DARI AKU YANG HAMPIR MENYERAH
Bila di kenangkan kisah-kisah lalu yang penuh duka lara! teringat kembali saat-saat hampir putus asa dalam hidup. Terputus hubungan persaudaraan gara-gara perbezaan fahaman dan keturunan, permusuhan adik beradik, putus cinta, di khianati rakan sekerja dan macam-macam lagi ujian yang datang dari berbagai arah sudah cukup hampir mencalarkan akidah ku. Bukan hanya di musuhi manusia tapi di dendami Bangsa Jin yang sakit hati penolakan ku atas bantuan mereka.
Hidup mesti ada prinsip! dan aku jenis melawan arus. Bukan mudah untuk mendekati ku walau nampak bagai ada kemesraan dalam persahabatan. Di tempat awam aku mudah tersenyum dan menyapa sesiapa sahaja dengan Salam, di rumah aku lebih menyepikan diri dan meluahkan isi hati melalui penceritaan seperti mereka cerita yang pelbagai jenis untuk meninggalkan tauladan bagi yang lain, dan dalam masa yang sama mengurangkan tekanan perasaan yang aku hadapi. Memang berkesan dan sedikit sebanyak aku mampu mempertahankan nikmat tenang yang sentiasa aku harap-harapkan. Maklumlah hidup sebatang kara di rantau orang bukan satu perkara yang mudah! tapi kehidupan harus diteruskan walau badai datang melanda.
Aku ada Allah! maka itu sahaja kekuatan aku untuk bertahan hidup. Hanya Dia sahaja tempat aku bersandar dan mengadu segala permasalahan hidup dalam sujudku. Allah Sebaik-baik Penolong dan KepadaNya aku berserah diri. Dunia tempat menumpang! Akhirat sebenar-benarnya tempat yang kekal, maka jangan terlalu tunduk pada tekanan hidup. Kalau Syaitan berusaha 24 jam untuk mencalarkan keimanan kita, maka pergunakan kelebihan Solat 5 Waktu sebagai benteng dari gangguan kuncu-kuncunya Iblis. Serangan datang berbagai arah dari Kanan dan Kiri, dari Depan dan Belakang namun hanya Atas dan Bawah Syaitan tidak mampu menggugat Iman kita jika istiqamah dalam beribadah kepada Allah Azzawajalla melalui Solat 5 Waktu. Atas itu tatkala kita berdoa Mohon Pertolongan Allah! dan Bawah dalam Sujud Mohon KeampunanNya. Manusia tidak akan mampu menolong kita sebagaimana Allah mampu menghindarkan segala permasalahan hidup jika kita sentiasa Ingat akan Dia Yang Maha Penolong. Semakin kamu hindarkan keakuan diri maka lebih besar ujian mendatang. Kita akan rasa sebenar-benarnya keseorangan bila menolak keakuan diri, dan sentiasa bersiap sedia untuk Kembali KepadaNya Pemilik Jiwa ini. Makhluk Tiada Kuasa! Allah Yang Maha Berkuasa maka kepadaNyalah aku Mohon PerlindunganNya siang dan malam. Itu sebab amat penting Bertafakur merenung diri yang kerdil ini dan Membesarkan Allah Subhanahu Wata'ala. Segala usaha kita untuk mendapatkan sesuatu hanya boleh tercapai dengan izin Allah! jangan kamu menyangka semua itu usaha kalian. Contoh... aku beli motosikal secara tunai! secara akal logik itu atas usaha kita bekerja dan menabung untuk beli motor tersebut. Tapi hakikatnya tetap hanya pinjaman! Allah Yang bagi rezeki, dari usaha kamu bekerja dan dapat gaji maka tercapailah untuk memiliki motosikal tersebut. Tapi semua itu asbab! yang Maha Mengizinkan Allah jua. Sebab itu aku tiap-tiap kali naik motor yang aku beli tunai! aku berterima kasih pada Allah sebab bagi aku pinjam motor ni untuk bergerak. Itu maknanya sedarkan diri bahawa apa yang kita ada semua Milik Allah yang kita pinjam, macam jasad juga... satu masa roh kita akan tinggalkan jasad ni. Tinggal semua harta benda yang kita ada dan hanya berbalut kain kafan sahaja ketika mati nanti. Apa yang nak kita sombong kan?, baik Raja, Dato', Ulama, Artis, Kaya dan Miskin pasti mati tanpa membawa apa-apa kecuali Amal Soleh jika mereka tidak meninggalkan Solat. Kekayaan dan Harta tidak dapat membantu tatkala berada di liang lahad, bahkan Wali Allah pun di tanya Mungkar dan Nangkir di Alam Barzakh. Mungkin dengan Allah mereka terlepas dan mudah menjawab, tapi dengan manusia walaupun dosa kecil tetap akan mendapat seksa kubur! itulah Keadilan Allah yang tidak akan berkompromi dengan sesiapa. Allah Maha Adil! bahkan seorang Islam menindas dan menganiayai orang kafir pun akan di adili dengan hukuman yang setimpal dengan dosa masing-masing. Tiada sesiapa akan terlepas dari seksa api neraka bagi yang menganiayai sesama manusia sama sedar atau tidak. Sebab itu aku mengelak dari berdosa sesama manusia kerana tidak ada sesiapa dapat menolong kecuali di Akhirat nanti mereka yang teraniaya sudi memaafkan kesalahan kita. Tapi lain dengan Allah yang Maha Pengampun! berdosalah kalian sebesar apapun, tatkala telah bertaubat dan Mohon Keampunan Allah... pasti DiampunkanNya asalkan tidak Syirik. Kerana dosa Syirik tiada keampunan dan Neraka tempat tinggal mereka yang kekal. Dalam dunia ini kamu boleh mengelak dari di hukum! tapi sebaik jenazah mu masuk ke liang lahad... seksa kubur telah bermula. Di dunia kamu mampu beri alasan dengan memutar-belitkan hukum Agama! sebaik berada di Alam Barzakh segala penyesalan tidak berguna lagi. Hati-hatilah wahai para pem-bidaah! pemutar ayat-ayat Allah, terpalit sifat Ujub, Riak dan Takabbur dari kalangan Ahli Ibadah yang menguasai Ilmu Agama tapi angkuh dengan amalan mereka. Merasa diri benar dan yakin akan masuk syurga, padahal kebanyakan neraka di huni Ahli Ibadah dan Syurga di huni oleh para pendosa yang bertaubat. Fikir-fikirkanlah.../Perkuburan Islam











































👍👍👍