Muslihat Iblis
Aku telah melihat banyak kali silap Ahli Ibadah yang taksub pada perkara ghaib tanpa prasangka. Ini satu kesilapan besar dalam mempertahankan akidah Ketauhidan dari tercalar. Bahkan Golongan Tasawuf juga termasuk mereka yang mudah terpedaya apabila nampak sesuatu yang belum pasti kebenarannya di sisi Allah Subhanahu Wata'ala. Muslihat Iblis sangat bijaksana sehingga Ahli Ibadah yang terpedaya di pandunya menuju arah kesesatan. Sebab itu jangan mudah menilai seseorang yang berjubah dan berserban itu mulia dan tiada cacat celanya sebab pujian itu boleh menjatuhkan darjatnya, dan hinaan yang berlebihan! bimbang-bimbang akan berbalik kepada diri sendiri. Iblis berjaya membungkus kejahatan dalam Agama dan dia sendiri kagum apabila Ahli Ibadah yang di rosakkan akidah mereka lebih jahat dari dirinya. Sehingga Iblis pernah bertanya dengan sindiran halus! tolong ajarkan aku jadi sejahat kalian yang nampak lebih suci dari zahirnya.
Sama ada sengaja atau tidak! apabila ketaksuban melampaui batas hingga jatuh syirik yang tidak di sengajakan, boleh membatalkan syahadah. Contohnya membesarkan Para Wali, menyembah Makam atas alasan Bertawassul, melakukan Bidaah tanpa asas ilmu yang kukuh, mempertahankan sesuatu yang tidak ada pada zaman Nabi dan bermati-matian membangkang teguran kerana yakin dengan amalan mereka, dan yang paling menyedihkan apabila segala Sunnah Nabi berjaya di laksanakan tapi seolah-olah menolak perkara ghaib yang benar di sisi Allah Subhanahu Wata'ala semata-mata kerana mereka tidak memiliki pandangan mata Kashap. Lepas tu menganggu Ustaz Pondok yang punya pandangan mata hati dengan sindiran yang tajam. Padahal Allah sahaja yang berhak memberi kelebihan kepada sesiapa sahaja yang di kehendakiNya bahkan mereka yang bukan beragama Islam. Tanpa mereka sedari terpalit sifat sombong bodoh yang jika tidak berhenti dari perbuatan tersebut! dikhuatiri akan di hinggapi sifat Ujub, Riak dan Takabbur.
Manakala kelemahan yang dimiliki oleh Orang Alim yang nampak perkara ghaib! mereka sendiri tidak tahu sama ada datang dari Kurniaan Allah atau tipu daya Iblis dan Syaitan. Iblis dan Syaitan mampu menyamarkan diri sebagai sesiapa sahaja samada ada Muncul berketrampilan Wali Songo, Sultan Arrifin atau Nabi Khidir serta lain-lainnya mengikut ketaksuban masing-masing. Sebab itulah mana-mana Kumpulan Dakwah yang ada di Seluruh Semenanjung Malaysia akan muncul orang yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi, Rasul, Nabi Isa dan sebagainya. Apabila kita di datangi seseorang yang menyamar sebagai Wali dan mengisytiharkan kita sebagai sesiapa sahaja maka selidik terlebih dahulu siapa diri kita untuk mengaku jika pernah berbuat dosa yang banyak. Sekali pun kamu tidak ada dosa sesama manusia! jangan mudah terpedaya dan perasan sangat yang kamu tu dah sampai Makam Para Wali kononnya, padahal itu hanyalah Penglipurlara orang dulu-dulu membesarkan idola masing-masing agar pengikut Tok Guru mereka tampak hebat. Semua untuk nama agar disebut-sebut kemudian hari sebagai Pendakwah yang hebat. Bayangkan! berapa banyak Ahli Ibadah yang terpedaya mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi?. Dan segelintir dari mereka telah pun ditangkap Jabatan Agama Islam sejak puluhan tahun yang lalu. Malangnya kemunculan yang mengaku sebagai Imam Mahdi masih terus berlaku ke jenerasi seterusnya walau tidak berjubah dan berserban.
Aku juga antara mereka yang cuba di bodohi oleh Iblis dan Syaitan dengan menyamarkan diri sebagai orang Alim yang Berjubah putih dan Berserban seperti Taliban dalam mimpiku jam 3 pagi. Kata orang! mimpi pukul 3 pagi kebanyakannya benar, tak ada maknanya. Tipu-helah Iblis berlaku 24 jam sehari semalam untuk menyesatkan Umat Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sehingga hari Kiamat. Aku di datangi 7 orang yang berjubah putih dan Berserban putih juga hanya kopiahnya berwarna hitam. Mereka menghampiri aku dan bersalaman lalu duduk keliling aku yang bersila di tengah-tengah mereka yang duduk secara bulatan. Salah seorang menunjukkan ke arah aku sambil berkata; " INILAH IMAM MAHDI!." Aku tersadar dari tidur langsung beristighfar untuk menafikannya. Sebab aku sedar diri sendiri yang bekas pendosa! memang tak layak untuk jadi sesiapa yang mulia, lebih-lebih lagi dalam mimpi. Bahkan ada juga pernah sekali muncul secara zahir tetap aku tolak kerana mereka tidak mampu memperdayakan aku dengan sesuatu yang bukan aku kejar-kejarkan kat dunia ni. Lagipun Allah telah mengurniakan aku pandangan tembus dimana jika orang lain yang taksub nampak kemunculan penyamaran Iblis atau Syaitan akan menyakininya, sedangkan aku boleh melihat rupa asal walaupun telah menyamar sebagai Wali Allah. Namun kelebihan itu juga ada harganya! apabila penolakan dibuat maka Iblis dan Syaitan menyerang aku melalui sihir atas bantuan kuncu-kuncunya Syaitan menyakiti diri. Antara sihir yang aku pernah kena angkara Jin Kafir dan Jin Islam yang Munafiq! pernah muntah darah, hilang fikiran buat sementara waktu, lumpuh, Kencing Berdarah dan selain daripada itu sihir datang dari kalangan manusia yang berdengki khianat. Walaupun manusia yang sihir kita! bantuan datang dari Bangsa Jin juga atas suruhan manusia yang berhati setan. Pendek kata! dunia ini bukan untuk orang yang benar-benar berpegang teguh kepada jalan yang lurus semata-mata kerana Allah Azzawajalla. Apatah lagi bagi mereka yang hanya mengikut Syariat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang benar sahaja, pun akan diganggu gugat oleh Syaitan.
Mahu atau tidak! apabila kita benar-benar nak jadi Hamba Allah yang Soleh kena hadapi semua tu dengan penuh kesabaran dalam Perlindungan Allah jua. Sebab itu kebanyakan Orang Alim yang menguasai Ilmu Tauhid, Faekah dan Tasawuf! tidak semua berjaya melepaskan diri dari tipu daya Iblis yang mengusai semua Ilmu yang ada sejak zaman Nabi Adam Alaihissalam lagi. Iblis pakar Hadis, mengusai semua Kitab-kitab terdahulu seperti Taurat, Zabur, Injil dan kini Al-Quran. Berpengalaman luas dalam menyesatkan manusia terutama Para Agamawan seperti Ulama hingga menjadi Ular Dalam Semak. Jauhilah perkara-perkara khurafat seperti membina Makam yang indah-indah lalu di tabur bunga-bungaan mirip budaya Hindu dan berzikir atas kubur Para Wali untuk membesarkan mereka. Sedangkan Para Wali itu sendiri tidak dapat menyelamatkan seksa kubur di Alam Barzakh kata Imam Al-Ghazali dalam salah satu Kitab karangannya tentang kesesatan Para Wali selepas kewafatan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Fikir-fikirkanlah, Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar..../Masjid Jamek
Pengalaman saya sendiri dalam mendalami dunia spiritual dan agama menunjukkan bahawa isu ketaksuban terhadap perkara ghaib bukan sesuatu yang harus dipandang ringan. Saya pernah menyaksikan banyak individu yang nampak alim dan taat secara zahir, tetapi sebenarnya akidah mereka mulai tercemar akibat tersilap dalam memahami perkara ghaib. Kadangkala, mereka terlalu mempercayai hadis atau cerita yang tidak berasas hingga terjebak dalam syirik tanpa sedar. Dalam perjalanan ini, saya juga belajar bahawa tipu daya Iblis bukan sahaja berwujud dalam bentuk nyata, tetapi melalui halus seperti rasa riak, ujub, dan takabbur yang muncul apabila seseorang terlalu memuji pujian diri mereka atau bermegah dengan pengetahuan agama yang dimiliki. Ini sebenarnya membuka pintu kepada muslihat Iblis yang bertujuan untuk menghancurkan keimanan secara perlahan-lahan. Penting juga untuk kita memahami bahawa penglihatan dan pengalaman ghaib seseorang tidak semestinya asal dari Allah. Seperti yang diceritakan dalam artikel, iblis dan syaitan boleh menukarkan rupa menjadi wali, nabi atau imam yang ramai orang cari-cari. Saya sendiri pernah diuji dengan mimpi yang penuh teka-teki, di mana muncul tujuh orang berjubah putih dan berserban yang cuba mempengaruhi saya agar mempercayai sesuatu yang bukan dari kebenaran. Dengan izin Allah, saya dapat menolak dan beristighfar, tapi ujian tersebut mengajar saya bahawa keteguhan iman dan pengetahuan ilmiah agama sangat penting. Selain itu, saya juga percaya pentingnya kita menghindari amalan khurafat seperti mendewakan makam para wali dengan menyembah kubur atau bertawassul secara berlebihan tanpa ilmu yang jelas. Ini hanya mengundang fitnah bagi akidah kita dan memberi peluang kepada muslihat iblis bekerja. Seperti yang pernah saya alami sendiri, penentangan terhadap perkara yang benar dari sudut agama harus dilakukan dengan hikmah dan ilmu, bukan dengan ego dan emosi. Saya nasihatkan kepada mereka yang berjuang dalam jalan ilmu agama supaya sentiasa berwaspada dengan segala bentuk penipuan spritual dan jangan cepat terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan individu yang mengaku memiliki ilmu ghaib atau gelaran seperti Imam Mahdi tanpa bukti sahih. Selalu periksa kembali dalil dan nasihat serta berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah dengan benar. Kesimpulannya, muslihat iblis adalah cubaan yang berterusan untuk memecahbelahkan dan menyesatkan umat Islam dari dalam. Kunci utama untuk menghadapinya adalah dengan meningkatkan ilmu yang sahih, beramal dengan ikhlas, dan sentiasa memohon perlindungan Allah dari bisikan syaitan yang direjam. Semoga setiap dari kita sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan jalan lurus dan sentiasa berhati-hati dalam menilai sesuatu perkara terutama yang berkaitan dengan perkara ghaib.




Alhamdulillah 🤲 dapat sambutan cerpen ini. Terima Kasih Sahabat Maya atas sokongan.