GELANDANGAN BAHAGIAN 1
Pertama kali hampir jadi gelandangan akibat perbuatan anak perempuan sendiri yang semasa kecil dibawa lari bekas isteri bersama suami orang yang digilainya. Apabila telah dewasa anak perempuan ku, tiba-tiba muncul dalam hidup aku setelah mengetahui bakal mengeluarkan simpanan KWSP dari akaun kedua bila genap umur 50 Tahun. Itulah kedatangannya arahan dari Mak kesayangannya yang berperangai Syaitan. Tak menghairankan jika anak perempuan aku yang derhaka mewarisi perangai bekas isteriku yang dah kahwin cerai sebanyak 5 kali. Sedangkan aku sehingga kini menduda sebab trauma. Dan satu ketidakadilan apabila rupa-rupanya anak perempuan kandungku dah berumahtangga tanpa mencari aku menjadi Wali nikah, alasan tidak tahu. Tapi bila duit KWSP nak keluar! pandai pulak cari?. Memang bangsat kedua betina ni, baik bekas isteri mahupun anak perempuan ku yang maha derhaka.
Aku dipujuk oleh anak kandungku untuk tinggal bersama dengan alasan nak jaga makan minum ku. Sebenarnya jauh disudut hati aku tak percaya! firasat aku menyatakan ada muslihat yang tersembunyi. Tapi oleh kerana kita tidak boleh bergantung pada firasat semata-mata maka aku ikut dan berhati-hati. Anak perempuan ku tinggal di rumah batu bersama Mak dia, manakala aku ditempatkan sebelah rumah papan yang usang dan hampir nak roboh. Tapi aku tetap bersyukur pada Allah dalam suka dan duka. Tapi tak lama aku tinggal di rumah usang tersebut yang kadangkala berbagai jenis ular menjalar atas bumbung tempat aku tidur. Alhamdulillah! tak ada apa yang bahaya sebab sentiasa dalam lindungan Allah. Tak silap aku hanya bertahan selama lebih kurang 4 bulan! sebabnya... suka dia masak! dapatlah aku makan. Malas dia nak masak! maka kebulurlah aku menahan lapar. Inikah janji anak perempuan ku nak jaga makan minum dihari tua?. Belum lagi aku sakit strok! diperlakukan sedemikian rupa oleh anak derhaka dan cilaka. Sebab itu lepas Hari Raya Aidilfitri ketiga! jam 3 pagi aku keluar rumah sehelai sepinggang lari semula ke Kuala Lumpur dengan motosikal milikku.
Setiba di sana, aku nekad nak tidur bawah jambatan buat sementara waktu sebab lagi 2 bulan dah boleh keluar duit KWSP akuan 2. Tak apalah menderita sementara. Aku beristirehat di Stesen Minyak Petronas sambil merenung nasib diri yang malang. Dalam masa yang sama! aku tak henti-henti berzikir untuk tabah dengan ujian ini. Aku termenung kosong penuh kesedihan, tiba-tiba Allah bagi ilham kat aku seolah-olah kami sedang bercakap-cakap. Kata Allah dalam kotak fikiranku; PERGILAH CARI KERJA KAT KANTIN SEKOLAH DAN MINTA IZIN TUMPANG TIDUR KAT STOR BUAT SEMENTARA. Ilham yang aku dapat itu terus cari kerja di kantin sekolah sehari kemudian. Hanya semalam aku jadi gelandangan di bawah jambatan yang kebanyakannya dihuni Penagih Dadah. Aku tak takut tapi sentiasa bersiap sedia sebarang kemungkinan jika mereka menganggu aku.
Di kantin sekolah! pihak Majikan izinkan aku tumpang sebulan sementara tunggu gaji pertama untuk membayar deposit sewa bilik yang murah. Selama sebulan itulah aku tidur di atas simen yang beralaskan tikar dan berbantalkan baju bundle yang aku mampu beli untuk pemakaian harian. Allah Maha Pemurah! sebulan saja susah, kemudian dah mampu sewa bilik. Bulan kedua dah mampu beli katil dan tilam terpakai, Alhamdulillah.
Apabila dah masuk duit KWSP! hidup aku kembali normal seperti sediakala. Namun aku pergunakan sebaik mungkin duit tersebut dengan secermat yang mungkin. Dan kebetulan datang musibah penyakit Convid-19 dan selama 2 tahun langsung tak kerja kerana PKP. Mujur ada duit dari KWSP akaun kedua untuk buat perbelanjaan. Jika tidak! tak tahulah apa nasib Malang menimpa diri. Selama 2 tahun tak bekerja, duit itulah aku gunakan secermat mungkin untuk belanja makan minum dan bayar sewa bilik. Terima Kasih Allah! disebalik musibah ada Rahmat yang tersembunyi. Apapun kederhakaan anak perempuan ku sampai matipun tidak akan aku maafkan, sebab ia membabitkan perasaan. Mujur satu sen pun mereka anak beranak tak merasai duit aku akibat tipu muslihat mereka. Allah telah melindungi aku dan kepada Allah aku berserah diri. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar...
BERSAMBUNG



















