APAKAH TANDA-TANDA KEMATIAN YANG BAIK?

Allah SWT menjadikan kehidupan dan kematian untuk menguji manusia siapakah dalam kalangan mereka yang paling baik amalannya, sepertimana Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Maksudnya: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)

(Surah al-Mulk: 2)

Terdapat banyak hadith ada menyebutkan tentang tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah. Terlebih dahulu, antara syarat paling penting bagi seseorang itu mendapat husnul khatimah ialah mati dalam keadaan menganut agama Islam, beriman kepada Allah SWT dan melafazkan syahadah sebelum dia meninggalkan dunia. Ini kerana Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang melakukan syirik kepadaNya, firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّـهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

(Surah al-Nisa’: 48)

Justeru, antara tanda-tanda husnul khatimah ialah sesiapa yang sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ

Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga.

Hadith riwayat Abu Daud: (3316)

Selain itu, terdapat tanda-tanda lain bagi kematian yang baik (husnul khatimah) terbahagi kepada dari sudut masa, tempat dan keadaan. Antaranya ialah:

Mati pada hari atau malam Jumaat. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn ‘Amru, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِن مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الجُمْعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الجُمْعَةِ إِلَّا وَقَّاه اللهُ فِتْنَةَ القَبْرِ

Maksudnya: Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur.

Hadith riwayat al-Tirmidzi: (1074)

Mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Ini berdasarkan hadith yang telah disebutkan di atas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ

Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga.

Hadith riwayat Abu Daud: (3116)

Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَوْتُ المُؤْمِنِ بِعَرْقِ الجَبِينِ

Maksudnya: Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya.

Hadith riwayat al-Tirmidzi: (982)

Dia diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT beramal soleh sebelum dia meninggal dunia. Di dalam satu hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ

Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya.

Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142)

Dia berasa gembira dan senang hati untuk bertemu dengan Allah SWT. Di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ

Maksudnya: Barangsiapa gembira bertemu dengan Allah, maka Allah gembira bertemu dengannya. Dan barangsiapa merasa berat bertemu dengan Allah, maka Allah juga merasa berat untuk bertemu dengannya.

Hadith riwayat Muslim: (2685)

Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut.

وَمَنْ مَاتَ فِي الْبَطْنِ فَهُوَ شَهِيْدٌ

Maksudnya: Barangsiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid.

Hadith riwayat Muslim: (1915)

Meninggal dunia dalam keadaan mati lemas, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT.

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya: Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal karena penyakit tha’un, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah.

Hadith riwayat al-Bukhari: (652)

Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak.

قَتْلُ الْمُسْلِمِ شَهَادَةٌ وَالطَّاعُونُ شَهَادَةٌ وَالْبَطْنُ وَالْغَرَقُ وَالْمَرْأَةُ يَقْتُلُهَا وَلَدُهَا جَمْعَاءَ

Maksudnya: Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian karena sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid.

Hadith riwayat Ibn Kathir: (5869)

Meninggal dunia kerana mempertahanakan harta dan maruah dirinya.

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ” أَرَأَيْتَ إِنْ جَاءَ رَجُلٌ يُرِيدُ أَخْذَ مَالِي قَالَ : فَلَا تُعْطِهِ مَالَكَ قَالَ : أَرَأَيْتَ إِنْ قَاتَلَنِي قَالَ : قَاتِلْهُ قَالَ : أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلَنِي قَالَ : فَأَنْتَ شَهِيدٌ قَالَ : أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلْتُهُ قَالَ : هُوَ فِي النَّارِ

Maksudnya: Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kalau ada seseorang yang hendak mengambil hartaku?” Baginda SAW bersabda, “Jangan engkau berikan hartamu!”. “Bagaimana kalau dia melawanku?”. Baginda SAW bersabda; “Lawanlah dia!”. “Bagaimana kalau dia membunuhku?” Baginda SAW bersabda; “Engkau syahid”. “Bagaimana kalau aku yang membunuhnya?” Baginda SAW bersabda: “Dia di neraka!”

Hadith riwayat Muslim: (140)

Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.

مَنْ قَالَ : لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ ، خُتِمَ لَهُ بهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بهَا ، دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ تَصَدَّقَ بصَدَقَةٍ ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بهَا ، دَخَلَ الْجَنَّةَ “

Maksudnya: Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredhaan dia Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.”

Hadith riwayat Ahmad: (23372)

Berikut adalah antara tanda-tanda kematian yang baik (husnul khatimah) yang terdapat dalam hadith-hadith Nabi SAW. Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT supaya kita dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan ditempatkan di sisi Rasulullah SAW serta dalam kalangan orang yang soleh.

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة

Maksudnya: Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.

Amin. WaAllahu a’lam.

2025/9/17 Diedit kepada

... Baca lagiSelain daripada tanda-tanda kematian yang baik seperti yang disebutkan, saya ingin berkongsi pengalaman peribadi yang saya dapati sangat menyentuh hati dan memantapkan keimanan. Saya pernah menghadiri satu majlis tahlil dan sesi perkongsian ilmu yang menjelaskan terdapat tanda-tanda halus yang boleh menunjukkan seseorang itu hampir meninggal dunia, antaranya termasuk perubahan tingkah laku, rasa tenang yang luar biasa, dan keinginan yang kuat untuk beribadah. Dalam konteks masa meninggal dunia, selain mati pada hari atau malam Jumaat yang digambarkan Rasulullah SAW mendapat perlindungan daripada fitnah kubur, ada juga perbincangan tentang meninggal dunia pada hari minggu. Walaupun Al-Quran dan hadis tidak secara khusus menyebut tentang hari minggu, namun penting untuk kita sentiasa memperbaiki amal, berdoa supaya dipermudahkan kematian yang baik bila-bila masa sahaja. Tanda-tanda orang akan meninggal dunia dalam masa seminggu juga menjadi perhatian ramai. Selain fizikal yang menunjukkan penurunan kesihatan seperti kelemahan, kurang selera makan, tanda-tanda rohani seperti keikhlasan menerima ketentuan Allah dan mengucap dua kalimah syahadah menjadi penunjuk penting. Ini menegaskan bahawa persediaan mental dan rohani sangat penting untuk menghadapi kematian dengan husnul khatimah. Pengalaman saya sendiri, berdoa memohon husnul khatimah bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk keluarga dan orang yang kita sayangi. Sentiasa berzikir, beristighfar dan melakukan amal soleh akan mendekatkan kita dengan rahmat Allah SWT, serta dijamin kematian yang baik. Akhir sekali, saya ingin tekankan bahawa setiap tanda ini sepatutnya menjadi motivasi kepada kita untuk mengintrospeksi diri dan meningkatkan amal kebajikan. Semoga kita semua beroleh kesempatan untuk mati dalam keadaan husnul khatimah serta ditempatkan bersama orang-orang soleh di akhirat kelak.

14 komen

Imej syakilla
syakilla

mungkin beliau dah nmpak kebahagiaan sampai dia x sabar minta untuk pulang secepat mungkin,

Lihat lagi(1)
Imej Sham Rwg
Sham Rwg

kematian yg dicemburui.....Subhnallah.

Lihat lebih banyak komen

Siaran berkaitan

Tanda2 meninggal nak dekat
Semoga dengan amalan ini, kita diberikan kematian yang baik2 🤲
Queen_Hma 💕

Queen_Hma 💕

249 suka

Gambar menunjukkan tajuk 'Tanda-tanda 100 HARI MENUJU AJAL' oleh Aryssa_02 di atas latar belakang tanah berpasir dengan kehijauan dan tangan memegang bunga daisy.
Teks menerangkan tanda-tanda kematian dari perspektif Islam, termasuk perubahan fizikal seperti kurang selera makan, tenaga menurun, tidur tidak teratur, dan sakit badan. Oleh Aryssa_02.
Teks menyenaraikan perubahan mental dan emosi seperti banyak berfikir tentang mati, menarik diri dari dunia, serta tanda spiritual seperti kecenderungan berzikir dan persiapan akhirat. Oleh Aryssa_02.
Tanda kematian Yang Ramai Tak Tau✨
Assalamualaikum, hi lemon8🍋... #JujurDiLemon8 Sis dah share post pasal nie semalam tapi tak tau kenapa post tersebut melanggar garis panduan komuniti... Disebabkan #TakRamaiTahu pasal nie..Jadi sis share balik post tersebut tapi sis tukar gambar..mgkin semalam gambar tak sesuai kot untuk
Nur Aryssa

Nur Aryssa

161 suka

Gambar sampul dengan judul "IRT 45++ Menyaksikan 13 TANDA2 ORANG MAU MENINGGAL" di atas latar belakang orang-orang di lingkungan medis, dengan emoji sedih.
Teks tentang kematian dalam Islam dan tanda pertama orang akan meninggal: tubuh menggigil 100 hari sebelum kematian, dengan latar belakang koridor rumah sakit.
Teks tentang tanda kedua orang akan meninggal: pusar perut berdenyut kencang 40 hari sebelum kematian, dengan latar belakang ruangan.
✅ 13 TANDA2 ORANG MAU MENINGGAL 😢IRT Saksikan‼️
#KeseharianKu Hello Lemonade🥰 Hari ini #kenanganmanis adalah Hari Kamis yang dulu aku pernah menyaksikan waktu Almarhum Anakku Tiada dan juga Kedua Orang Tuaku Sblm 40 hari Beliau meninggalkan aku😭 #JujurAja Semua itu aku pernah saksikan seakan aku belum siap utk ditinggalkan😢. Namun In
Evie Anggelina

Evie Anggelina

969 suka

Imej menunjukkan tangan memegang tasbih di atas kain putih dengan latar belakang sejadah. Teks utama berbunyi "10 Tanda Kematian Yang Selalu Disebut Ulama" dan arahan "SWIPE".
Imej menyenaraikan lima tanda awal kematian: badan lemah, penglihatan kabur, pendengaran berkurang, mulut dan lidah kaku, serta nafas berat dan tidak teratur, dengan penjelasan ringkas bagi setiap satu.
Imej menyenaraikan lima tanda kematian seterusnya: tangan dan kaki sejuk, hilang selera makan, tidur lebih lama, fikiran dan ingatan lemah, serta lidah banyak menyebut nama Allah, dengan penjelasan ringkas.
Kalau Ajal Dekat 10 Tanda Ni Disebut Ulama 🙏🏻
Kematian adalah sesuatu yang pasti, tak kira tua ataupun muda. Dalam Islam, ulama sering mengajar kita tentang tanda-tanda dekatnya ajal bukan untuk menakutkan, tetapi untuk mengingatkan kita agar segera bertaubat dan memperbanyak amal. Jom kita telusuri 10 tanda yang sering disebut, agar kita l
Huda Amran

Huda Amran

44 suka

Gambar ini menampilkan judul '11 Tanda Menjelang Kematian' dengan ikon-ikon yang menggambarkan 6 tanda medis dan 5 tanda spiritual mendekati kematian, serta tulisan 'diam-diam tubuh sedang berpamitan'.
Menjelaskan 3 dari 6 tanda medis mendekati kematian: nafsu makan & minum menurun drastis, tidur semakin lama & sulit dibangunkan, serta pola napas tidak teratur. Dicatat bahwa ini tidak selalu berarti kematian.
Melanjutkan 3 tanda medis mendekati kematian: tangan & kaki dingin/pucat, kesadaran menurun/linglung, dan produksi urine sangat sedikit. Ini disebabkan oleh fokus aliran darah ke organ vital dan kegagalan ginjal.
11 TANDA MENJELANG KEMATIAN
hi Lemonades 👋🏻 Aku sering denger cerita orang yang mau 'berpamitan' itu biasanya suka melihat orang yang sudah meninggal atau bahkan 'tamu' yang tidak kita lihat. Bahkan saat salah satu kerabat ku waktu itu sudah kasi tanda mau 'pamitan', aku melihat beliau dalam kondis
anaquarian91

anaquarian91

243 suka

Seorang wanita berhijab cokelat dan setelan jas, berdiri di depan jet pribadi dengan koper, menampilkan judul "7 Tanda Orang Cerdas Dilihat dari Gaya Hidupnya" dengan panah "SWIPE".
Seorang wanita berhijab hitam tersenyum, dengan teks "1. Memiliki Rasa Ingin Tahu yang Tinggi" dan deskripsi tentang orang cerdas yang suka membaca dan mencari informasi baru.
Seorang wanita berhijab cokelat kemerahan dengan ekspresi berpikir, menampilkan teks "2. Menghargai Waktu Sendiri (Solitude)" dan penjelasan tentang pentingnya waktu sendiri bagi orang cerdas.
7 TANDA ORANG CERDAS
Kecerdasan bukan hanya tentang apa yang Anda ketahui, tetapi tentang bagaimana Anda bertindak dan bereaksi terhadap dunia di sekitar Anda. Apakah Anda melihat salah satu ciri di atas dalam diri Anda? #Hello2026 #PengalamanKu #ViralTerbaru #TipsLemon8 #SetujuGak
Erni Dwi Jaya

Erni Dwi Jaya

165 suka

semoga kematian kita husnul khotimah..aamiin
grenco86

grenco86

68 suka

waktu terasa dekat apakah tanda akhir zaman
$ #HelloLemon8 terasa g sih dari b2rpa tahun yg lalu smpai detik ini wktu itu terasa cepat hari ke hari,minggu ke minggu , bulan ke bulan dan tahun ke tahun,,,apakah ini ciri akhir zaman . . yu simakk sampai akhir #2025LebihKuat #HarusGimana #SharingDongBund #ApaKabarDunia @Lemon8IDcon
V33vfitri

V33vfitri

24 suka

Gambar menunjukkan jenazah yang ditutup kain putih di atas sejadah, dengan tajuk "5 Tanda Kematian Sudah Hampir Kata Ulama..".
Seorang lelaki tua berjubah putih dan berkopiah sedang berdoa, menunjukkan tanda pertama kematian iaitu usia 60-70 tahun seperti hadis Nabi.
Sejadah di atas lantai gelap, menggambarkan tanda kedua kematian iaitu tenaga yang mulai lemah dan tidak mampu melakukan kerja berat.
Tanda Kita Perlu Bersedia 😔
Hi guys 👋 Ramai yang leka rasa hidup ni panjang lagi. Tapi sebenarnya, ulama dah sebut ada tanda-tanda bila ajal makin hampir dengan kita. Bukan nak takutkan, tapi nak sedarkan supaya kita ready awal. Tanda bukan penentuan, peringatan bukan ramalan. Ajal tetap milik Allah. #IslamAjar
Izzatie Jahira

Izzatie Jahira

1927 suka

Seorang lelaki kelihatan sedih dan murung duduk di sofa dalam bilik yang suram, dengan langit mendung di luar tingkap. Teks "TANDA-TANDA SUAMI BELUM DEWASA" terpapar di hadapan, menggambarkan isu yang dibincangkan dalam artikel.
Tanda-tanda suami belum dewasa
#AnonymousStory Perkahwinan menuntut bukan sahaja cinta dan kesetiaan, tetapi juga kematangan emosi, tanggungjawab dan komunikasi yang sihat. Malangnya, ada suami yang secara fizikal sudah dewasa tetapi secara emosi dan mental masih belum matang. Ini boleh membawa tekanan kepada isteri dan kelua
Ethereal_serendipity

Ethereal_serendipity

505 suka

Infografik "AUTISM EARLY SIGNS" menunjukkan pelbagai tanda awal autisme pada kanak-kanak, termasuk masalah komunikasi, histeria, suka bermain sendirian, sensitif bunyi bising, berjalan berjengket, mengelak pandangan mata, mengabaikan bahaya, lewat perkembangan pertuturan, dan tidak suka disentuh.
Autism "Apakah tanda-tanda dan puncanya??"
#Lemon8MomsClub Autisme (Autism Spectrum Disorder, ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi komunikasi, interaksi sosial, dan tingkah laku. Tanda-tanda biasanya muncul sebelum umur 3 tahun, antaranya: 1. Bahasa & Komunikasi 🔸Lambat bercakap atau tidak bercakap langsung.
Supermama Superwife 💪

Supermama Superwife 💪

66 suka

Gambar menunjukkan jenazah terbungkus kain kafan di dalam liang lahat, dengan judul "5 Jenis Kematian Yang Buat Malaikat Tersenyum 'MENYAMBUTMU'".
Gambar menampilkan pemandangan dari dalam liang lahat ke langit biru, dengan teks "1. Mati Syahid di Jalan Allah" menjelaskan kematian syahid.
Gambar menampilkan pemandangan dari dalam liang lahat ke langit biru, dengan teks "2. Mati Kerana Sakit Dalam / Perut" menjelaskan kematian karena sakit.
5 Kematian Yang Buat Malaikat Tersenyum‼️🕊️✨
hai lemonade 🍋 🌿 Kesimpulannya : Bukan cara kita mati yang penting, tapi bagaimana kita hidup sebelum mati. Semoga Allah jadikan kita dalam golongan yang mati dengan iman, dan hidup semula dalam rahmat-Nya. Semoga dikurniakan Husnul Khotimah buat kita semua🥹🤲🏻 #PerasaanKu #AkuPernah
Putri Hariyanti🌻𐙚

Putri Hariyanti🌻𐙚

304 suka

⚠️ SAAT TANDA ITU MULAI MUNCUL… AJAL TAK LAGI JAUH
⚠️ SAAT TANDA ITU MULAI MUNCUL… AJAL TAK LAGI JAUH ⚠️ Zainab Alkaff 🕯️ TANDA & CIRI-CIRI YANG SERING DIRASAKAN MENJELANG AKHIR HIDUP ✦ Hati terasa lebih mudah tersentuh, takut tanpa sebab yang jelas ✦ Dunia terasa hambar, tidak lagi menarik seperti dulu ✦ Nafsu makan berubah, tubuh t
NASHARAFESSHA

NASHARAFESSHA

17 suka

Imej ini memaparkan tajuk 'Perjalanan Roh Ke Alam Barzakh' dengan perbandingan antara roh 'Husnul Khotimah' (baik) dan 'Suul Khotimah' (jahat). Teks di atas menerangkan permulaan perjalanan roh yang baik selepas kematian, dibawa malaikat maut ke langit ketujuh.
Imej ini menerangkan perjalanan roh 'Husnul Khotimah' (baik), di mana roh dibawa mengadap Allah, dibekalkan buku amalan, dan kembali ke bumi untuk melihat pengebumian. Amalan baik akan menemani roh di alam barzakh.
Imej ini menyambung penerangan tentang roh 'Husnul Khotimah' (baik) di alam barzakh. Roh-roh baik akan bertemu semula dengan ahli keluarga, jiran, dan sahabat, bertanya khabar sementara menunggu hari kiamat.
Perjalanan Roh Selepas Kematian. 😌
Alam barzakh tempat kita menunggu sebelum bermulanya akhirat. Amalan dan bekalan ibadah secukupnya untuk di bawa ke sana. Di mana letaknya kita di sana nanti? Semoga segala amalan kita diberkati dan tergolong dalam golongan husnul khotimah. 🤲🏻 #RamadanBermakna #fyplemon8
holalolalo 🌸

holalolalo 🌸

7 suka

Gambar menampilkan Al-Qur'an berwarna merah muda, tasbih berbentuk hati, dan tangan memegang tasbih digital. Teks overlay bertuliskan '6 Tanda HATIMU KOTOR dalam Islam', mencerminkan topik pembersihan hati dalam ajaran Islam.
6 Tanda HATIMU SUDAH KOTOR!!
Dalam ajaran Islam, hati adalah pusat keimanan dan sumber amal. Kalau hati kotor (qalbun maridh / qalbun mayyit), maka pikiran dan perbuatan juga ikut rusak. Rasulullah ﷺ bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Jika i
Agniya 💗✨

Agniya 💗✨

273 suka

Gambar kolase menunjukkan buku, tablet dengan kartun, brokoli, dan kerajinan pizza kardus, dengan judul 'CIRI ORANG IQ TINGGI DILIHAT DARI BARANG DIRUMAH IRT MILENIAL 30+'.
Tangan memegang brokoli, dengan teks yang menjelaskan bahwa IQ tinggi bisa dilihat dari barang di rumah, bukan hanya tes IQ.
Tumpukan buku dengan cangkir teh di atasnya, menunjukkan banyak buku self-improvement, keuangan, dan parenting sebagai tanda suka belajar dan berpikiran terbuka.
Tanda IQ tinggi pada seseorang bisa dilihat dari sini lho.. Coba check deh !!
Assalamualaikum lemoners.. Aku IRT Milenial yang suka masak dan berkebun.. Aku mau bahas nihh. Cara lihat IQ tinggi pada seseorang dilihat dari beberapa barang di rumahnya.. Jadi gak cuma lewat tes IQ aja ya.. Meski gak 100 persen tau, tapi beberapa hal ini sering dilakukan oleh orang dengan I
Rindarviana 🌿

Rindarviana 🌿

213 suka

Gambar menunjukkan seorang wanita berhijab menaiki tangga kayu dengan dinding berhias foto. Teks utama berbunyi "Waspada!!! Inilah Tanda Orang Hatinya Mati", mengindikasikan topik pembahasan tentang tanda-tanda hati yang mati.
Gambar menampilkan teks "Sibuk Dengan Aib Orang Lain" sebagai salah satu tanda hati yang mati, menjelaskan bahwa orang tersebut lebih fokus mencari kesalahan orang lain daripada introspeksi diri, disertai kutipan dari Abu Hatim.
Gambar berisi teks "Tidak Lagi Tersentuh Ayat Allah", menjelaskan bahwa hati yang mati tidak merasakan getaran saat mendengar atau membaca ayat-ayat Allah, dan mengutip Q.S. Az-Zumar: 22.
GEN Z 25+ TANDA ORANG YANG HATINYA MATI🥲
haiii lemonade🥰 Hati adalah pusat kehidupan ruhani manusia. Ketika hati sehat, ia memancarkan kebaikan, ketenangan, dan ketaatan. Namun, jika hati rusak atau bahkan mati, seseorang akan sulit membedakan antara yang baik dan buruk. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Ras
yuvi

yuvi

72 suka

Seorang wanita bertudung hitam berdiri di hadapan bangunan masjid yang dihiasi kaligrafi, dengan teks "TANDA ALLAH SAYANG / RINDU" dalam awan merah jambu di tengah gambar.
Seorang wanita bertudung hitam berdiri di hadapan masjid, dengan teks "TANDA ALLAH SAYANG" dan senarai 1-Hati rasa nak dekat dengan Allah, 2-Diuji tapi masih mampu bertahan, 3-Selalu diingatkan tentang kematian & akhirat, dan Mudah rasa bersalah bila buat dosa.
Seorang wanita bertudung hitam berdiri di hadapan masjid, dengan teks "TANDA ALLAH RINDU" dan senarai Dijauhkan dari maksiat sedikit demi sedikit, Rasa tenang bila ingat Allah, Diuji supaya kembali ingat Dia, dan Rasa ingin berubah jadi lebih baik.
Tanda-Tanda Allah Itu Sayang/ Rindu Kepada HambaNya
heyyo good pepols🦋 Post 1 | Tanda-Tanda Allah Itu Sayang Dan Rindu Terhadap HambaNya Malam ni Aida nak share tanda Allah Itu seeing rindu dan sayang Kepada hambaNya.. kita kena selalu beringat taw, dunia ni tempat ujian.. jangan rasa iri kepada rezeki orang lain.. #JujurDiLemon8 Aida juga
Aida

Aida

34 suka

Gambar menampilkan judul "Hati-hati!! 9 tanda hati mulai mati" dengan teks merah di latar belakang kotak-kotak kuning dan abu-abu, serta logo Lemon8.
Gambar menunjukkan sajadah di lantai dengan pemandangan minaret dan kota melalui pintu. Teks kuning mencantumkan tiga tanda hati mulai mati: berani meninggalkan salat, tenang saat berdosa besar, dan menjauhi Al-Quran.
Gambar menampilkan sajadah dengan latar belakang minaret dan pemandangan kota. Teks kuning memuat tiga tanda hati mulai mati: terus berbuat maksiat, sibuk mengumpat/fitnah, dan membenci nasihat baik/ulama.
Hati-hati!! 9 Tanda Hati Yang Mulai Mati ✅
Hi sahabat lemoners 🍋 Jangan dianggap remeh, 9 tanda ini harus dihindari jika tidak ingin hatimu mati, cek ya 👇 1. Berani meninggalkan solat. 2. Tenang tanpa merasa berdosa padahal sedang melakukan dosa besar. 3. Tidak tersentuh hatinya bahkan menjauhi ayat-ayat al-Quran. 4. Terus menerus b
euwis🍂

euwis🍂

76 suka

Gambar kuburan yang ditaburi bunga dengan nisan kecil, menampilkan teks besar "7 Tanda orang Meninggal Husnul Khatimah" di bagian atas.
Tangan seseorang mengenakan mukena renda putih di atas sajadah merah muda, dengan teks "7 Tanda Orang Meninggal Husnul Khatimah" dan dalil dari HR. Muslim.
Latar belakang merah muda dengan dua poin tanda Husnul Khatimah: mengucap syahadat dan wafat di hari atau malam Jumat, disertai dalil Hadits.
7 Tanda orang meninggal Husnul khatimah
hallo sahabat lemoners @Lemon8_ID “Setiap hari kita sibuk mengejar dunia… tapi lupa bahwa akhir hidup kita cuma dua: Husnul atau Su’ul Khatimah. Semoga ketika tiba giliran kita, Allah tutup hidup kita dengan sebaik-baik akhir.” “Semoga Allah menutup hidup kita dengan Husnul Khatimah. Aam
a͓̽m͓̽o͓̽y͓̽ i͓̽m͓̽u͓̽t͓̽

a͓̽m͓̽o͓̽y͓̽ i͓̽m͓̽u͓̽t͓̽

693 suka

Apakah mental kamu sedang tidak baik?💗✨
ini tanda umum kamu punya Mental block mental block adalah kondisi ketika otak terasa " macet "😵‍💫 sehingga kita sulit untuk berfikir jernih, berkreasi, atau membuat keputusan🧐 Cara Sederhana Mengatasinya💕 ​Istirahat Sejenak😴 Menjauh dari meja kerja selama 15–20 menit bisa membantu
Dins🎀

Dins🎀

15 suka

Gambar menunjukkan sekelompok orang, sebagian besar wanita berhijab, berkumpul di area semi-terbuka. Terdapat teks besar "WAJIB TAU TANDA ALAM Akan Ada Orang Meninggal" di atasnya, dengan logo Lemon8 di pojok kiri bawah.
TANDA ALAM ! Akan Ada Orang Meninggal
#RamadhanGuide peristiwa kematian bagi kita adalah pengingat bahwa semua makhluk yg ada di bumi ini akan ada akhirnya.Tapi pernah ngga sih kalian ngerasain tanda2 kalo ada orang yg mau meninggal?? Nah penjelasan di slide kedua itu yg aku rasain sendiri & orang2 di sekitarku rasakan.Itu yg mem
Selvi

Selvi

297 suka

Apakah Kuburan Boleh di Keramik???
Halo Lemoners 🍋 Ternyata dalam Islam, kuburan dianjurkan sederhana dan tidak berlebihan. Banyak yang masih belum tahu kalau ada hadis tentang larangan membangun makam secara bermegah-megahan. Yang paling penting bukan mewahnya makam, tapi doa dan amal yang terus mengalir untuk almarhum/almarhumah
LISA

LISA

18 suka

Dari 21% Bukan Kematian yg di takutkan
Menurut Hasil Survei, 21% hal ini yg di takutkan, melebihi rasa takut akan kematian. #publikspeaking #CeritaLebaran #TipsLemon8 #PengalamanKu #bangunmentalmu
KANDA PATIH1

KANDA PATIH1

28 suka

Lihat lagi