Alpa
Tiba-tiba aku teringat sesuatu yang begitu lama aku terlupakan ( Alpa ). Iaitu jika aku berjodoh dengan seseorang! aku inginkan wanita yang bukan hanya menutup aurat tapi istiqamah dalam beribadah kepada Allah Azzawajalla. Tak pandai masak tidak mengapa! asalkan tahu mengaji Qur'an. Tentang memasak tu aku boleh ajar dan paling malas pun kita makan kat luar saja. Aku teringin seorang bakal isteri yang tidak fanatik Agama tapi pandai menyesuaikan diri atas keseimbangan dunia dan akhirat. Aku banyak mendalami Ilmu Agama tapi tak berhajat nak jadi Ustaz! berangan nak jadi Alim pun tidak sama sekali. Apa yang aku inginkan hanyalah faham Agama dan terus belajar hingga hujung nyawa. Sentiasa perbaiki amalan diri dari masa ke semasa.
Bila difikirkan balik! masa muda terlalu inginkan kesempurnaan. Nak betul-betul jadi Islam yang sejati. Akibat terlalu belajar Agama yang tinggi-tinggi seperti mendalami Ilmu Tauhid, Faekah dan Tasawuf! tapi Al-Quran tak khatam- khatam lagi. Namun begitu semua bacaan dalam ibadah aku faham maksudnya. Kalau baca surah tak faham maknanya! macam mana nak dapat nikmat dalam ibadah?. Tapi tulah! cuma tak khatam Al-Quran lagi, ada saja halangan yang malas aku nak kongsikan kat sini. Sebab tujuan aku sekarang nak cerita tentang matlamat aku dah lari sebab kealpaan aku tu. Aku memang nak seorang bakal isteri yang menguasai Al-Quran. Manakala aku akan ajar bakal isteri aku apa yang telah di pelajari seperti menurunkan ilmu Tauhid, Faekah dan Tasawuf buatnya sebagai hadiah perkahwinan. Biar hubungan kasih sayang ini di muliakan dengan pertemuan dua pasangan yang tidak sempurna menjadi sebaik-baik Umat Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Insyaallah.
Akhirnya kedua-dua belah pihak mendapat manfaat dengan bertukar-tukar Ilmu Pengetahuan Agama. Setakat berkongsi kasih rasanya tidak menguntungkan sebab sayang mudah melayang. Kalau sama-sama beriktikad mendapat keberkatan hidup dalam beragama! itu lebih baik dan di redhai Allah Subhanahu Wata'ala. Sebab itulah aku tak pernah berhajat untuk mengerjakan Haji selagi diri masih belum menguasai keseluruhan Al-Quran. Aku nak khatam terlebih dahulu walaupun usia sudah di hujung tanduk, maksudnya bila-bila masa aku akan kembali menghadap Allah Pemilik Jiwa ini.
Dulu aku ada semangat nak berumah-tangga sebab nak menumpang bakal isteri mengajar aku mengaji. Dan aku ajar dia apa yang dia tidak tahu tentang Mengenal Allah dan Diri. Tiba-tiba lupa terus! mungkin kerana akhir zaman ni payah nak jumpa seseorang yang betul-betul sanggup terima diri kita seadanya. Kebetulan pula aku pernah terpedaya dengan penampilan yang nampak Solehah tapi mengejar kemewahan. Dapat seorang yang nampak cukup sempurna tapi kaki selingkuh pula. Bukan menghukum atau merendahkannya, tapi aku trauma nak percaya pada orang yang nampak baik pada pakaian luar sahaja! tapi isi hatinya sukar di baca, walaupun ahli keluarganya terdiri dari Agamawan. Apa nak buat! Iman tidak boleh diwarisi. Akhir kata! sekarang baru teringat tentang matlamat nak dapat Isteri yang khatam Quran! tapi dah terlambat sebab usiaku dah penghujung senja. Tak apa lah! untuk diri aku buat yang terbaik dan semampu yang ada dalam menuntut Ilmu Agama sehingga nyawa bercerai badan, Insyaallah.
Memilih pasangan hidup bukan sekadar melihat pada penampilan atau kemahiran memasak, tetapi lebih kepada penekanan pada kerohanian dan kesungguhan dalam menuntut ilmu agama. Dari pengalaman saya sendiri, saya dapati bahawa memiliki pasangan yang istiqamah dalam ibadah dan menguasai Al-Quran adalah nikmat yang sukar digantikan. Saya memulakan perjalanan saya dengan penuh semangat untuk menjadi insan yang lebih baik, bukan dengan niat untuk menjadi Ustaz atau Alim terkenal, tetapi sekadar mahu memahami dan mengamal agama secara mendalam. Sepanjang perjalanan itu, saya sedar bahawa bukan mudah untuk menamatkan bacaan Al-Quran maupun mencapai ilmu tinggi seperti Tauhid, Fiqh dan Tasawuf tanpa konsistensi dan keikhlasan hati. Dalam usaha mencari calon isteri yang boleh menjadi teman sejati di dunia dan akhirat, saya belajar bahawa keseimbangan adalah kunci; seorang wanita yang tidak terlalu fanatik tetapi mampu menyesuaikan diri adalah lebih praktikal untuk kehidupan berumah tangga. Memang benar, aspek praktikal seperti memasak boleh dipelajari dan diselaraskan, tetapi kecintaan terhadap Al-Quran dan sifat istiqamah dalam beribadah adalah atribut yang sukar digantikan. Pengalaman menjadi mangsa hubungan yang mengejar kemewahan tanpa asas keimanan yang kukuh telah membuka mata saya bahawa iman tidak boleh diwarisi atau diukur hanya dari penampilan. Ini menuntut keikhlasan dan kesediaan menerima diri seadanya dalam pasangan. Menurut saya, saling bertukar ilmu agama memberi keberkatan dan menambah kedekatan hati suami isteri. Walaupun usia telah di penghujung, semangat menuntut ilmu agama tetap membara kerana kehidupan akhirat adalah matlamat utama. Saya percaya, dengan usaha berterusan, tak kira usia, kita boleh memperbaiki diri dan memperdalam ilmu agama sebagai bekalan menuju kepada Allah SWT. Pesanan saya kepada sesiapa yang sedang mencari pasangan hidup, utamakan aspek keimanan dan kasih sayang yang berlandaskan ilmu agama. Jangan pernah putus asa menuntut ilmu al-Quran dan beribadah dengan penuh pemahaman agar setiap amalan mendatangkan ketenangan jiwa dan menjadi amal jariah yang berterusan. Semoga kita semua dikurniakan pasangan yang bersama-sama membimbing ke jalan yang diredhai.


