Cemas
Aku menerima panggilan daripada Hospital Swasta di Ibukota yang terkenal di rantau ini. Aku disuruh Doktor Pakar datang ke Hospital untuk berbincang sesuatu tentang keputusan X-ray yang telah di lakukan minggu lepas. Penyakit misteri ku bila berubat di Klinik atau Hospital Kerajaan! tidak dapat mengesan sebarang penyakit. Sebab itulah aku terpaksa jumpa Doktor Pakar atas nasihat kebanyakan Klinik yang pernah aku pergi. Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu sakit apa yang aku tengah alami. Yang menganggu aku sejak akhir-akhir ini hati tak sedap, maksud aku sentiasa berdebar-debar jantung ini dan tak suka duduk bersendirian di rumah. Aku suka keluar jalan-jalan dan beriktikaf di Masjid bila dah dekat nak Azan. Akibat aktiviti asyik banyak berada di luar daripada beristirehat di rumah, aku sangat keletihan. Fikiran aku pun tak henti-henti berfikir macam-macam benda yang tak bermanfaat untuk di kenangkan kisah-kisah lama. Tapi selera makan aku makin tinggi, kejap-kejap makan walau tak lapar. Selera makan tu ada saja sampai membuncit perut aku penuh dengan isi makanan.
Sebaik tiba di Hospital Swasta dan berjumpa dengan Doktor Pakar, dalam perbincangan itu Doktor Lim menunjukkan keputusan X-ray dan memberi tahu aku sihat walafiat tanpa sebarang penyakit. Tapi Doktor Pakar pun hairan kenapa kulit tubuhku pucat lesi macam orang sakit. Aku pun perasaan tiap-tiap kali tengok depan cermin dalam bilik rumah ku. Aku lihat hidung ku yang mancung ada sedikit pesek! seolah-olah bengkok sedikit dan jatuh ke dalam. Lebih aneh! bila telapak tangan aku digesek tak berbunyi seperti sebelum ini. Cuping telinga aku pun macam layu memanjangkan sikit dari kebiasaannya. Tapi bila Doktor Pakar dah kata tak ada sebarang penyakit! aku pun keluar dengan rasa Syukur pada Allah Pemilik Jiwa ini. Di luar Hospital Swasta! aku naik Teksi Terbang menuju pulang ke rumah. Ketika ini adalah Awal tahun 2049, Sambutan Menyambut Tahun Baru masih terasa lagi. Zaman ni Teknologi semakin maju! Kereta Terbang, Motorsikal Terbang mulai sibuk di ruang udara. Aku rindu zaman remaja dan zaman kanak-kanak aku yang tenang. Semakin maju sesebuah Negara dengan Teknologi terlalu canggih! ianya tak sesuai dengan jiwa aku. Semua bayaran kena gunakan sistem teknologi, dah tak jumpa lagi duit kertas atau syiling zaman ni. Agama pun semakin jauh! dah tak ada roh keislaman. Kebanyakan jenerasi tahun 2049 menganggap Islam dah tak relevan untuk di amalkan. Entahlah... aku tak mampu nak campur urusan yang bukan urusan ku sebab Jabatan Agama Islam masa kini pun dah tak mampu mengawal anak-anak muda remaja ke Mesjid.
Sampai kat rumah! aku macam biasa masuk ke bilik dan menatap cermin yang tergantung di dinding. Aku lihat diri yang semakin menua, maklumlah dah masuk usia 80 Tahun. Cuma aku tak setua jiran-jiran sebelah rumah aku yang kebanyakannya dah bertingkat bila berjalan. Dan ramai tak percaya kalau aku cakap dah masuk umur 80an, sebab nampak macam baru umur 60 tahun. Sedangkan mereka yang seusia dengan aku nampak teruk kedutan pada wajah mereka. Barangkali ada beberapa kemungkinan! kerana air wuduk atau aku tak banyak berfikir macam mereka yang banyak tanggungjawab kekeluargaan, sebab aku bujang tak laku. Aku duduk atas katil untuk beristirehat sambil berdoa agar mati dalam keadaan Islam dan beriman. Itulah amalan aku sejak masuk umur 50 tahun, sentiasa ingat mati tapi tak mati-mati sampailah dah masuk umur 80 Tahun kini. Aku baring sambil melihat atap rumah dengan pandangan kosong. Kemudian aku terlelap...
Tiba-tiba aku rasa kesejukan dimandikan dengan suara orang bercakap. Aku nak gerakkan badan tapi tak mampu. Sejuknya bukan main macam kena ais, dan terdengar mereka berkata-kata; " PELAN-PELAN BERSIHKAN JENAZAH NI! TAKUT DIA SAKIT. ORANG BARU MENINGGAL DUNIA NI, MASIH MAMPU RASA KESAKITAN CUMA TAK MAMPU BERKATA-KATA." Aku terdiam dan terkejut! aku fikir ini mungkin mimpi barangkali. Badan aku di lap dengan perlahan lalu di angkat letak ke ruang tamu. Aku di kafan kan dengan kain putih, hidung ku di sumbat dengan kapas. Semua di buat dengan cermat dan penuh hati-hati. Dah lama mimpi ni, kata hatiku. Tapi lama kelamaan aku menyedari ini bukan lagi mimpi tapi realiti yang aku dah sampai ajalku. Suka atau tidak! masa ku dah sampai ke penghujungnya dan bakal di kebumikan sebentar lagi. Jenazah ku di usung ke kawasan Perkuburan untuk di masukkan ke dalam liang lahad. Sebaik semua telah pulang! tinggallah aku dalam kubur yang gelap gelita menanti Malaikat untuk di soal jawab sekejap lagi. Berdebar-debar perasaan ini dengan pertanyaan! mampukah aku jawab semua soalan?. Sebab berada di Alam Barzakh! kita tak mampu menjawab walaupun dah hafal. Yang menjawab nanti adalah amal ibadat kita sewaktu hidup. Fikir-fikirkanlah.../Tanah Perkuburan Islam Semenyih
Pengalaman ini benar-benar membuka mata saya tentang bagaimana tubuh dan minda kita boleh memberikan isyarat yang kita mungkin tidak sedar. Setiap perubahan seperti kulit pucat, rasa tidak selesa di hati, atau perubahan fizikal kecil seperti hidung yang nampak berlainan boleh jadi petanda sesuatu yang lebih mendalam, walaupun pemeriksaan perubatan moden tidak menemui penyakit jelas. Saya pernah mengalami situasi di mana keputusan perubatan menunjukkan saya sihat, tetapi saya terasa tidak seperti biasa. Seperti apa yang dialami dalam cerita ini, rasa cemas yang berpanjangan dan fikiran yang gelisah boleh memberi kesan besar kepada kualiti hidup harian. Pada masa yang sama, perubahan fizikal seperti tangan yang tidak berbunyi bila digosok mungkin bukan sesuatu yang biasa kita perhatikan, tetapi sebenarnya amat penting untuk diperhatikan. Kisah yang terjadi pada tahun 2049 ini juga memberi gambaran tentang bagaimana kemajuan teknologi, seperti kereta dan motorsikal terbang, walaupun menakjubkan, tidak semestinya membuatkan hidup kita lebih tenang jika jiwa kita tidak terjaga. Saya setuju bahawa kemajuan teknologi perlulah diimbangi dengan nilai-nilai rohani dan keimanan supaya kehidupan lebih bermakna. Refleksi tentang kematian dan alam selepas mati yang diceritakan dalam kisah ini juga mengingatkan saya nilai penting untuk sentiasa bersedia dari segi spiritual dan mental. Memang benar, persediaan terbaik adalah dengan amal ibadat dan keimanan yang kuat, kerana itu yang akan menjawab segala soalan di alam Barzakh nanti. Sebagai orang yang beragama, pengalaman cerita ini menegaskan betapa pentingnya kita menjaga hubungan dengan Allah dan sentiasa berbuat baik. Saya juga merasakan wuduk yang kerap dilaksanakan boleh membawa keberkatan dan kelembutan pada diri. Aktiviti beriktikaf di masjid dan sentiasa berdoa adalah penguat semangat yang sangat membantu menenangkan fikiran dan jiwa. Pengalaman misteri dan perasaan cemas yang tak dapat dijelaskan secara perubatan ini sebenarnya boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Oleh itu, penting bagi kita untuk mendengar suara hati, menjaga kesihatan mental, bukan sahaja fizikal, dan jangan lupa untuk sentiasa meminta pertolongan daripada yang Maha Kuasa serta mencari ketenangan melalui agama dan komuniti yang positif. Akhir sekali, saya ingin menyarankan agar kita semua tidak mengabaikan tanda-tanda yang tubuh berikan dan jangan takut untuk mendapatkan nasihat pakar jika perlu. Namun, dalam masa yang sama, jangan lupa fakta bahawa kesihatan zahir dan batin perlu dijaga serentak agar kehidupan kita lebih bermakna dan penuh kedamaian.




