pengetahuan kalian! tak lama selepas itu aku dapat Hidayah dan terus berhenti dari kelab malam. Sejak itu aku istiqamah bertahan untuk beribadah kepada Allah tanpa jemu sehingga sekarang. Cuma aku keras dalam penceritaan tentang manusia yang berperangai munafiq. Tapi sejak teringatkan Pak Imam tu! tiba-tiba aku jadi lemah dan sensitif tak tentu pasal. Bila melihat pasangan muda mudi bergelumang dengan dosa! mengalir air mata aku sambil mendoakan mereka agar mendapat Hidayah sebagaimana yang telah aku perolehi. Maha Suci Allah! masih ada kelembutan dalam hati aku tanpa disedari. Aku sembunyikan kelemahan diri agar tampak kasar selama ini tanpa disedari. Semoga aku ada kekuatan untuk bersikap lebih lembut lagi di masa hadapan dalam bersimpati pada Para Pendosa. Akhir kata! Makhluk Tiada Kuasa, Allah yang Maha Berkuasa. Fikir-fikirkanlah.../Tangkak
































