Tabligh Secara Solo
Mula sekali aku ikut Kumpulan Dakwah adalah Jemaah Tabligh kira-kira 40 tahun yang lalu di Melaka. Lepas tu barulah aktif bergaul dengan berbagai Fahaman dalam berbagai Kumpulan Dakwah untuk menambah Ilmu Pengetahuan Agama. Kalau tak mendampingi mereka yang berbagai fahaman! macam mana kita nak dengar tuduhan orang awam yang ini sesat, yang itu sesat jika tidak ikut serta. Bagi aku semua Kumpulan Dakwah baik walau tidak sempurna macam diri kita. Malangnya orang ramai baik yang faham Agama dengan megah penuh yakin menuduh mereka yang tidak sefahaman dengan kata-kata sesat sehingga di ikuti oleh orang awam yang jahil mempercayainya. Tapi bagi aku yang telah berdampingi berbagai Kumpulan Dakwah yang benar dan sesat! ternyata kedua-duanya ada kelebihan serta kekurangan. Yang mendakwa mereka benar pun sama saja terpalit kesesatan tanpa di sedari akibat kurang pergaulan dengan berbagai Fahaman. Yang meyakini mereka benar atas nama Ahli Sunnah Waljamaah! kebanyakan terbabit amalan bidaah. Tapi dengan sombong tuduh kumpulan Dakwah yang lain yang tiada pengiktirafan sebagai sesat. Bergaul dulu baru hukum! dah kenal mereka baru tahu salah atau tidak fahaman mereka. Jangan hanya nama saja pada Islam tapi indah pada zahir dan buruk pada budi pekerti dalaman.
Aku masih ingat lagi ketika belajar Ilmu Tauhid daripada Ustaz Azhar Bukit Chagar Johor, aku minta izin untuk masuk kumpulan Al-Arqam. Tapi Guruku tidak melarang! katanya; " BAGUS TU! TAPI KENA HATI-HATI, KUMPULAN NI PENUH FITNAH." Tak macam Guru dari Fahaman lain yang melarang aku mendampingi Guru Agama yang lain takut tersesat akidah kata mereka. Namun dengan keizinan Guru Tauhid ku maka aku dapati pengalaman bergaul dengan berbagai Kumpulan Dakwah yang berbeza fahaman! Al-Arqam adalah yang terbaik walau kerajaan tuduh sesat. Selepas Al-Arqam di haramkan, aku macam biasa terus dengan aktiviti mendampingi sesiapa sahaja yang digelar Wahabi lah! Salafi, Tariqat, Ahli Sunnah Waljamaah dan sebagainya untuk memahami tujuan tiap-tiap fahaman ini dalam menegakkan Agama Islam yang Murni ini. Sebagai Penulis aku tidak boleh pilih kasih! aku kena adil dalam memberi pendapat dalam karya-karya ku. Bagi aku sendiri! yang baik aku amalkan, dan yang mencurigakan keilmuan mereka aku tinggalkan tanpa menghukum. Yang jadi masalahnya bila orang tak faham penyampaian aku maka di tuduh Puak-puak yang bukan sealiran dengan keyakinan mereka. Itu yang adakalanya aku pulang paku buah keras dengan sindiran tajam pada golongan yang fanatik. Dalam memahami Agama Islam cara aku! lebih baik ikut Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sahaja. Dan dalam masa yang sama tetap bersama jemaah yang berbagai fahaman untuk solat berjemaah dimana-mana Mesjid atau Surau seluruh Semenanjung Malaysia. Aku tahu yang mana benar dan siapa sesat! tapi aku tak suka orang lain tunjuk pandai padahal ilmu mereka sendiri bagai katak bawah tempurung, ada hati nak nasihatkan aku. Bukan soal sombong! cuma tak layak nak atur hidup orang lain yang berpengalaman luas dalam pergaulan dengan berbagai Fahaman untuk menidakkan Kebenaran masing-masing. Kita yang ikut fahaman yang benar dan di iktiraf kononnya pun terkucil sedikit dari landasan yang lurus! tapi tetap angkuh menuduh fahaman lain menyeleweng.
Apa pun aku dah malas nak berdebat dengan si luncai! yang penting sekarang ni tetap istiqamah berjemaah dengan fahaman mana pun asalkan bukan Syiah dan terbukti sesat tidak menyamai ajaran Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hidup ini kena rendah hati walaupun adakalanya penulisan ku tajam sebab ia berkaitan dengan emosi ketika berkarya. Tapi di luar seboleh-bolehnya aku tetap tenang dan buat-buat bodoh. Kita hidup bermasyarakat kena sesuaikan keadaan sekeliling. Yang penting jaga adab bermasyarakat di tempat awam. Fokus aku sekarang Tabligh secara Solo seorang diri dengan beriktikaf di mana-mana Mesjid sama ada jauh atau dekat dari rumah bagi melepaskan rindu saat-saat pernah bersama Jemaah Tabligh ketika remaja dahulu. Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa..../Tangkak
Sebagai seseorang yang pernah lama terlibat dalam pelbagai kumpulan dakwah termasuk Jemaah Tabligh, Al-Arqam, dan fahaman lain seperti Salafi dan Ahli Sunnah Waljamaah, saya dapati bahawa pengalaman langsung adalah kunci untuk memahamkan perbezaan dan persamaan antara mereka. Berdamping dengan pihak yang berlainan fahaman dapat membuka mata kita bahawa bukan semua yang berlainan pendapat itu sesat, malah masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan. Saya sendiri pernah melalui situasi ketika bergaul dengan anggota Al-Arqam setelah mendapat restu daripada guru ilmu tauhid. Walaupun ada isu negatif yang disangkakan oleh sesetengah pihak, saya belajar untuk menilai sendiri berdasarkan pengalaman, bukan mengikut tuduhan yang tanpa asas. Begitu juga dengan kumpulan Wahabi, Salafi dan Tariqat; masing-masing berusaha mengembalikan umat Islam kepada ajaran murni, walaupun cara pendekatan mereka berbeza. Pengalaman saya juga mengajar bahawa sesungguhnya sikap sombong dan mudah menjatuhkan hukuman bahawa seseorang itu sesat hanya membawa kepada perpecahan dan salah faham. Ada kalanya mereka yang menyangka mereka ikuti kelompok yang benar juga melakukan amalan bidaah tanpa sedar. Oleh itu, perlu ada sikap terbuka dan saling hormat menghormati sesama umat Islam. Amalan tabligh secara solo yang saya lakukan kini sebagai cara untuk merindui dan mengenang zaman muda bersama Jemaah Tabligh. Iktikaf di masjid secara sendiri memberi ketenangan jiwa dan ruang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT tanpa gangguan fahaman fanatik. Saya percaya, selagi kita bertindak dengan ikhlas dan niat yang betul, Allah akan membimbing kita ke jalan yang benar. Amalan bergaul dengan pelbagai kumpulan dakwah juga membantu saya memahami bahawa fokus utama dakwah ialah menegakkan ajaran Islam yang benar berdasarkan Sunnah Rasulullah SAW. Meski berbeza pendekatan, seharusnya umat Islam tidak mudah menghakimi antara satu sama lain. Lebih baik kita mengambil kebaikan dan meninggalkan yang meragukan tanpa perlu memusuhi. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang fahaman ini, sikap rendah hati dan keterbukaan amat penting supaya kenyamanan hidup bermasyarakat dapat dikekalkan. Penulis menyarankan supaya kita sentiasa menjaga adab dalam pergaulan, terutama di tempat awam dan tidak membiarkan perbezaan fahaman menimbulkan permusuhan. Dengan demikian, semangat ukhuwah Islamiah dapat diperkukuhkan.

