ANAK PONTIANAK
Dulu aku tak percaya adanya hantu, sehinggalah suatu masa ketika sedang memburu ke dalam hutan di tengah malam terserempak dengan Pontianak. Lembaga dengan pakaian gaun serba putih sedang duduk di atas akar kayu yang menjalar besar. Rambut panjang mengurai hingga ke paras pinggang, senyap tanpa suara. Aku teringat pesan Arwah Ayah, Pontianak berasal dari Wanita masih dara yang mati kena bunuh, roh nya tidak aman. Kalau nak kan dia jadi manusia balik, tusuk paku besar ke tengah tengkuk nya! pasti kembali menjadi manusia biasa. Walaupun aku tak percaya! tapi aku cuba. Paku memang sentiasa aku bawa bagi tujuan lain, dah jumpa ni... gunakan lah peluang yang ada sebaik mungkin.
Perlahan-lahan aku menghampiri Pontianak tersebut yang seakan-akan sedang khayal menikmati malam bulan purnama penuh. Dengan pantas aku terus tusuk paku tepat di tengah tengkuknya dan meraung kesakitan Pontianak tersebut hingga memecah kesunyian malam dalam hutan rimba. Jeritannya tidak lama, kemudian pengsan di atas tanah. Aku menghampiri Pontianak tersebut yang tertiarap pengsan, aku pusingkan badannya dan melihat raut wajah yang paling cantik pernah aku jumpa seorang bergelar wanita. Betul-betul dah jadi manusia semula, barulah aku percaya kata-kata Arwah Ayah walaupun dah terlambat. Aku keluarkan botol minuman mineral dan bagi wanita tersebut minum. Dia tak ingat apa-apa, tak tahu nama sendiri dan di mana tempat tinggalnya. Aku bawa dia pulang ke rumah, kebetulan rumah aku jauh dari jiran-jiran maka tidak sukar untuk sembunyikan perempuan ni. Setelah dimandi dan aku hulurkan pakaian ku apa yang ada untuk di pakai, dia beristirehat seperti kepenatan dan terus terlena.
Bulan-bulan seterusnya aku beli lengkap pakaian untuk di pakainya. Aku berusaha cari Agen palsukan perkahwinan kami kononnya bernikah di Thailand. Paling tinggi pun kena denda tiga ribu Ringgit sebab perkahwinan luar Negara dari Jabatan Agama Islam. Aku namakan nya dengan gelaran Nurmaya... itu yang terlintas masa nak isi borang nikah palsu tempohari. Nurmaya Binti Abdullah nama penuh untuk sebarang kemudahan di kemudian hari. Selamat 10 Tahun kami hidup bahagia hingga di kurniakan anak perempuan yang aku beri nama Zulaikha. Kecantikannya mirip Ibunya yang bagai Ratu Cantik. Orang kampung percaya yang aku bernikah dengan gadis dari Narathiwat Thailand. Sehinggalah pada satu masa ketika aku pulang dari menghantar anak perempuan ku ke sekolah... masuk dalam rumah tak jumpa Isteri ku. Puas cari kat bilik dan merata tempat dalam rumah, tak jumpa juga. Teriak namanya pun tak di jawab, bila aku masuk bilik air... terjumpa paku yang aku tusuk pada tengkuknya. Memang sah! dia dah balik asal jadi Pontianak semula. Mungkin masa dia mandi tersentuh bunjul paku yang terkeluar sedikit barangkali, dan bila di cabut maka kembali ke sifat asal. Aku tak terkejut sebab dah tahu satu masa nanti pasti akan terjadi. Yang aku pening kepala sekarang ni, nak bohong apa dengan anak perempuan ku?. Orang-orang kampung aku tak risau sangat! tapi perasaan anak perempuan ku yang nak kena jaga. Aku lekas-lekas bersihkan bilik air yang ada kesan darah dari paku yang tercabut. Setelah bersih, aku beristirehat mencari akal untuk berbohong dengan anak perempuan ku. Sehinggalah aku ketiduran banyak berfikir.
Waktu nak ambil anak perempuan ku pulang dari persekolahan, masa dalam perjalanan balik! sambil memandu aku bilang Mak nya pulang ke Thailand atas urusan kekeluargaan. Anak perempuan aku jenis tak banyak bertanya dan hanya mengangguk faham sahaja. Membesarkannya juga tak ada masalah, mata pelajaran sentiasa baik. Tak pernah timbul sebarang kerumitan, anak yang patuh pada kedua orang tua. Namun sejak kehilangan Mak nya, anak perempuan ku selalu mengadu kenampakan wanita berjubah putih dari jendela tingkapnya setiap jam 12 malam. Tidak menganggu hanya menatap sebentar lalu pergi menghilang. Aku tahu itu adalah Isteri ku yang telah kembali ke bentuk asal nya menjadi Pontianak, barangkali datang hanya untuk menjenguk keselamatan anak perempuan nya fikir ku. Satu masa nanti mungkin aku akan ceritakan hal sebenar kepada anak perempuan kesayangan ku, itupun jika keadaan mengizinkan dan terdesak. Apapun selagi masih boleh simpan rahsia tentang Ibu nya adalah Pontianak, maka itu lebih elok buatnya. Anak ku anak keturunan Pontianak.../Kubur Islam


















![Kolase empat gambar yang membandingkan pemandangan kota, termasuk bangunan tradisional dan modern, dengan pertanyaan "[ What do you think? ] Kuching lebih maju dibanding Pontianak?".](https://p16-lemon8-cross-sign.tiktokcdn-eu.com/tos-alisg-v-a3e477-sg/o8fRA7KCHzQVEgiO6PtiTekBCnAJxI2IR7UEAB~tplv-sdweummd6v-shrinkf:640:0:q50.webp?lk3s=66c60501&source=seo_middle_feed_list&x-expires=1825027200&x-signature=rgel6braLU%2BjhrhHuheoBBZwKXQ%3D)





![Sepasang kekasih mengenakan pakaian adat berpegangan tangan di dalam bangunan Tugu Khatulistiwa, dengan tulisan "What To Do In Pontianak [RECOMMEND]" di atasnya.](https://p16-lemon8-cross-sign.tiktokcdn-eu.com/tos-alisg-v-a3e477-sg/owEBArye0HqQfCvAjEDmQI9ScnZtEaFgAhA9gN~tplv-sdweummd6v-shrinkf:640:0:q50.webp?lk3s=66c60501&source=seo_middle_feed_list&x-expires=1825027200&x-signature=FcaKhRlMgZbXIvDEjW%2BXeXpjTUc%3D)














gigihnya sy membaca😂mana sambungan nya