Kifarah Tanpa Doa
Allah Subhanahu Wata'ala Maha Adil! setiap penghinaan yang ditujukan kepada aku sebagai bekas pendosa, kini berbalik kepada mereka semula. Allah tidak semestinya membalas kepada mereka yang merendah-rendahkan orang yang dihina! tapi kebanyakannya terkena kepada anak, saudara mara atau keturunan mereka sebagai pengajaran. Sebab! kalau kifarah itu kena pada batang hidung sendiri! jarang mereka sedar dan menginsafi perlakuan mereka. Akan tetapi jika kifarah itu kena pada salah satu dari keturunan mereka! barulah otak boleh berfikir. Ini adalah fakta dan bukan auta! aku sendiri telah menyaksikannya sendiri, tetapi aku tidak bertepuk tangan kerana itu bukan akhlak orang Islam. Aku tak pernah mendoakan kejatuhan seseorang yang mencalarkan maruah aku! segalanya aku serah pada Allah Azzawajalla Pemilik Jiwa ini.
Manusia suka menilai seseorang tanpa mengetahui latarbelakang aku yang datang dari keluarga yang berpecah-belah dan anak Yatim yang hidup di kawasan setinggan. Mandi air perigi! berlampukan pelita minyak tanah, dapur masak pakai arang dan adakalanya makan pun minta pada jiran-jiran. Di besarkan oleh Mak Angkat yang panas baran sangat azab! sering dipukul dengan tali pinggang, di tendang, di hantukkan kepala di dinding dan sebagainya. Dan kesan penderaan itu mengubah tingkahlaku aku menjadi seorang yang panas baran bila dewasa. Tapi aku telah melepasi zaman gelapku atas Hidayah Allah ketika sedang melakukan dosa. Sejak itu aku berubah kerana tahu Allah sayangkan aku maka tak ingin sia-siakan Hidayah yang telah aku dapati. Hidayah yang hadir dalam bentuk yang sukar untuk diceritakan secara zahir kerana ianya perkara ghaib. Apapun yang penting aku kena berusaha mengubah nasib diri dengan istiqamah mendirikan Solat 5 Waktu sebagai tanda Berterima Kasih kepadaNya. Kalau Hidayah sampai berulang kali pun tanpa perubahan! maka tidak bermanfaat kepada sesiapa pun para pendosa yang melengah-lengahkan untuk hijrah kearah kebaikan, maka sia-sialah Kurniaan Hidayah tersebut. Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa, dan KepadaNya aku berserah diri Mohon Keampunan.
Kadangkala mereka yang datang dari keturunan yang baik-baik tapi memandang hina para pendosa dengan kata-kata yang menjatuhkan seseorang, Insyaallah... akan berbalik kepada mereka semula. Tiba-tiba salah seorang daripada Keturunan mereka yang mulia jadi sejahat-jahat manusia! bahkan lebih jahat dari yang pernah mereka hinakan pada bekas Pendosa macam aku. Tak kiralah rasa bangga mereka datang dari keturunan Ulama sekalipun! kalau sanggup menghina orang maka sanggup juga menanggung kifarahnya dari bekas Pendosa yang bertaubat. Kerana pendosa yang sedar diri macam aku tak perlu doakan penghinaan mereka sebab diam itu lebih baik walaupun hati dirundung kesedihan. Berserah pada Allah segala-galanya dan akhirnya mereka mendapat pembalasan Kifarah tanpa doa dari yang teraniaya.
Sejahat-jahat aku! tak pernah menganggu orang lain. Jahat aku hanya menganiayai diri sendiri dengan melakukan dosa kerana kejahilan dalam beragama. Akan tetapi saat-saat hidup berantakan tanpa kepedulian manusia yang lain! Allah jua sebaik-baik Penolong yang menghadirkan Hidayah buat ku dalam situasi yang pelik. Tiba-tiba aku amat rindu pada Allah Azzawajalla ketika baru tamat bertugas sebagai bounser di kelab malam. Aku pulang ke rumah seperti biasa jam 3 pagi dan berehat sebelum mandi. Aku duduk di atas sofa merenung diri sendiri tentang perasaan yang pelik itu. Mengapa aku rindukan Allah?... tiba-tiba rasa nak Solat!, padahal aku baru saja togok air setan. Bagaimana mungkin aku nak sembahyang! sedangkan kata kebanyakan Ustaz... setitik arak 40 hari tak boleh jejak Mesjid. Tapi aku dah minum berdram-dram arak! maknanya makan tahun baru boleh jejak Mesjid untuk dirikan Solat. Aaahhhh!!! pedulikan Ustaz Penunggang Agama tu, kataku didalam hati yang meronta-ronta nak sembahyang. Aku bangun terus masuk ke bilik air dan mandi hadas besar sebersih-bersihnya. Kemudian berpakaian kemas lalu terus ke Mesjid yang hampir jam 4 pagi. Jarak rumah ku nak ke Masjid tak sampai 5 minit! tapi bila hati tidak berkendak untuk Solat, Azan yang berkumandang pun tak mendatangkan kesan buatku. Bahkan aku pernah minum arak saat Azan dilaungkan ketika sebelum hadirnya rasa rindu pada Allah. Sebaik sampai di Mesjid yang gelap-gelita dengan hanya beberapa lampu samar-samar menyala di beberapa ruangan dalam Mesjid tersebut. Aku ambil wuduk dahulu dan aku berdiri untuk Solat Taubat di tempat cahaya yang samar-samar tadi. Aku lihat lembaga hitam berdiri dalam kegelapan dibalik tiang Mesjid. Aku tak peduli! aku tetap nak dirikan Solat sebab rindu sangat pada Allah sejak tadi. Sebelum mendirikan Solat Taubat Nasuha! aku berdoa pada Allah: YA ALLAH! AKU TAHU DIRI NANYAK DOSA. AKU SEDAR DIRI BANYAK KOTOR. TAPI AKU RINDU PADA KAU YA ALLAH... RINDU SANGAT-SANGAT. AKU TAK KISAH KALAU SOLAT YANG AKU DIRIKAN SAAT INI DAPAT DOSA!. TAPI AKU NAK JUGAK DIRIKAN SOLAT UNTUK UBATI RINDUKU KEPADAMU.... YA ALLAH! AMPUNKAN DOSAKU. AKU TIDAK LAYAK SUJUD PADAMU DALAM KEADAAN PENUH DENGAN DOSA, TAPI KERINDUAN INI TIDAK MAMPU AKU TANGGUNG LAGI JIKA TIDAK SUJUD PADAMU DALAM SOLAT TAUBATKU. YA ALLAH! TERIMALAH KERENDAHAN HATIKU PADAMU SAAT INI, DAN KASIHANILAH AKU.... kemudian terus melaksanakan Solat Taubat Nasuha dengan linangan airmata yang membasahi pipi sejak tadi. Di rakaat kedua aku sujud lama dengan doa antara aku dengan Allah! hanya Dia yang tahu segala isi hatiku. Tak lama kemudian aku duduk berzikir sambil menunggu waktu Subuh yang kian hampir. Aku jeling semua tiang-tiang Mesjid yang gelap-gelita yang hanya di temani cahaya lampu samar-samar, lembaga hitam yang aku yakini adalah Jin-jin Kafir untuk menakutkan aku tapi tidak berbekas buatku. Barangkali kata hatiku! antara penyebab utama orang yang lalai dalam beribadah kepada Allah didalam Mesjid ini gara-gara gangguan mereka agar tidak khusyuk ketika Solat. Aku tenung sahaja Jin-jin Kafir tersebut sehinggalah tiba-tiba lampu menyala semuanya dibuka Noja untuk persediaan Solat Subuh berjemaah. Dulu Mesjid tak berkunci macam sekarang! sebab itu sesiapa sahaja boleh datang ke Rumah Allah tanpa halangan.
Selepas azan Subuh berkumandang! aku lakukan solat sunat terlebih dahulu. Setelah selesai! tiba-tiba aku teringat sesuatu... hairan! sedikit pun aku tak lupa surah-surah yang dibaca tadi. Semua masih aku ingat dengan jelas segala bacaan dalam Sembahyang! siap dengan faham dengan maknanya sekali. Maha Suci Allah! padahal dah bertahun-tahun aku tinggalkan Solat 5 Waktu. Terima Kasih Allah atas segala Nikmat yang aku ada atas AnugerahMu. Aku solat berjemaah Subuh bersama mereka yang lebih baik dari aku.
Hari itu juga aku berhenti kerja di Kelab Malam dan tanpa ragu-ragu hijrah kearah kebaikan semata-mata kerana Allah. Tapi bukan mudah bekas pendosa macam aku nak baik seratus-peratus! tapi aku berusaha semampu diri yang ada dengan izin Allah jua. Tiada daya dan upaya untuk aku mendirikan Solat tanpa izin Allah! dan hanya kepadaNya sahaja aku Mohon Perlindungan. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar..../Tangkak
Pengalaman hidup bekas pendosa ini membawa pengajaran mendalam tentang konsep kifarah tanpa doa yang jarang difahami ramai. Menurutnya, bukan sahaja orang yang menghina atau menjatuhkan maruah orang lain yang akan menerima balasan, tetapi juga keluarga atau keturunan mereka yang menjadi perantara pembelajaran dan pengajaran dalam hidup. Fenomena ini mengingatkan kita bahawa keadilan Allah Maha Adil dan segala sesuatu berlaku dengan hikmah-Nya. Bagi yang pernah melalui pengalaman pahit seperti hidup dalam keluarga berpecah, kemiskinan, dan penderaan fizikal, perubahan ke arah kebaikan bukanlah mudah. Namun, kisah ini menunjukkan bahawa hidayah itu hadir dalam bentuk yang kadangkala ghaib dan sulit untuk kita gambarkan secara zahir. Hidayah yang datang bukan sekadar memberi kesedaran tetapi juga kekuatan untuk istiqamah dalam melaksanakan solat lima waktu sebagai tanda syukur dan permohonan keampunan kepada Allah. Dalam perjalanan hijrah, usaha memperbaiki diri memerlukan kesungguhan tanpa menunggu hadiah instant. Bahkan, kerinduan kepada Allah yang muncul pada waktu tidak terduga, meskipun ketika masih dalam keadaan dosa, menjadi titik permulaan yang sangat penting. Kisah solat taubat nasuha di masjid pada waktu malam sambil menghadapi gangguan jin kafir memperlihatkan betapa tabahnya jiwa dan betapa kuatnya keinginan untuk kembali kepada Allah. Pengalaman solat berjemaah Subuh selepas bertahun-tahun meninggalkan solat juga adalah bukti bahawa hidayah yang Allah anugerahkan dapat menyentuh qalbu seorang hamba tanpa mengira latar belakang dan dosanya. Dengan kesedaran dan keikhlasan, proses hijrah bisa berjalan meskipun perlahan dan penuh cabaran. Tidak ada upaya yang bisa berhasil tanpa izin dan pertolongan dari Allah. Kisah ini memberi pengajaran bahawa kita jangan cepat menghakimi orang lain, terutama mereka yang sedang dalam proses memperbaiki diri. Sewajarnya kita mendoakan kebaikan dan memberi sokongan agar mereka terus istiqamah dalam perubahan. Kadangkala, balasan atau kifarah tanpa doa yang disebutkan adalah manifestasi keadilan Illahi agar manusia lebih sedar dan insaf terhadap perlakuan sendiri. Akhirnya, kisah bekas pendosa ini mengingatkan kita semua bahawa perjalanan menuju kebaikan dan ampunan Allah itu adalah hak milik tiap insan. Tidak kira siapa sekalipun, peluang bertaubat dan berubah tetap terbuka seluas-luasnya selama kita ikhlas dan bersungguh-sungguh. Sebagai umat Islam juga, kita diajak untuk sentiasa bersyukur, istiqamah, dan menyerahkan segala urusan kepada Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.


