Sesat

Kejadian berlaku pada tahun 2006 di Gombak Batu 12 Selangor kawasan Perkampungan Orang Asli. Rumah kampung milik ku jauh jarak dari rumah jiran-jiran sekitar kami. Di belakang rumah ada banyak hutan tanah yang terbiar, maka aku usahakan sedikit menyangkul tanah untuk menanam sayur sawi bagi keperluan sendiri. Kawasan hutan tersebut selamat dari bahaya binatang buas seperti Harimau, Beruang dan sebagainya. Jadi! aku tak perlu khuatir keselamatan sendiri tinggal di kawasan hutan semulajadi Alam ciptaan Allah Azzawajalla.

Aku jarang masuk ke hutan mencari kayu terlalu dalam, paling jauh pun 5 minit perjalanan. Kalau setakat jumpa kancil tersesat jalan tu biasa, paling banyak babi hutan yang bertaring dan sangat merbahaya suka sondol manusia. Kelajuan babi ni kalau lari dah macam Flashman lagaknya, berdesup! hampir sekali aku kena sondol. Nasib baik sipi-sipi saja, kalau kena tepat! gerenti masuk ICU. Tarikh 3.3.2006 menjadi sejarah dalam hidup aku buat pertama kali apabila sesat di belakang rumah sendiri. Masa tu seperti biasa mencari kayu di hutan dan perjalanan tetap di tempat yang sama laluanku dalam hanya 5 minit dari belakang rumah. Masa tu agak lewat sikit cari kayu sebab dah nak masuk waktu Maghrib. Nak di jadikan cerita! aku terdengar bunyi burung hantu. Tak pernah ada burung hantu kat tempat tersebut sebelum ini, aku tahu sebab bunyi burung hantu memang dah terbiasa aku dengar masa sebelum berpindah disini dari Kampung Halamanku Melaka.

Aku berjalan sambil tanda untuk mudahkan aku balik semula ke rumah aku macam biasa. Tapi baru beberapa minit! hati aku tak sedap dan berpatah balik ikut laluan yang sama aku tandakan tadi. Tapi kali ni tak jumpa jalan! makin lama makin tak sampai-sampai kerumah. Kalau ikutkan logik akal! kebiasaannya dalam masa 5 minit dah sampai belakang rumah. Ini dah lebih 20 minit masih dalam hutan lagi, apahal ni kata aku dalam hati. Tiba-tiba teringat salah seorang jiran aku pernah sesat ke Alam Bunian! selisih malaikat 44, jauhkan aku dari ujian tersebut. Aku berzikir tenangkan hati, takut tu tetap ada cuma tak nak layan aje.

Hari semakin senja menjelang Maghrib! aku masih tersesat lagi dalam hutan ni. Apa yang aku perasan! hutan ni tak macam hutan yang sebelum ini aku pernah masuk. Lain betul suasana hutan ni, tak ada bunyi cengkerik seperti kebiasaannya. Tak ada bunyi katak panggil hujan! dan senyap sunyi. Aku tak putus asa terus berjalan sehingga cahaya matahari terbenam dan mulai gelap gelita. Mujur ada cahaya bulan yang terang benderang di atas langit menyuluh kegelapan malam. Sesekali aku terdengar suara orang bercakap! tapi tak nampak. Puas aku mengendap namun satu kelibat manusia pun tak ada, cuma bunyi orang berbual tetap ada dan agak riuh rendah. Memang sah aku dah termasuk Alam Bunian agaknya. Cuma bahasa mereka macam gaya percakapan Melayu Bengkalis! sebab orang Melayu Bengkalis ni bahasa Melayu Melaka pekat gaya orang dulu-dulu. Aku tahu sebab ambil mata pelajaran Sastera masa sekolah dulu. Tak semua percakapan mereka aku faham, namun masih tak nampak kelibat mereka.

Aku terus berjalan dalam keadaan keletihan dan semakin cemas perasaan ku. Walaupun tak ada apa-apa bahaya yang terjadi, namun aku tetap berhati-hati. Dalam perjalanan terjumpa sebilah pedang purba bersalut emas, aku tak sentuh sebab tak berminat nak ambil hak orang. Walaupun itu dikira rezeki! tapi masa ini aku hanya fikir macam mana nak keluar dari hutan tersebut. Aku dah rindu bantal empuk milik aku tu, patutnya lepas solat Isyak aku terus tidur agar mudah bangun subuh nanti untuk solat berjemaah. Aku rasa waktu maghrib dah terlepas ni, nak ambil wuduk tak ada air. Nak tayamum aku tak pandai sebab tak pernah belajar dan ambil tahu. Hah! kan sendiri yang susah! terlepas kewajipan Solat.

Aku meneruskan perjalanan sambil mulut aku kumat kamit berzikir. Kali ni aku terjumpa senaskah Al-Quran atas tanah! dengan cepat aku ambil dan bersihkan Kitab Al-Quran tersebut. Aku cium dan peluk Al-Quran yang didakap pada dadaku. Aku gemar baca Tafsir Al-Qur'an maka sebab itu pantang jumpa pasti seronok macam dapat harta Qarun lagaknya. Bau Al-Quran yang aku cium tadi melekat kat dalam hidung sepanjang perjalanan mencari jalan keluar. Bau minyak atau ini luarbiasa! tak pernah aku jumpa bau wangi yang macam ni sepanjang hidup aku. Aromanya menyegarkan aku dan seolah-olah memberi tenaga dalaman buat aku. Al-Quran masih dalam dakapan ku dengan kemas. Akhirnya dengan izin Allah jua! jumpa jalanraya. Anehnya aku tak pernah tengok jalan ni sebelumnya, aku dah sampai mana ni?. Macam biasa, kenderaan memang jarang lalu! kalau adapun setengah jam satu itu pun kira nasib baik. Maklumlah kawasan Perkampungan Orang Asli yang jalan lama! kenderaan kebanyakan dah ikut jalan tol. Hati aku rasa lega sikit dah keluar dari hutan, cuma mengharap ada kereta lalu! bolehlah aku tumpang balik kerumah. Lebih kurang 15 minit jalan kaki tepi sisir jalanraya, Alhamdulillah! ada kereta lalu dan aku tahan mudah-mudahan berhenti hendaknya. Syukur! kereta tu berhenti dan bertanya nak kemana, aku jawab nak balik batu 12 Gombak. Terkejut budak muda tu! katanya jauh tu, sekarang ini kawasan Bentong Pahang. Aku pulak terkejut macam tak percaya! nak kata dia melawak tak mungkin, sebab bukan kenal pun nak bergurau senda. Aku terdiam! kemudian budak muda tu tanya lagi, mana motor Pakcik?. Aku jawab jalan kaki dari tadi dari rumah, budak muda kebingungan. Dahlah Pakcik masuk dalam kereta ni, kebetulan saya lalu kat batu 12 Gombak Selangor. Dalam kereta ada seorang lagi budak muda yang baring kat belakang sedang tidur. Aku duduk bahagian depan bersebelahan pemandu. Dalam perjalanan Aju aku ceritakan apa yang berlaku, dan masing-masing memperkenalkan diri. Budak muda yang tidur tu pun dah bangun, kami bersalaman sambil sambung perbualan. Jam di kenderaan menunjukkan pukul 3 pagi, keadaan jalan agak berkabus sebab kiri kanan hutan lebat. Budak muda tu memandu kereta dengan penuh perhatian, sesekali jumpa kenderaan yang lalu dari arah bertentangan.

Aku saja tanya, hari ini hari apa?. Budak muda tu jawab hari Ahad! terkejut aku, masa aku sesat petang Khamis Malam Jumaat.... sekarang dah hari Ahad?. Maknanya dah 3 hari aku sesat! tak mungkin, aku rasa baru beberapa jam berjalan. Entahlah... malas nak fikir, yang penting kejap lagi dah sampai rumah. Apa pun yang terjadi! aku tetap bersyukur pada Allah telah lepaskan aku dari musibah. Jauh juga aku tersesat jalan sampai ke Bentong cuma beberapa jam berjalan! itu kalau ikut logik akal. Tapi masalahnya dah 3 hari aku sesat! memang sah termasuk ke Alam Bunian ni bisik hati ku.

Tepat pukul 5.30 pagi sampai Gombak Batu 12, aku minta turunkan kat Surau berdekatan rumah aku. Anak muda tersebut teruskan perjalanan setelah menurunkan aku. Sampai kat surau! kecoh jemaah Kampung bila nampak aku. Masing-masing sibuk tanya aku pergi mana sampai biarkan rumah terdedah tak tutup pintu dan tingkap kata mereka. Sampai terpaksa buat laporan Polis atas kehilangan aku selama 3 hari. Tak sangka! sayang juga jiran-jiran ni kat aku, ambil berat tolong kuncikan pintu dan tutup tingkap. Siap ada orang tolong tengok-tengokkan rumah aku sepanjang ketiadaan diriku. Aku pun berceritalah apa yang berlaku sementara tunggu waktu subuh berkumandang sebentar lagi. Perbualan terhenti untuk solat subuh berjemaah. Lepas habis doa, sambung lagi cerita sampai matahari pagi muncul. Tok Bathin selaku Ketua Kampung menghubungi Pihak Polis mengatakan aku dah dijumpai. Kecoh satu kampung atas kehilangan aku dan bertambah kecoh bila aku pulang dengan bawa kisah misteri. Al-Quran yang aku jumpa masih kemas dalam dakapan aku. Bagi aku naskah Al-Quran yang aku temui cukup berharga dan tak dapat di nilaikan dengan wang ringgit. Kisah aku di abadikan dalam sebuah Telemovie apabila wartawan datang menemu-ramah aku, walaupun kisah ini dah lama berlalu! namun kenangan ini tetap bersemadi dalam kotak fikiranku sampai bila-bila.

TAMAT

5 hari laluDiedit

... Baca lagiPengalaman penulis tersesat dalam hutan di Gombak Batu 12 memberikan perspektif mendalam tentang kekuatan iman dan ketabahan dalam menghadapi situasi mencabar. Dalam budaya Orang Asli, kawasan hutan adalah tempat yang kaya dengan sejarah dan kepercayaan, termasuk cerita tentang Alam Bunian—alam ghaib yang dipercayai wujud sejajar dengan dunia nyata tetapi tidak dapat dilihat oleh manusia biasa. Saya pernah membaca dan mendengar kisah-kisah yang serupa tentang orang yang terperangkap atau tersesat masuk ke dalam dimensi lain seperti Alam Bunian, yang mana masa dan ruang boleh berubah. Perasaan takut dan cemas tentunya wujud, namun kekuatan zikir dan doa sangat membantu menenangkan hati dalam keadaan hiba itu. Mengikut pengalaman yang dikongsi, bau harum Al-Quran yang ditemui memberikan ketenangan dan tenaga dalaman, membuktikan bahawa kitab suci bukan sahaja sumber ilmu tetapi juga pelindung dalam situasi genting. Ini seiring dengan kepercayaan umum bahawa barang-barang suci boleh menjadi peneman dan penyelamat dalam menghadapi situasi luar biasa. Selain itu, perjalanan pulang yang melalui kawasan yang asing dan jarang dilalui, malah membawa penulis jauh sehingga ke Bentong, Pahang, menunjukkan betapa misteri alam semula jadi boleh membawa kita ke tempat diluar jangkauan logik manusia. Situasi ini selepas tiga hari tersesat pula mengundang rasa kekaguman dan membuat kita merenung tentang alam ghaib dan keajaiban ciptaan ilahi. Bagi yang tinggal di kawasan kampung atau berhampiran hutan, pengalaman seperti ini mengingatkan kita supaya sentiasa berhati-hati dan menyediakan diri dengan pengetahuan asas seperti cara tayamum dan mengutamakan keselamatan ketika masuk hutan. Memahami tanda-tanda alam dan memelihara iman adalah kunci utama. Kisah ini juga menonjolkan nilai perpaduan komuniti kampung yang saling mengambil berat dalam menjaga keselamatan anggotanya, termasuk membuat laporan polis dan menjaga rumah ketika ketiadaan penulis. Sentuhan kemanusiaan ini menambah nilai positif kepada cerita misteri dan pengalaman luar biasa ini. Sebagai penulis atau pembaca, pengalaman ini sangat berharga kerana ia bukan sahaja memperlihatkan sebuah kisah yang menarik tetapi juga mengingatkan tentang keimanan, kepercayaan, dan keberanian dalam menghadapi situasi yang tidak pasti. Inilah antara sisi menarik yang membentuk kehidupan dan budaya masyarakat Melayu serta Orang Asli di Malaysia.

3 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisPencipta

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisPencipta

Lihat lebih banyak komen

Siaran berkaitan

Gambar gerbang torii oranye khas Jepang dengan banyak orang berjalan di bawahnya. Teks overlay besar bertuliskan "Cara Hidup Tenang dan Bahagia Pakai 15 Filosofi Jepang" dan "Konsep Kehidupan ala Orang Jepang yang Bikin Hidup Lebih Bermakna".
Pemandangan jalanan kota Jepang dengan orang-orang berjalan kaki. Teks overlay menjelaskan filosofi Ikigai (tujuan hidup), Kaizen (terus berkembang), dan Omoiyari (sikap empati) untuk hidup lebih bermakna.
Dua pria berpakaian tradisional Jepang di dekat bangunan kuil dengan lentera batu. Teks overlay menjelaskan filosofi Wabi-sabi (menemukan kecantikan dalam ketidaksempurnaan), Oubaitori (jangan membandingkan diri), dan Gaman (pantang menyerah).
Cara Hidup Tenang, Bahagia ala Jepang🇯🇵 Anti Stress
Yuk, Cari Tahu Cara Hidup Tenang dan Bahagia dengan 15 Filosofi Jepang! 🌸✨ Hidup sehat nggak cuma soal fisik, tapi juga kesehatan mental atau mental health. Di dunia yang heboh dan cepat, nggak jarang kita merasa stress berlebihan. Nah, gimana caranya biar bisa hidup tenang, bahagia, dan produkt
𝓜𝓸𝓭 ⚜️

𝓜𝓸𝓭 ⚜️

1427 suka

Gambar sampul dengan judul 'Cara Berhubungan Intim Tanpa Harus Unboxing!' menampilkan siluet pasangan di latar belakang pemandangan kota saat senja, dengan logo Lemon8.
Gambar menunjukkan tangan sepasang kekasih berpegangan, mengilustrasikan poin 'Komunikasi Yang Terbuka' dengan tips berbicara jujur dan mendengarkan pasangan.
Gambar taman hijau dengan gedung-gedung tinggi di latar belakang, mendukung poin 'Pentingnya Kepercayaan' dalam hubungan, menekankan kejujuran dan kesetiaan.
CARA BERHUBUNGAN INTIM TANPA HARUS UNBOXING!😱✅
Kata siapa punya hubungan intim harus di unboxing dulu? Buat kalian yg mau punya hubungan intim dengan pasangan kalian, diperlukan dasar saling pengertian, komunikasi terbuka, kepercayaan, dan kenyamanan bersama. Berikut adalah beberapa tips untuk membangun hubungan intim yang sehat: 1. Komunika
Abby

Abby

601 suka

Happy 1st birthday, Sweetheart!✨
Happy 1st birthday to the cutest bundle of joy. Thank you for choosing us to be your parents. From your first giggle to your first step, you’ve made our hearts grow a million times bigger, and filled this year with pure magic, smiles, sweet lessons, and overwhelming love. May your journey ahead be
Lavanya

Lavanya

1 suka

Seorang wanita berhijab tersenyum dengan mata terpejam, duduk di meja kafe dengan tiga hidangan penutup dan dua minuman. Terdapat tulisan "HAPPY BIRTHDAY GURL" dan "ALWAYS BE HAPPY" di gambar.
Happy Birthday Gurl
🧚🏻‍♂️

🧚🏻‍♂️

7 suka

Lihat lagi