MATA DUITAN
Mengenali Suzana adalah perkara yang paling aku kesalkan seumur hidup. Sifat kemanjaannya telah menjerat diri ku yang dahagakan kasih sayang seorang wanita. Awal perkenalan memang tak nampak apa-apa yang menjangkal kan. Sikap merajuk seperti keanak-anakan apabila sesuatu yang di kehendakinya tidak tertunai. Mula-mula memang tak perasan! lama kelamaan aku mula menyedari bahawa Suzana berkawan dengan aku semata-mata nak mengikis kewangan ku. Semakin hari semakin besar kehendaknya terpaksa aku tunaikan, dan pada akhirnya aku mulai bosan dengan sikapnya yang memaksa secara halus. Setahun perkenalan sudah cukup menjahanamkan sumber simpanan kewangan ku. Rasa sayangku semakin berkurangan kerana sikapnya yang terlalu mendesak. Aku ambil masa yang lama untuk buat keputusan berpisah dengannya, sebab ia membabitkan perasaan ku yang tak banyak sikit pun dah terlalu menyayanginya. Diam tak diam tahu-tahu hampir seratus ribu Ringgit nggit aku dah terpakai ikut kehendaknya. Aku memang bujang tua tapi tak bodoh, cuma terpedaya dengan kemanjaannya.
Setelah berfikir panjang dan buat keputusan muktamad untuk berpisah, aku bertemu dengannya secara bersemuka bagi menamatkan hubungan ini. Suzana tidak menunjukkan reaksi terkejut, malahan mengugut aku harus beri ganti rugi berjumlah Lima Puluh Ribu Ringgit jika tidak mahu hubungan seks kami tersebar luas. Padahal aku dapat dia pun second-hand, tapi itulah! bila tunduk pada nafsu maka inilah balasannya. Aku tak teragak-agak menolak permintaannya, terpulang dia nak buat apa. Sebab perempuan macam Suzana tu! bila duit dah habis pakai, pasti dia akan ugut aku lagi minta duit kerugian kononnya. Sebenarnya aku mampu aje nak tunaikan permintaan dia, cuma..
bila di fikirkan balik! tanggung sajalah semua tu. Sebab aku memang dah lakukan maksiat, dah berdosa pun. Nak malu apa sesama manusia! sedangkan dengan Allah kita tak tahu malu. Lagipun aku dah campur aduk kebaikan dengan Kebatilan dalam masa yang sama. Aku kaki Meski, semua kenal kebaikan aku yang gemar Berjemaah. Cuma mereka tak tahu kejahatan aku yang tersembunyi, tapi Allah tahu semua aib ku! cuma Allah tutup aib ku serapat-rapatnya. Dah tiba masanya hadap semua kejahatan aku tu dengan berlapang dada, andai Suzana berkeras untuk terus mengugut aku.
Selama tiga bulan aku menunggu ancaman dari Suzana! tapi tak ada apa-apa yang berlaku. Alhamdulillah... Allah tutup aib aku lagi sekali. Dan suatu masa tu aku terserempak dari jauh Suzana dengan Lelaki lain. Ini berita baik buat aku sebab, selagi ada lelaki yang menjadi mangsa barunya! aku telah terlepas dari musibahnya. Dan aku rebut peluang ini untuk membetulkan diri dengan bertaubat Nasuha dan berazam tidak ingin melakukan maksiat lagi. Aku dah terlepas diri dari dipermalu kan atas kehendak Allah jua, sudah tentu amat rugi jika aku mengulangi dosa-dosa tersebut.
Doaku dalam sujud terakhir; " YA ALLAH! JANGAN ENGKAU MURKA ATAS DOSA-DOSA KU, DAN JANGAN ENGKAU BIARKAN AKU SESAT SETELAH BERIMAN. AMPUNI DOSAKU YA ALLAH DAN BIMBINGLAH AKU KEJALAN YANG LURUS." sambil menangis sebab Allah banyak tutup aib ku, cuma aku saja yang kurang bersyukur selama berbuat maksiat. Makhluk Tiada Kuasa! Allah Maha Berkuasa maka kepadaNyalah aku Mohon KeampunanNya.





























Jika ianya kisah benar,. bersyukur lah kerana diberikan peluang untuk bertaubat sebelum nyawa diambil..teruslah istiqomah..doakan kita semua sentiasa didalam lindungan dan kasih sayang Allah.. insyaallah.