Di Hujung Jalan

Sejak muda aku tak suka berhutang! semua yang aku berkenan beli secara tunai, tapi barang terpakai macam perabot rumah dan sebagainya. Kalau aku nak beli motorsikal baru! aku menabung dengan sabar dan berjaya beli secara tunai. Itu sahaja kemampuan diri yang aku ada dan tetap bersyukur pada Allah. Sebenarnya aku dah merancang sebaik mungkin kewangan diri, tapi kadangkala keadaan memaksa aku gunakan duit kecemasan tatkala di uji sakit misteri dan kehilangan pekerjaan. Bagiku semua musibah tersebut mengandungi hikmah! walaupun ada ketikanya Iman naik turun dengan cabaran kehidupan yang keras di akhir zaman ni.

Kekuatan aku hanya melalui istiqamah dalam beribadah kepada Allah Siang dan Malam. Dalam sujud aku mengadu pada Allah segala masalah hidup, walaupun Allah tahu tapi kita sebagai hamba kena rajin berdoa pada Allah agar di ringankan segala ujian hidup. Aku sentiasa berperang dengan diri sendiri untuk bertahan hidup dan bersandar pada Pertolongan Allah semata-mata. Pada makhluk kita akan rasa hampa kalau minta bantuan walaupun dari Para Agamawan! sebabnya mereka gemar menghukum orang miskin semuanya sama pemalas. Mereka terlalu banyak bertanya dan lepas tu kita terpaksa hadapi kerenah birokrasi. Kalau saudara mara atau kenalan mereka yang susah! senang dapat bantuan sebab ada kabel. Tak apalah! kabel aku hanya Allah Azzawajalla! dan kepadaNya sahaja aku Mohon Perlindungan.

Masih aku teringat lagi satu Ustaz tak mahu bantu aku sebab tengok rumah aku bersih dan penuh barang perabot. Padahal ketika aku kehabisan kewangan untuk jaga makan minum Mak yang lumpuh. Aku tebalkan muka minta bantuan kat jemaah Mesjid semata-mata untuk keperluan Mak aku yang tersayang. Bila Ustaz tu kata aku tak layak dapat bantuan sebab banyak barang perabot. Aku terus naik angin dan sekolah kan Ustaz tu. Aku kata barang-barang perabot yang dia nampak ni semua aku kutip dan baiki sendiri lalu cat semula. Ada juga perabut yang aku beli dari kedai terpakai. Kalau disebabkan barang perabot sampai bagi alasan tak nak bantu! memang zalim Ustaz tu. Aku cakap lagi kat dia! aku tak akan minta tolong pada manusia jika tidak terdesak untuk Mak aku yang lumpuh tu. Dulu aku susah jual barang peribadi macam koleksi jam tangan, Televisyen dan apa sahaja yang boleh jual untuk kelangsungan hidup. Aku basuh muka Ustaz tu lagi dengan kata-kata yang tajam! bukan semua orang miskin tu pemalas. Aku orang miskin yang faham Agama, kebersihan termasuk urusan Agama Islam yang mengalakkan Umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam jaga kebersihan zahir dan batin. Tak kan orang miskin tak ada perabot dan pakaian koyak rabak baru nak bantu kataku pada Ustaz bangang tu. Ustaz tu terdiam dan akhirnya bantu juga buat Mak aku yang tersayang harta aku dunia akhirat. Tapi bantuan yang di terima hanya sementara apabila Mak pergi selamanya Menghadap Ilahi. Hilanglah sebahagian nyawaku atas kepergian Ibu. Tapi aku sehingga sekarang tak pernah lupa mendoakan setiap hari dan bersedekah setiap minggu di tabung Masjid agar pahala terus mengalir tanpa henti di Alam Barzakh buatnya.

Selepas itu aku menjalani kehidupan yang berliku seorang diri dan hanya pergantungan pada Pertolongan Allah sahaja dalam suka dan duka. Aku banyak bawa diri dengan berhijrah ke Seluruh Semenanjung Malaysia hanya dengan bermotosikal secara solo. Tapi dugaan hidup ada di mana-mana baik di Bandaraya atau ceruk kampung yang jauh dari Ibukota. Kita tidak dapat lari daripada cubaan hidup walaupun kita berusaha menjauhkan diri dari toksik dari kalangan manusia yang berdengki khianat. Kata Ustaz! tak dikatakan beriman jika tanpa ujian.

Kini aku mengembara lagi ke destinasi yang tak pasti. Kalau boleh semakin jauh dari pembangunan moden lagi baik! sebab risikonya kurang dengan ujian dari manusia munafiq. Seperti biasa aku bawa motor ikut haluan hati menuju ke jalan yang lebih jauh kependalaman kampung. Tapi motorsikal ku rosak tiba-tiba dan tersadai di lebuhraya yang terbiar. Kenderaan memang jarang lalu di lebuhraya lama ni yang menuju ke arah Kelantan. Sepanjang perjalanan tadipun sebelum motorsikal aku buat hal, setengah jam baru nampak sebiji kenderaan baik lori mahupun kereta. Aku berhenti di bahu jalan dan melihat keadaan sekeliling yang sunyi sepi tanpa perumahan. Aku hanya mampu berkata-kata dalam hati pada Allah dan hampir menitiskan airmata. Atas kehendak Allah jua, berhenti sebuah lori yang baru hantar barang dan kosong. Lelaki India usia awal 40an bertanya hendak kemana. Akupun menceritakan serba sedikit masalah yang aku hadapi saat itu. Dia tanpa berfikir panjang terus bantu aku tanpa syak-wasangka dengan naikkan motosikal ku yang rosak keatas lori. Dan kemudian ajak aku duduk sebelah pemandu lori untuk menghantar motor ku kebengkel yang terdekat. Sepanjang perjalanan kami banyak berbual dan dia juga berkongsi pengalaman pernah susah dan orang Islam yang tolong dia masa tu. Jadi katanya! Tuhan hantar aku untuk dia balas budi orang Melayu yang pernah tolong dia dahulu. Dia yakin semua itu perancangan Tuhan! baik dibalas baik katanya walaupun berlainan kaum. Sebaik sampai di bengkel motosikal! dia bayar tanggung semuanya kos baik pulih dan bagi aku sedikit duit belanja makan minum. Kemudian India tu pun pergi menuju ke destinasi yang di inginkan. Hampir dua jam baru siap motorsikal ku dibaik pulih. Alhamdulillah... semua Pertolongan ini datang dari Allah, asbabnya saja dari bantuan manusia atas gerakan Allah jua. Dan kepada Allah aku ucap Kesyukuran yang teramat sangat. Peristiwa ini menambahkan lagi keinsafan dalam diri ku. Aku teruskan perjalanan dan terpaksa berpatah balik ke laluan Kedah menuju ke Masjid Madad di Sungai Petani lewat Maghrib baru sampai. Aku niat beriktikaf dan beristirehat bagi menenangkan jiwa sambil memikirkan esok nak hijrah kemana pula..../Masjid MADAD

6 hari laluDiedit

... Baca lagiPengalaman menghadapi ujian hidup memang tidak mudah, terutama apabila melibatkan ketidakpastian kewangan dan kesukaran diri serta keluarga. Saya pernah mengalami situasi di mana motosikal yang menjadi kenderaan utama saya rosak di tempat terpencil tanpa laluan biasa yang sibuk. Keadaan itu memang menakutkan kerana tiada orang ramai di sekitar dan kenderaan jarang lalu. Tetapi pengalaman ini mengajar saya bahawa pertolongan boleh datang dari arah yang tidak disangka. Ketika itu, seorang pemandu lori berbangsa India tanpa ragu-ragu sudi membantu menaikkan motosikal ke atas lori dan menghantar ke bengkel paling dekat. Selain itu, beliau membayar kos pembaikan serta memberikan sedikit wang untuk saya gunakan sepanjang perjalanan. Minggu-minggu sebelum kejadian itu, saya juga berusaha menjimatkan duit, membeli barang-barang terpakai, dan sentiasa berdoa memohon ketabahan dan pertolongan dari Allah. Ujian hidup sebegini menguatkan saya bahawa keimanan bukan sahaja dari segi ibadah rutin tetapi juga dari keteguhan hati menempuh cabaran. Saya sedar bahawa bantuan manusia bukanlah perkara mustahil walaupun dalam keadaan yang paling sukar. Sikap kita sebagai hamba Allah sepatutnya sentiasa redha dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan serta terus berusaha tanpa mudah putus asa. Mengenai stigma yang sering dilihat masyarakat terhadap orang yang memohon bantuan, saya sendiri pernah menerima layanan kurang adil kerana penampilan rumah yang kelihatan baik. Namun, kebersihan dan kecekalan seseorang tidak semestinya dapat diukur melalui harta atau keadaan luaran. Bantuan sepatutnya diberi atas dasar keikhlasan dan rasa kemanusiaan, tanpa prejudis atau pandangan negatif. Saya ingin berkongsi bahawa dalam setiap ujian terdapat hikmah tersendiri di mana kita boleh belajar dan menguatkan diri. Pengalaman saya juga berperanan sebagai pengingat bahawa jika kita sentiasa istiqamah dalam beribadah dan memohon pertolongan Allah, pasti ada jalan keluar walau dalam situasi yang kelihatan tiada harapan. Hati yang tabah dan terus berusaha adalah kunci menempuh hidup yang penuh dugaan ini. Saya juga percaya, setiap kejadian yang berlaku adalah perancangan Allah yang Esa dan satu cara untuk kita memperbaiki diri dan memperkuatkan keimanan. Akhirnya, saya menggalakkan sesiapa yang sedang diuji agar jangan berputus asa dan sentiasa yakin bahawa ada pertolongan datang walaupun daripada sumber yang tidak dijangka. Manusia adalah hamba yang lemah tetapi dengan keimanan dan doa yang ikhlas, kita mampu menghadapi dan melangkah ke hadapan. Pengalaman saya menjadi teladan bahawa di hujung jalan yang gelap pun, ada cahaya pertolongan menanti.

11 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisPencipta

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisPencipta

Lihat lebih banyak komen

Siaran berkaitan

Sesat di hujung jalan, Baliklah ke pangkal Jalan
Isam

Isam

0 suka

Jalan raya yang gelap dan berliku pada waktu malam, diterangi oleh lampu jalan tunggal yang terang. Pokok dan semak-samun mengapit jalan, yang menghilang ke dalam kegelapan di hadapan, menggambarkan dilema 'gelap di hujung jalan'.
gelap di hujung jalan.
maju atau mundur?? si_pejalan_kaki.
tempan ati

tempan ati

1 suka

Best ke Kazakhstan? 🇰🇿
Jom ikut kembara Fara ke Central Asia! Day 1 & 2 di Kazakhstan. 📍Trekking Charyn Canyon 📍Black Canyon 📍Makan trout di Kolsay Lake 📍Tidur Guesthouse di Saty Village. Ada yang tgk vlog ni sampai habis ke? Cer komen “Gigih” kalau korang gigih habis kan tgk vlog ni..baru semangat siki
Farafly✈️

Farafly✈️

133 suka

Jom teman saya ride dengan KTM 390 Adventure X🏍️🔥 Nak bawak pergi bandar pun sedap, nak layan jalan kampung atau ride jauh hujung minggu pun best! Kalau korang tengah cari motor adventure, boleh pergi tengok sendiri dekat dealer KTM. 😉 #KTMMalaysia #ktm390adventurex #rideorange
sofea ceber

sofea ceber

18 suka

Air terjun Lubuk Timah yang tinggi dengan ramai pengunjung mandi-manda, digelar 'Niagara Falls' versi Perak, seperti yang ditunjukkan dalam kolaj dua gambar ini.
Pemandangan air terjun Lubuk Timah dari motosikal, dengan pengunjung di kawasan sungai, seperti yang diviralkan di TikTok sebagai 'Niagara Falls' Perak.
Ramai pengunjung menikmati air terjun Lubuk Timah Hotsprings & Waterfalls di Simpang Pulai, tempat viral yang menyerupai Niagara Falls.
Ramai Tak Tahu Port Ni? Datang IPOH Wajib Singgah!
Hai semua! 🙌 Bang Wan di sini! 🙋 Tahukah anda tempat viral ni? Baru² ni abang ada tengok Tiktok video yang bandingkan air terjun ni macam Niagara Falls di US tapi hat ni versi Perak 😄 📍 Lubuk Timah Hotsprings & Waterfalls Simpang Pulai, Perak Tanpa berlengah takut benda jadi basi,
Hazwan Hafiz

Hazwan Hafiz

91 suka

Tempat ni ngam untuk family yg ade anak2
My diy itenary trip to Phu Quoc🎡🏰 Boleh dpt murah kalau book tiket flight awal & time promo 🫣 #phuquoc #winwonder #grandworldphuquoc #sunsettownphuquoc
Nor Nida

Nor Nida

84 suka

Kalau hujung minggu tiba, korang lebih suka keluar jalan-jalan cari makan atau duduk rumah sambil layan movie? 😌🍿✨ #PendapatKorang #Hubungan #Lemon8Malaysia
Sue Ling

Sue Ling

0 suka

Gambar menunjukkan latar belakang hijau dengan teks 'Kalau korang Pilih jalan yang mana?'. Terdapat dua pilihan jalan: jalan lurus dengan banyak bonggol dan jalan bengkang-bengkok melalui hutan tanpa bonggol, mengajak pengguna memilih.
Pilih jalan mana?
#KalauLah korang tengah memandu, ada dua jalan berbeza tapi dua² menuju destinasi yang sama. 🚗 So, korang akan pilih yang mana? 🛣️ Lurus tapi ada bonggol, atau 🌀 Bengkang-bengkok tapi takde halangan? Kadang hidup tak semestinya tentang siapa yang paling cepat sampai, tapi siapa yang pa
Sufi Saihana

Sufi Saihana

13 suka

Port 'Picnic' Dalam Ceruk Kampung di Sik, Kedah?
Eksplorasi Lata Batu Hampar di Kg Lubok Besar, Sik Kedah. Siapa pernah mai mandi sungai ni? Abang syak orang Sik sendiri pun ramai tak tahu tempat ni. Terletak jauh ke dalam dari jalan besar. Naik skuter ronda² kampung nak sampai sini dari Kampung Tupai tu lebih kurang 12KM jugak la. N
Hazwan Hafiz

Hazwan Hafiz

33 suka

Hujung Bulan Anak Ajak Beli Mainan di Jalan-Jalan Japan , termenung kejap 😓 #pov #hujungbulan #anak #mainan #gaji
Hariz Play Time (Hafiz)

Hariz Play Time (Hafiz)

2 suka

Seorang lelaki keliru melihat keretanya berasap dengan bonet terbuka, bertanya mengapa ia rosak walaupun hanya perjalanan dekat. Imej ini menggambarkan masalah enjin akibat pemanduan jarak pendek, seperti yang dijelaskan oleh LUBREX, yang diiktiraf Superbrand dan disahkan SIRIM.
🚗 Jalan Kereta Dekat-Dekat Pun Boleh Rosak
Ramai ingat, jalan dekat je hantar anak sekolah, pergi kedai hujung taman enjin tak terkesan. Hakikatnya: pemanduan jarak dekat adalah antara yang paling ‘menyiksa’ enjin. Kenapa? Semasa perjalanan pendek: - Enjin belum sempat capai suhu operasi - Minyak enjin belum bekerja sepenuhnya
Lubrex Malaysia Store

Lubrex Malaysia Store

1 suka

jalanjalan
cikgu Alinz 82

cikgu Alinz 82

0 suka

Dua individu berpose di tepi sungai yang jernih dengan ikan, menandakan bulan Januari.
Jalan-jalan sekitar sabah
Hai lemoners.... Hujung-hujung kita share diari je la ek. Boleh la eh 🫶 #GoodBye2025 #AnonymousStory #KecilTapiBangga #JalanJalanSabah #HealingTime
Diari Suri rumah

Diari Suri rumah

8 suka

Kolaj yang menunjukkan 5 destinasi healing di Perlis: sawah padi, sungai dengan bot, jalan berwarna-warni, bengkel batik, dan papan tanda Padang Besar.
Pemandangan sawah padi hijau yang luas di Kampung Long Boh di bawah langit mendung, dengan rumah kecil dan tebu di latar depan.
Kolaj Jambatan Tuanku Syed Putra yang berwarna-warni, menunjukkan tangga dan laluan pejalan kaki dengan bendera Malaysia berkibar.
Jom Healing di Perlis Indera Kayangan! 🍃
Halluu halluuu, lovelies! I’m Fie. 🧚🏼‍♀️✨ #MasihRelevan ke bercuti di dalam negara saja? SEMESTINYA! Malaysia ni banyak sangat tempat menarik untuk diterokai, bonus dengan pemandangan indah sekali. Jom ikut saya healing di Perlis! Macam biasa, X HUJI! 📸 Jalan Long Boh 10/10 Pemandangan
fieraqayla

fieraqayla

28 suka

Kolaj empat gambar menunjukkan sikap 'high class': seorang wanita membaca buku dengan tenang, seseorang belajar, tangan muda memegang tangan tua sebagai tanda hormat, dan individu bersahaja melihat seni. Teks utama berbunyi '4 Attitude Orang High Class.. Anda milikinya atau tidak...? Pls check it out!'
4 attitude high class people yg sebenar!
Nak Nampak “High Class People”? Bukan Baju Je, Attitude Pun Main Peranan ✨ Hari ni ramai orang pakai branded luar dalam,tapi sayang…attitude ke laut. Terus hilang aura,terus tak nampak bijak. Sebenarnya,walaupun kita orang biasa-biasa,tanpa title,tanpa harta bertimbun,tanpa barang branded da
Ceritera D

Ceritera D

244 suka

Anak dah bosan indoor playground? Jom ke Farmzania Senai ! 🌿 Tiket RM38 tapi aktiviti banyak gila messy play, korek tanah, fishing, tanam pokok, ketuk batu kapur, buat soya tradisional. Boleh bagi makan itik & guinea pig, naik tractor, siap ada ATV! 🚜✨ Messy play ni bagus untuk anak 3 tahun
atiqakhir

atiqakhir

12 suka

𝑺𝒂𝒂𝒕 𝑯𝒂𝒕𝒊 𝑻𝒆𝒓𝒂𝒔𝒂 𝑹𝒂𝒑𝒖𝒉❤️‍🩹
"𝘞𝘢𝘩𝘢𝘪 𝘥𝘪𝘳𝘪, 𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘵𝘪𝘮𝘶 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘭𝘶: 𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱𝘭𝘢𝘩 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘭𝘪𝘯𝘥𝘶𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬-𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘱𝘦𝘯𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨." #cozyvibesnrl #mycozysharingcorner #doakuuntukadikberadikku #sayangsampaihujungnyawa💜 #detikpinjamanmualhamdulillah
𝗰𝘰𝘇𝘺𝘃𝘪𝗯𝘦𝘀ᥫ᭡

𝗰𝘰𝘇𝘺𝘃𝘪𝗯𝘦𝘀ᥫ᭡

83 suka

Lihat lagi