JEMBALANG BAHAGIAN 2
Pernah satu ketika aku bermimpi di kejar beberapa orang yang berselubung macam Firaun, pakaiaan jubah mereka berwarna cokelat keemasan. Aku lari ketakutan, apabila mereka semakin hampir! aku terjaga dari tidur. Malangnya aku nampak salah seorang daripada mereka sedang duduk bersila di hujung bumbung dalam rumah dalam keadaan terapung. Memang menakutkan dan aku sambil menunjuk kearah lembaga tersebut tanpa dapat berkata-kata. Mak aku terus ambil penyapu dan halau benda tu walaupun dia tak nampak macam aku nampak. Selepas itu aku nampak dari luar rumah waktu malam dimana atas langit ada bebola api sedang bergerak laju. Kata orang itu tuju-tuju berupa sihir. Dan bebola api tersebut melencong dan terhempas kena sebatang pokok besar yang berdekatan rumah dan terus terbakar pokok tu. Api kuat menyala dan kami siram dengan air untuk memadamkannya.
Antara peristiwa lain pula iaitu Mak Angkat aku pulak tersampuk! nak di panjat naik pokok besar tersebut kerana katanya ada Istana yang indah kat atas. Itu yang orang dulu-dulu kata Para Dewa! tapi sebenarnya Bangsa Jin juga yang tinggal di atas tanah, air, angin dan selapis dari alam kita. Semua kejadian ini berlaku penghujung 80an, dan beca masih digunakan sebagai pengangkutan yang penting untuk jarak dekat sahaja. Sebab bas henti-henti sudah banyak untuk perjalanan jauh dan lebih murah sehingga menjejaskan rezeki penarik beca. Dan ada satu masa aku naik beca dari Kampung Morten nak ke Bandar Hilir Melaka, dan sepanjang perjalanan Penarik beca menceritakan pengalamannya hantar seorang perempuan sedang mendukung bayi kecil. Kejadian waktu malam selepas Isyak, penumpang diambil dari Kampung Jawa menuju ke Bukit Cina. Sebaik sampai di lokasi yang di inginkan, maka wanita mengatakan ingin mengambil wang dalam rumah sekejap. Lalu wanita itu meminta dukung sebentar bayinya, dan penarik beca turut sahaja tanpa syak-wasangka. Kawasan tersebut memang ada rumah kampung ketika itu dan hanya bersebelahan dengan perkuburan Islam tepi jalan. Tunggu punya tunggu sambil memerhati keliling, bayi yang didukungnya semakin lama semakin berat. Apabila penarik beca tengok! dah bertukar menjadi batu Nesan. Apa lagi katanya, dicampaknya batu Nesan tersebut dan lari lintang-pukang meninggalkan becanya sambil menjerit ketakutan. Orang kampung keluar memberi bantuan dan bertanya apa yang berlaku. Sejak kejadian itu tak berani lagi bawa penumpang malam-malam. Dan kejadian tersebut buat dia terlantar sakit selama seminggu... macam-macam perangai hantu ni kacau orang./Bukit China
Menghayati pengalaman mistik seperti yang diceritakan dalam kisah Jembalang Bahagian 2 ini memang boleh menggamit rasa ingin tahu tentang dunia ghaib yang turut dipercayai wujud di sekeliling kita. Dalam pengalaman ini, bukan sahaja berjaya menghidupkan nostalgia penghujung 80-an dengan gambaran alat pengangkutan tradisional iaitu beca, tetapi juga mengangkat cerita-cerita seram yang menimbulkan rasa ketakutan dan kekaguman. Fenomena bebola api dan penampakan entiti berselubung coklat keemasan yang disebut dalam cerita ini sangat menarik kerana ia sering dikaitkan dengan dunia jin dan makhluk halus yang dipercayai hidup satu lapisan di atas dunia manusia. Percaya atau tidak, kisah sebegini sering diwariskan turun-temurun dalam masyarakat Melayu sebagai peringatan dan penjelasan kepada perkara-perkara yang tidak dapat dijelaskan oleh akal. Kejadian penarik beca yang diduga membawa penumpang yang bukan manusia juga menguatkan kepercayaan bahawa ada makhluk lain yang boleh melintas dunia nyata. Kisah bayi yang berubah menjadi batu nisan adalah salah satu contoh dari banyak cerita rakyat yang mengingatkan kita agar sentiasa berhati-hati terutama ketika malam dan kawasan berhampiran kubur. Pengalaman Mak Angkat yang dipercayai tersampuk dan ingin memanjat pokok besar bagi melihat istana 'Para Dewa' juga membuka dimensi lain tentang kepercayaan warga lama mengenai alam jin dan dunia lain yang wujud tanpa mata kasar manusia biasa. Bagi mereka yang berminat mendalami lebih lagi cerita-cerita mistik dan sejarah tempatan, tempat seperti Bukit China merupakan lokasi yang penuh dengan sejarah dan legenda yang menarik. Sering kali, tempat-tempat warisan sebegini menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa ghaib dan menjadi salah satu titik persinggahan fenomena paranormal di Malaysia. Kesimpulannya, pengalaman ini bukan saja memberikan hiburan seram tetapi juga memperkasakan nilai sejarah dan budaya masyarakat tempatan, di mana alam ghaib merupakan sebahagian daripada identiti dan kepercayaan masyarakat. Jika anda berpeluang untuk ke Melaka, jangan lupa mengunjungi Bukit China dan bertanya kepada penduduk tempatan tentang kisah-kisah misteri yang mereka alami. Pengalaman atau cerita-cerita dari penduduk benar-benar dapat memberikan gambaran lebih hidup dan mendalam berbanding hanya membaca atau mendengar secara umum.

