Kehilangan
Bila kita dah faham Agama maka kita sudah tidak takut untuk kehilangan apapun. Tak macam masa muda remaja dalam keadaan jahil! baru hilang Makwe saja dah rasa tak nak hidup. Menyampah bila aku ingat balik zaman kebodohan aku tu, buat malu diri sendiri saja. Tapi tu dulu! pertama kali tersampuk cinta munafiq. Kalau cinta sejati tak mungkin salah seorang buat onar. Apapun segala sesuatu yang berlaku dijadikan sejarah kehidupan yang berharga buatku. Jikalau tak laluinya maka tak mungkin aku kembali dekat dengan Allah. Semua ada hikmah disebalik musibah.
Aku tak menyesal kehilangan cita-cita yang aku kejar seumur hidup nak jadi Penulis yang hebat. Aku tak kisah kehilangan harta benda tatkala jatuh sakit dengan menjual berbagai barangan untuk kelangsungan hidup, yang penting aku tak meminjam. Sekarang pun banyak benda dah hilang dari hidup aku tapi kehidupan tetap diteruskan. Bila teringat Arwah Mak! aku doakannya lebih banyak sebab untuk Mak Kesayangan aku sentiasa dalam ingatan dengan doa dan tiap-tiap minggu bersedekah di tabung Masjid, sebab dia adalah harta aku dunia akhirat. Bila teringat bekas kekasih! pun doa buat dia walaupun sudah bersuami. Bila teringat kawan-kawan yang telah pergi awal dari aku Menghadap Ilahi! pun aku doa dan sedekah khusus buat mereka. Apa saja yang telah hilang dari hidup aku dah tak ambil pot. Sebab semua milik Allah Azzawajalla. Kita datang kosong! pulang pun dalam keadaan kosong kecuali membawa bekal amal ibadat.
Sekarang ni pun hilang minat dengan keduniaan. Hilang minat nak berkawan! cukuplah jemaah Mesjid sebagai hubungan siratulrahim walaupun selepas Solat masing-masing buat hal sendiri. Apa yang aku buat sekarang hanyalah bekerja untuk kelangsungan hidup dan beribadah kepada Allah seolah-olah esok aku mati. Selagi hidup buat apa sahaja amal ibadat yang boleh menolong kita di kemudian hari. Aku tak mahu kehilangan Allah dengan menjauhi dariNya lagi seperti dulu, semoga aku mati dalam keadaan Islam dan beriman, Insyaallah. Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa.../Tangkak



