Keakuan Diri
Kebanyakan manusia yang cetek ilmu pengetahuan Agama sentiasa bersangka-sangka dialah yang berjasa pada sesama manusia. Padahal pertolongannya itu atas Gerakan dan Kehendak Allah semata-mata. Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa. Sebab itulah aku tatkala dibantu oleh mana-mana manusia! pertama sekali aku ucap Syukur pada Allah Azzawajalla. Rasa Terima Kasih itu aku zahirkan melalui istiqamah dalam beribadah kepadaNya melalui Solat 5 Waktu. Jangan kita syirik pada Allah atas pertolongan manusia sehingga dikenang sampai mati! seolah-olah amat besar budi mereka kepada kita. Mengenang kebaikan seseorang itu tidak salah! tapi jangan sampai membelakangkan Allah Subhanahu Wata'ala yang sejak dulu, kini dan selamanya Maha Pemberi Rezeki yang utama.
Apabila kita pergi dari hidup mereka yang pernah membantu saat-saat kesusahan! mereka mengungkit dan tidak berpuas hati. Itu sebab pentingnya faham Agama! dan bukan sembahyang ikut mood. Macam mana hidup anda nak berkat jikalau pada Allah rasa berterima kasih itu hanya dibibir dengan ucapan Alhamdulillah. Allah tidak memerlukan pujian dari hamba-hambaNya yang di Tolong atas sebab Allah Maha Pemberi! tapi laksanakanlah Solat 5 Waktu jika anda benar-benar seorang Islam yang bersyukur dalam erti kata yang sebenar.
Pertolongan manusia kepada manusia yang lain saling cuba menjadikan mereka hamba kepada budi! dengan kebaikan yang mereka lakukan maka seolah-olah yang ditolong itu harus mengabdikan diri dengan setia selamanya berkhidmat dengan mereka. Itu satu kesilapan yang besar dan keikhlasan anda tampak ada kepentingan peribadi. Sifat ini hanya di miliki oleh Majikan berbangsa Cina! tapi sebagai orang yang Beragama Islam, perbuatan itu tidak baik dan seperti paksaan secara halus untuk ikat seseorang untuk kekal bekerja dengan mereka.
Alhamdulillah! sepanjang aku bekerja di mana-mana Negeri, aku cuma buktikan dengan cara jujur! amanah dan bertanggungjawab dalam tugasan demi mendapat keberkatan rezeki hasil titik peluh sendiri. Dan setiap rezeki yang halal yang aku terima! pertama-tama ucap syukur pada Allah dengan sujud syukur. Dia lah Maha Pemberi Rezeki dan KepadaNya jua aku Mohon Keampunan. Niat biar betul dan jelas agar tidak mengenepikan hak Allah sebagai Pemilik Jiwa ini dalam apa jua urusan keduniaan. Jangan sangka usaha anda tak seberapa itu sebagai alasan anda untuk berusaha kearah mendapatkan sesuatu kebendaan. Semua Allah yang beri dan segalanya Kepunyaan Allah Azzawajalla.
Ingat! anda lahir ke dunia dalam keadaan telanjang bulat dan kosong! apabila kembali nanti kepadaNya juga dalam keadaan telanjang bulat dan hanya ditutupi kain kafan. Nikmat apa yang nak anda sombong kan?, jangan menongkah langit. Sedarlah diri anda Milik Allah! bahkan jasad dan udara oksigen yang anda sebut pun Anugerah Allah, Nikmat apa lagi yang hendak kalian dustakan?. Kembalilah kepada Allah dengan melaksanakan segala PerintahNya dengan meninggalkan segala larangannya. Setakat berbuat baik semata-mata tidak bermanfaat di sisi Allah Subhanahu Wata'ala! sebab orang kafir lagi ramai berbuat kebaikan dan kebajikan tapi semua tidak mendapat pahala. Macam itu juga seseorang yang mengaku dirinya Islam! tapi tak Solat?. Adakah anda kira akan mendapat pahala?, jangan mimpilah... silap haribulan anda jatuh murtad tanpa disedari dan menjadi kafir kerana terlalu lama meninggalkan kewajipan Solat 5 Waktu. Allah tak perlukan penyembahan anda! anda sebaliknya yang perlukan Allah dengan MenyembahNya siang dan malam melalui Ibadah. Hanya dengan mendirikan Solat 5 Waktu secara istiqamah dan tepat pada waktu jika mampu! itu tandanya anda benar-benar orang yang beriman.
Pengalaman aku bekerja dengan berbagai Majikan! sifat mereka semua sama. Kalau kedai makan mereka disihir! cepat bertindak untuk mencari Ustaz agar dapat pulih melalui Shifa dan pelanggan kembali ramai. Tapi bila pekerja yang kena tempias sihir dari asbab kedai makan mereka! sendiri yang terpaksa keluar duit untuk Shifa. Dan sihir yang dihantar musuh mereka datang dalam berbagai cara. Jika tidak mampu menghalau pelanggan! maka mereka bertindak balas dengan melaga-lagakan pekerja dengan sihir yang baru. Tapi kebanyakan Majikan tidak ambil peduli yang penting kedai makan mereka laku dan ramai pelanggan. Dan sesungguhnya aku antara orang yang aniaya diri sendiri jika terus bertahan menanggung sakit akibat sihir semata-mata nak balas budi baik Majikan. Itu perbuatan yang bodoh! sebab itulah lebih dari tiga kali sembuh selepas Shifa dan kena balik sebab melangkah masuk ke tempat yang bermasalah dengan sihir, maka kita kena tinggalkan tempat itu selama-lamanya demi kebaikan diri agar sembuh sepenuhnya.
Itu yang aku lakukan dengan kesehatan diri agar tidak bertambah parah sakit misteri. Kerana sihir yang dibiarkan terlalu lama akan menjejaskan jasad dan kesakitan itu menular menjadi penyakit diri yang berbagai seperti kanser, kencing berdarah dan sebagainya. Pada awalnya memang Para Doktor tidak dapat mengesan penyakit! tapi lama kelamaan akibat kedegilan kita tidak berusaha dengan cara Pengubatan Shifa! lambat laun akan memudaratkan kesihatan diri. Tapi jangan jumpa Bomoh! sebab Bomoh ada pendamping dari kalangan Jin Islam yang Munafiq dan Kafir.
Untuk mengetahui seseorang Perawat yang menggunakan Pendamping Jin! membaca mantera, memberi tangkal, menggunakan asap kemenyan dan sebagainya walaupun berketrampilan Berjubah dan Berserban. Jangan terpedaya dengan penampilan seseorang yang berpewatakan Alim. Akhir zaman ni banyak orang yang menyamar jadi baik tapi syirik pada Allah. Perubatan Shifa yang betul hanya menggunakan ayat-ayat suci Al-Qur'an dalam setiap perubatan Shifa mereka. Dan tidak letak bayaran, cuma seikhlas hati anda memberi tapi jangan sampai kedekut nak mampus. Sebab jika anda ada gangguan halus! Ustaz yang mengshifa anda hingga sembuh, anak bini mereka di rumah di ganggu Jin-jin milik anda setelah tidak mampu menganggu gugat Perawat Shifa itu sendiri.
Apapun segala Kesembuhan anda tetap Allah yang Maha Penyembuh! Perawat Shifa hanya asbab. Maka dengan itu sentiasa Mohon Perlindungan Allah dalam apa jua keadaan tanpa meninggalkan kepentingan Solat 5 Waktu. Wahai sekalian manusia! hidup ini akan sentiasa di uji tanpa mengira kalian Ahli Ibadah atau Islam ikut-ikutan. Cuma beruntungnya mereka yang tidak meninggalkan Solat 5 Waktu sentiasa bersandar pada Allah dan menyakini tidak ada sesiapa yang mampu memudaratkan kita dengan sihir tanpa izin Allah. Kena ingat tu! ujian sihir yang kita hadapi sebagai ujian untuk menguji anda seberapa tebalnya keimanan seseorang pada Maha Pencipta. Dan apabila Allah berkehendak menyembuhkan seseorang maka tidak ada sesiapa musuh-musuh kalian mampu memudaratkan diri anda. Kepada Allah kita Sembah! dan Kepada-Nya sahaja kita Mohon Perlindungan dan KeampunanNya. Fikir-fikirkanlah...











































