Keturunan Jebat
Aku datang dari Salasilah keturunan Hang Jebat! sebab itu darah Pahlawan ada dalam diriku secara semulajadi. Ramai yang bertanya apakah jenis Silat Melayu yang aku gunakan?, aku hanya mewarisi Persilatan dari Sahabat baik Moyangku Hang Jebat iaitu Laksamana Hang Tuah yang dipanggil Silat Makrifat. Ia adalah gabungan berbagai jenis Silat Melayu yang disatukan menjadi Gelaran Silat Makrifat. Kelebihan Silat ini boleh masuk gelanggang mana-mana jenis Silat Melayu yang ada termasuk Kung Fu, Judo, Karate dan sebagainya jika berlaku pertarungan. Keturunan aku melarang Silat ini diturunkan pada sesiapa kecuali hanya boleh diwarisi keturunanku sahaja. Untuk pengetahuan kalian! aku sendiri tidak tahu mengapa larangan ini diadakan.
Aku tak pernah tunjuk gerakan Silat Makrifat kecuali terpaksa menggunakannya saat diri dalam bahaya sahaja. Mereka bertanya! dimana keturunan yang lain-lain seperti termaktub dalam Sejarah?. Apakah Keturunan mereka juga masih ada lagi?. Keturunan Hang Tuah kini ada di Singapura! dulu dipanggil Temasek. Keturunan aku telah kembali semula ke Melaka dan bersembunyi dari orang ramai. Keturunan Datuk Pateh Karma Vijaya juga ada dan mereka memperpanjangkan salasilah di Indonesia. Keturunan Sultan Mansur Syah juga berada di Melaka dan terus menutut kembali hak Di Raja kerana punya bukti. Pendek kata semua keturunan masih ada cuma belum bersedia untuk tonjolkan diri masing-masing akibat fitnah yang melanda dahulu semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Keturunan paling awal iaitu Parameswara pun ada di Indonesia, tapi tiada sesiapa yang mahu mengambil tahu kisah keturunan mereka.
Mereka bertanya pada ku lagi apakah Hang Tuah benar-benar membunuh Jebat?. Hahaha...
soalan ini selalu mentertawakan aku. Jawapannya Tidak!... Mana mungkin Hang Tuah sanggup membunuh Jebat sebab amukannya kerana membela Tuah yang disangka mati. Semua itu tipu helah yang di rancang oleh Bendahara Tun Perak yang amat bijaksana dan adil pada zaman Sultan Mansur Syah. Tujuannya untuk membela maruah Sultan Mansur Syah yang tersilap langkah menghukum bunuh Hang Tuah atas desakan Datuk Pateh Karma Vijaya. Sebenarnya keturunan kami semua telahpun berdamai sejak dahulu lagi! Datuk Patih Karma Vijaya pun tidak mati, semua kematian di palsukan demi kehormatan maruah dan nama baik Sultan Mansur Syah yang telah insaf akan tindakannya. Jasa Bendahara Tun Perak sangat besar buat Sultan Mansur Syah dan Negeri Melaka. Bahkan Keris Taming Sari yang asli masih ada dalam simpanan dalam satu Kumpulan Persilatan Warisan Melaka yang terpaksa dirahsiakan sehingga kini. Akan tiba masanya kesemua keturunan baik Hang Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu akan muncul semula. Begitu juga keturunan Datuk Pateh Karma Vijaya yang kini keturunannya yang bersembunyi di Indonesia pasti akan muncul kembali, hanya masa yang akan menentukannya. Sebahagian peminat Sejarah Melayu Melaka tahu di mana Keturunan Bendahara Tun Perak! sebahagian mereka juga tahu Keturunan Hang Tuah di Singapura bersama dengan Keturunan Sultan Temasek yang kini dah jadi orang kebanyakan yang tidak dipedulikan lagi akibat kuasa Raja telahpun dihapuskan sejak zaman British lagi. Malaysia beruntung masih membesarkan dan berpegang teguh taat pada Kesultanan Warisan yang terus bertakhta hingga kini.
Aku Keturunan Jebat! Moyangku bukan penderhaka seperti yang digembar-gemburkan oleh British yang mengubah suai kisah Sejarah Melaka yang benar menjadi dongeng. Datuk Patih Karma Vijaya pun telah dimaafkan oleh Sultan Mansur Syah kerana fitnahnya terhadap Hang Tuah kerana Sultan tidak berlaku adil ketika itu dalam melantik Hang Tuah sebagai Laksamana. Sebab Datuk Pateh Karma Vijaya sendiri mempunyai Pahlawan handal Anak Jati Negeri Melaka termasuk Hulubalang Di Raja! mengapa mereka tidak terpilih?. Semua kejadian tersebut adalah salah faham dan kesilapan yang tidak disengajakan oleh Sultan Mansur Syah. Maka sebab itulah Bendahara Tun Perak merencanakan helah kematian Jebat, Datuk Pateh Karma Vijaya untuk membela maruah Sultan. Percayalah! suatu masa nanti pasti Sejarah Melayu Melaka yang asli akan kembali mewarnai seluruh Semenanjung Malaysia bahawa Melayu memang hebat para Era Kesultanan Melayu Melaka. Tak ada Melaka! tidak akan wujud Malaysia. Tak kan Melayu hilang di dunia! itulah kata-kata hikmah Laksamana Hang Tuah yang akan jadi kenyataan lebih padu pada masa akan datang.
Keturunan Puteri Hang Li Poh juga masih ada di Melaka! cuma mereka lebih gemar digelar Baba Nyonya. Sebenarnya kehebatan Melayu Melaka bukan hanya pada Kisah Hang Tuah sahaja! lebih daripada itu kisah pembinaan Bahtera Mendam Berahi juga wujud dan sebelum Zaman Sultan Mansur Syah telah banyak bukti kehandalan orang Melayu mencipta kapal sehebat Portugis dan Cina, tapi fakta sebenar telah dimanipulasikan musuh yang dengki akan kehebatan Bangsa Melayu pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Semua kejahatan musuh akan terbongkar satu persatu pada masa akan datang termasuk bukti-bukti Sejarah dalam tulisan Jawi untuk dipertontonkan kepada orang awam satu masa nanti. Ingat! tak Melayu Hilang Di Dunia, dan aku keturunan Hang Jebat bukan Pahlawan Derhaka. /Pantai Kundor
Sebagai seseorang yang pernah mendalami seni mempertahankan diri tradisional, saya amat tertarik dengan cerita mengenai Silat Makrifat yang diwarisi oleh keturunan Hang Jebat. Silat Makrifat bukan sahaja sebuah seni bela diri, malah ia adalah satu warisan budaya yang kaya dengan nilai sejarah dan filosofi. Apa yang saya pelajari daripada kisah keturunan Hang Jebat ini adalah betapa seni silat tidak sekadar teknik pertarungan, tetapi satu cara hidup dan identiti yang perlu dijaga dengan penuh hormat. Dalam pengalaman saya, seni silat yang menggabungkan teknik dari pelbagai aliran seperti yang dikatakan Silat Makrifat, sangat istimewa. Ia menawarkan fleksibiliti dan keupayaan untuk bertahan dalam pelbagai situasi bertarung, termasuk bila berhadapan dengan seni mempertahankan diri moden seperti Kung Fu atau Karate. Kebenaran bahawa seni tersebut hanya boleh diwarisi dalam keturunan sendiri menambah lagi aura misteri dan keistimewaan kepada warisan ini. Perkara yang menarik juga adalah penjelasan mengenai legenda Hang Tuah dan Hang Jebat. Selama ini, saya juga sering mendengar kisah Hang Tuah yang membunuh Jebat, tetapi artikel ini membuka perspektif baru bahawa ia hanyalah tipu helah demi menjaga maruah dan kehormatan Kesultanan Melaka. Saya percaya, sejarah seperti ini penting untuk kita kaji dengan lebih mendalam supaya tidak terkongkong dengan cerita yang mungkin telah diputar-belitkan. Selain itu, cerita tentang keturunan lain seperti Puteri Hang Li Poh yang digelar Baba Nyonya dan kemegahan Kesultanan Melayu Melaka yang tidak hanya terbatas kepada kisah Hang Tuah sahaja turut memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang kekayaan budaya dan sejarah Melayu. Saya juga pernah berkunjung ke Melaka dan dapat merasakan aura sejarahnya yang masih hidup dalam masyarakat. Tempat-tempat bersejarah seperti Pantai Kundor yang disebut dalam artikel ini memberikan kesan mendalam kepada saya tentang betapa sejarah itu masih melekat dan menjadi sumber inspirasi kepada generasi kini. Sebagai kesimpulan, kisah keturunan Hang Jebat dan Silat Makrifat bukan sekadar cerita lama, tetapi satu warisan berharga yang perlu kita hargai dan teruskan. Kesedaran tentang kebenaran sejarah dan keunikan budaya ini penting untuk menguatkan identiti bangsa dan membuktikan bahawa Melayu tidak hilang di dunia, sebaliknya terus maju dengan kekayaan warisannya sendiri.


Bersama Komposer Azmeer dan Dato' Ismail Warisan Mendam Berahi