Egois

Sebagai Pelakon Terkenal dari Malaysia yang telah mendapat tempat di Hollywood, aku tidak dapat mengelak daripada komen yang negatif dari natizen. Sejak dulu lagi aku dah di anggap antara pelakon yang paling sombong dan berlagak Diva. Sebenarnya isu ini timbul disebabkan sikap aku yang malas nak layan peminat. Sebagai Pelakon! aku hanya nak orang ramai hargai bakat aku dan bukan memuji-muja aku. Orang awam tidak tahu betapa penatnya kerjaya sebagai seorang Pelakon Aksi. Aku bagi komitmen seratus peratus untuk hasilkan mutu lakonan yang paling terbaik hingga disamakan dengan kehebatan Rosham Noor. Tapi sejujurnya aku lebih hebat daripada dia! sebab aku dah ada nama kat Luar Negara. Pernah berlakon dengan Jackie Chan, Donnie Yen, Jean Claude Van Dam, Arnold Schwarzenegger, Illaya Thalapaty Vijay, Shah Rukh Khan dan banyak lagi. Kini aku ada pengambaran bersama Steven Siegel iaitu pelakon yang paling berlagak macam aku juga. Fuh! dia punya lagak memang tak boleh bawak berbincang. Semua orang belakang tabir dia tak tegur, sombong sungguh dia ni. Tapi aku lain! pekerja belakang tabir semua aku hormat, sebab mereka inilah yang bertanggungjawab naikkan nama kita sebagai Pelakon. Tapi kebanyakan Pelakon-pelakon tak kenang budi! sebab itulah aku kalau ada rezeki lebih pasti bagi semua pekerja belakang tabir seorang Seribu Ringgit. Itu sahaja cara aku menghargai sumbangan mereka secara diam-diam. Industri Seni tak tahu Kebaikan aku! tapi bab gosip dan keburukan aku itu yang diwar-warkan. Tak apalah! aku tak ambil kisah pun, yang penting aku sentiasa ada peluang untuk buat pengambaran filem di Luar Negara selagi nama tengah panas ni.

Aku dan Steven Siegel tak pernah berbual di set penggambaran! kecuali dalam dialog skrip kami memang akrab sebagai pasangan Hero. Memang hipokrit betul! tapi aku tak mengalah bab-bab sombong bodoh ni, ego aku lagi tebal daripada dia. Di luar pengambaran! nampak sangat Steven Siegel bengang dengan aku, hampir-hampir nak bertumbuk. Nasib baik Pengarah Filem leraikan pertelingkahan kami. Dia ingat ada ilmu mempertahankan diri Judo! aku takut?. Heh...! dia belum kena terajang Silat Kuntau Sendeng, kalau kena tercampak kat dinding. Ini Melayu lah! silat aku silat warisan bangsa. Antara sebab Steven Siegel cemburu kerana nama aku semakin menonjol! dan pernah kena tonjol dengan dia masa pengambaran dengan alasan tak sengaja. Binawe betul! pukul curi.

Setelah pengambaran filem EGO selesai! nama ku semakin harum di Malaysia. Semua dada akhbar ada kisah kejayaan aku menempa nama di Luar Negara seperti Surat khabar Utusan Malaysia, Nan Yang Siang Pau, Tamil Nadu, Harakah dan Berita Harian. Kat Amerika nama ku terpampang di Akhbar New York Post. Pengiktirafan sebagai pelakon hebat tidak sedikit pun membahagiakan aku, sebab ini adalah punca mata pencarian rezeki yang halal. Ada juga beberapa pelakon hebat di Malaysia yang hubungi aku mintak tolong rekomen dapatkan watak sampingan di Hollywood, tapi aku tak layan. Usahalah sendiri! sebab masa aku baru mula-mula jadi pelakon, mereka ni semua berlagak dengan aku. Bukan nak pulang paku buah keras! tapi tak ada hati nak tolong kecuali Primadona Fauziah Ahmad Daud, dia aku memang tolong carikan watak pembantu penting di Hollywood. Aku hormati Kak Ogy sebab dia pelakon hebat! tak boleh abaikan permintaannya. Lagipun aku takut dengan dia sebab garang! nanti dia pulaukan aku mampus!.

Sepanjang tempoh berada di Malaysia! Tanah Tumpahnya Darahku, bertubi-tubi peluang lakonan datang sebagai watak utama dengan bayaran yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Tapi semuanya aku tolak sebab sedang menunggu pengambaran filem seterusnya di Korea dengan Pelakon Wanita yang hebat Angelina Jolie. Sementara berada di Malaysia! pertama sekali aku cari budak-budak krew produksi yang pernah naikkan nama aku dulu. Tujuan aku nak kongsi rezeki dengan mereka yang aku anggap sebagai sahabat yang perlu kita jaga sebaik mungkin. Tanpa pekerja belakang tabir! aku tak mungkin sehebat ini sekarang.

Nota: Olahan semula dari Skrip Filem Komedi yang berjudul FUH! MANTAP yang juga tidak dapat direalisasikan menjadi naskah yang berharga. Semua skrip dah aku bakar 😁😂🤣

Kuala Selangor
2 hari laluDiedit

9 komen

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisPencipta

Imej Bekas Penulis
Bekas PenulisPencipta

Lihat lebih banyak komen