Wanita Bujang Siapa Bayar Zakat?

SIAPAKAH YANG WAJIB MEMBAYARKAN ZAKAT FITRAH BAGI PEREMPUAN DEWASA YANG BERKERJAYA DAN BELUM BERKAHWIN

Soalan yang sering tertanya bagi seorang wanita yang berkerjaya, belum berkahwin dan masih tinggal bersama kedua ibu bapa di kampung. Siapakah yang bertanggungjawab sebenarnya untuk membayar zakat fitrah bagi wanita bujang itu?

Ringkasannya,

Bagi seorang perempuan yang belum berkahwin, jika telah baligh dan berkemampuan, wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri. Sekiranya zakat fitrah tersebut dibayar oleh bapanya, ia hendaklah dilakukan dengan izin atau persetujuan terlebih dahulu daripada anaknya.

Huraiannya;

Zakat fitrah diwajibkan kepada seseorang beragama Islam, merdeka dan memiliki lebihan makanan untuk dirinya dan keluarganya pada waktu malam hari raya dan keesokannya[1]. Menurut ulama mazhab Syafi’i, mereka yang diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah adalah bertanggungjawab untuk membayar zakat bagi individu yang berada di bawah tanggungan nafkahnya. Ini berasaskan kaedah yang disebutkan oleh ulama mazhab Syafi’i:

ومنْ ‌لزمتهُ ‌فطرتُهُ ‌لزمتهُ فطرةُ كلِّ منْ تلزمُهُ ‌نفقتهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang diwajibkan membayar zakat fitrah, maka diwajibkan juga untuk membayar zakat fitrah untuk setiap individu yang wajib diberi nafkah (di bawah tanggungannya)[2].”

Seseorang bapa diwajibkan untuk menanggung keluarganya berdasarkan 3 syarat yang utama iaitu:

*Faqir dan kenak-kanak.

*Kanak-kanak dan tidak berkemampuan.

*Faqir dan gila.

Oleh itu, anak-anak yang telah dewasa, berkemampuan dan mempunyai pendapatan sendiri tidak diwajibkan untuk menerima nafkah daripada bapanya, kecuali jika anak tersebut sedang menuntut ilmu dan tidak mempunyai masa untuk bekerja bagi menyara dirinya. Dalam keadaan tersebut, wajib bagi bapanya untuk menanggung keperluan anak tersebut.

Berdasarkan penjelasan di atas seorang wanita yang mempunyai kemampuan dan memiliki pendapatan sendiri, bapanya tidak wajib membayar zakat fitrah untuk anaknya. Dalam hal ini Imam Ibn Qasim al-Abbadi berkata:

لَا تَجِبُ عَلَى الْأَبِ فِطْرَةُ وَلَدٍ لَهُ مَلَكَ قُوتَ يَوْمِ الْعِيدِ وَلَيْلَتِهِ فَقَطْ أَوْ قَدَرَ عَلَى كَسْبِهِ وَلَوْ صَغِيرًا لِسُقُوطِ نَفَقَتِهِ عَنْهُ

Maksudnya: “Tidak wajib bagi seorang bapa untuk membayar zakat fitrah untuk anaknya yang mempunyai makanan asasi yang mencukupi untuk siang hari raya dan malamnya sahaja atau dia mampu untuk mencari sumber pendapatan sendiri walaupun masih kecil kerana situasi itu menyebabkan terputusnya tanggungjawab nafkah bapa terhadap anaknya itu.” 

Selain itu, menurut ulama mazhab Syafi'i, zakat fitrah yang dikeluarkan oleh bapa bagi anak perempuan yang telah baligh dan berkemampuan adalah tidak sah kecuali setelah mendapat izin atau diwakilkan oleh anak perempuan tersebut.

Kesimpulannya, seorang perempuan yang belum berkahwin, jika telah baligh dan berkemampuan, wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri. Sekiranya zakat fitrah tersebut dibayar oleh bapanya, ia hendaklah dilakukan dengan izin atau persetujuan terlebih dahulu daripada anaknya.

p/s; Jangan lupa ya bayar zakat fitrah yang belum bayar.✨

#KongsiRaya

3/19 Diedit kepada

... Baca lagiSebagai seorang wanita bujang yang berkerjaya dan tinggal bersama keluarga, topik mengenai zakat fitrah memang penting untuk difahami dengan jelas. Pengalaman saya sendiri sebagai wanita yang bekerja sepenuh masa dan tinggal bersama ibu bapa di kampung menunjukkan bahawa sebenarnya kita mempunyai tanggungjawab sendiri untuk membayar zakat fitrah, terutama apabila sudah baligh dan berkemampuan. Saya pernah berdepan situasi di mana ayah saya ingin membayar zakat fitrah bagi pihak saya, namun saya lebih selesa membuat pembayaran sendiri kerana itu hak saya yang wajib dipenuhi. Dalam Islam, zakat fitrah bukan sahaja satu ibadah yang wajib, tetapi ia juga simbol kepedulian kita terhadap golongan memerlukan serta satu bentuk penyucian diri menjelang hari raya. Ulama mazhab Syafi’i menyatakan bahawa seseorang yang sudah dewasa dan memiliki kemampuan ekonomi adalah bertanggungjawab membayar zakat fitrah sendiri tanpa mengharapkan nafkah daripada keluarga. Ini bermakna wanita bujang yang bekerja dan memperoleh pendapatan adalah termasuk yang wajib membayar zakat fitrah sendiri. Selain itu, perlu diingat bahawa jika pihak keluarga, seperti ayah, ingin membayar zakat fitrah atas nama anak perempuan mereka, persetujuan dan izin daripada anak tersebut sangat diutamakan supaya pembayaran itu sah dan memenuhi syarat-syarat zakat. Ini juga menunjukkan pentingnya komunikasi dalam keluarga agar ibadah ini dapat dijalankan dengan niat yang betul dan ikhlas. Dalam amalan harian saya, saya mengutamakan membuat pembayaran zakat fitrah seawal mungkin setiap kali tiba bulan Ramadan agar tidak terlupa dan memastikan zakat sampai kepada yang berhak tepat pada waktunya. Saya juga menggunakan platform digital yang memudahkan pembayaran zakat fitrah tanpa perlu keluar rumah, satu kemudahan yang sangat membantu wanita bekerjaya seperti saya. Sekiranya anda masih ragu-ragu tentang siapa yang wajib bayar zakat fitrah dalam keluarga anda, saya sarankan untuk merujuk kepada pihak masjid atau pejabat zakat terdekat untuk mendapatkan nasihat yang tepat bersesuaian dengan situasi anda. Ini penting agar kewajipan agama dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tidak terjadi kekeliruan. Akhir sekali, jangan lupa bahawa membayar zakat fitrah bukanlah beban, malah ia adalah suatu amal mulia yang memberi keberkatan dan membersihkan harta sebelum kita menyambut Aidilfitri. Semoga perkongsian ini memberi manfaat terutama kepada wanita muda yang berkerjaya supaya lebih jelas dan yakin dalam melaksanakan tanggungjawab ini.

9 komen

Imej Dberry
Dberry

kmk abg yang bayarkan ....sbb nya jadi ketua keluarga plus kmk x kerja tetap..ambik side income jk ..🥰

Lihat lagi(1)
Imej Anne Sandra
Anne Sandra

adik ipar sandra prmpuan bujang dan bkerjaya . Dia bayar sdri zakatnya

Lihat lagi(2)

Lihat lebih banyak komen

Siaran berkaitan

Imej memaparkan kadar zakat fitrah mengikut negeri di Malaysia bagi tahun 1447H/2026M. Ia menyenaraikan kadar minimum (wajib) dan kadar galakan untuk setiap negeri, serta menjelaskan pembayaran zakat fitrah berdasarkan harga beras yang dimakan di rumah.
kadar bayar zakat mengikut negeri
berbeza mengikut setiap negeri dengan kadar bayaran tertentu . #RamadanBermakna #IsiJer #ViralKini
ʚalyaɞ

ʚalyaɞ

2 suka

𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗞𝗘 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗞 𝗔𝗬𝗔𝗛? 🤔
Anak yang soleh memang nak mudahkan urusan orang tua, tapi ada satu 𝘀𝘁𝗲𝗽 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 yang ramai terlepas pandang kalau nak tolong bayarkan zakat fitrah mereka. 📝✨ Dengar penjelasan 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝗜𝗱𝗿𝘂𝘀 ni sampai habis. Jangan main bayar je kalau nak ibadah kita 𝘀𝗮𝗵 & 𝘀𝗲𝗺𝗽𝘂𝗿𝗻𝗮! 💸 Korang dah 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮
Mohamad Wafiy

Mohamad Wafiy

18 suka

[AKAUN GAP WAJIB BAYAR ZAKAT EMAS?]
Kalau simpan emas dlm akaun GAP tanpa fizikalkan emas, wajib ke bayar zakat emas? Haaa, tgk video sampai habis, nanti tahu lah wajib ke tak wajib utk bayar zakat emas #PublicGold #G100 #FarithPublicGold
FARITH | EMAS & KEWANGAN

FARITH | EMAS & KEWANGAN

0 suka

jangan sampai, Zakat fitrah kita TIDAK SAH
Kadang kita sudah merasa lega… “Alhamdulillah zakat fitrah sudah.” Tapi malam-malam sebelum tidur, pernah nggak kepikiran… Sudah benar belum caranya? Kita sibuk urus dapur. Urus anak. Urus suami. Sampai kadang zakat cuma jadi checklist tahunan. Padahal itu yang menyucikan kita setelah R
a͓̽m͓̽o͓̽y͓̽ i͓̽m͓̽u͓̽t͓̽

a͓̽m͓̽o͓̽y͓̽ i͓̽m͓̽u͓̽t͓̽

430 suka

Imej ini menjelaskan hukum zakat fitrah bagi anak perempuan yang sudah bekerja, menyatakan mereka lebih berhak membayar sendiri dan boleh membayar untuk ibu bapa. Ia juga menggalakkan pembayaran zakat secara online melalui Penolong Amil Zakat Selangor yang bertauliah.
ZAKAT FITRAH DAH BAYAR KE BELUM??
#zakatfitrah
ayin.official🇲🇾🇵🇸

ayin.official🇲🇾🇵🇸

2 suka

Skrin utama aplikasi Touch 'n Go eWallet menunjukkan cara membayar Zakat Fitrah. Terdapat pilihan untuk melihat baki, transaksi, dan pelbagai perkhidmatan lain.
Bahagian 'Recommended' dalam aplikasi Touch 'n Go eWallet. Pengguna perlu menekan butang 'More' yang ditunjukkan dengan anak panah untuk melihat lebih banyak pilihan.
Skrin 'Bills & Utilities' dalam aplikasi. Pengguna perlu memilih ikon 'Bills' yang diserlahkan untuk meneruskan proses pembayaran bil.
BOLEH BAYAR ZAKAT DENGAN TOUCH AND GO 🫶🏻❤️👍🏻
🌸Dear Pretty and Independence woman yang nak bayar zakat tapi tak ada masa nak buat pembayaran dekat lembaga zakat ataupun booth zakat yang telah disediakan?Ataupun malu nak ucap niat pembayaran zakat dekat pakcik2 yang jaga tu😆 🌸Jangan risau korang boleh buat pembayaran dengan cara paling mudah i
🌸샤 양 지 야🌸

🌸샤 양 지 야🌸

3 suka

Imej ini menerangkan tentang hukum Qada dan Fidyah puasa Ramadan, terutamanya bagi wanita. Ia menyenaraikan golongan yang boleh meninggalkan puasa serta kewajipan Qada atau Fidyah mereka. Turut disertakan info dan kadar Fidyah yang perlu dibayar.
tak sempat ganti puasa KENA bayar FIDYAH !
haiii lemonnss 🥳 hahhh bulan ramadhan dah tiba dah habis ganti puasa ke tu ? mana masi smpt bole ganti tau kalo tak sempat habis jangan lupa bayar fidyah tau ikut kiraan negeri masing2 tau #SharingIsCaring Ni CONTOH KIRAAN TAU 1 cupak beras rm1.75 x7 hari tak puasa =rm 12.25 kena bayar
Me.SARAH

Me.SARAH

6 suka

Done Zakat✅
Salam ramadhan guyzz❤️ U all dah bayar zakat tak? share lah sikit story korang😘 saya dan suami sudah bayar zakat di puasa yg ke-24😘 #RamadanBermakna
hitammenawan

hitammenawan

1 suka

Imej menunjukkan tajuk "KADAR ZAKAT FITRAH IKUT NEGERI TAHUN 2026" dengan latar belakang wang kertas Ringgit Malaysia. Terdapat ikon masjid, bulan sabit dan bintang, serta logo Lemon8.
BERAPA KENA BAYAR ZAKAT FITRAH TAHUN NI?
Alhamdulillah, kadar Zakat Fitrah 1447H / 2026 bagi setiap negeri telah diumumkan. Zakat Fitrah bukan sekadar angka tetapi ia tanda syukur kita atas nikmat Ramadan dan bukti kasih kepada saudara yang memerlukan. Bayarlah mengikut harga beras yang kita makan, dan jika ada kemampuan, pilihlah kada
Ainul Mustafa

Ainul Mustafa

6 suka

Zakat
caca dboss

caca dboss

7 suka

Gambar ini memaparkan dua kaedah pengiraan zakat pendapatan. Cara 1 mengira 2.5% daripada pendapatan kasar RM48,000, menghasilkan zakat RM1,200. Cara 2 menolak perbelanjaan dibenarkan, menjadikan pendapatan layak zakat RM15,520, dengan zakat RM388.
PANDUAN KIRA ZAKAT PENDAPATAN
Panduan Kira Zakat Pendapatan Sahabat pilih cara 1 atau cara 2??? Jika pilih cara 1, Zakat ialah sebanyak RM1200 setahun, sebulan hanya RM100 (RM1200/12 bulan) Jika pilih cara 2, Zakat ialah sebanyak RM358 setahun. Sebulan hanya RM29.90. Cara 2 adalah yang popular kerana boleh tolak bela
Siah Omar

Siah Omar

1 suka

Gambar sampul dengan judul "2026 Jangan Asal! Zakat Fitrah Ternyata selama ini salah!!" menampilkan seorang wanita berhijab di samping karung beras bertuliskan "Zakat Fitrah", dengan teks "IRT 20-30an Baca ya!".
Gambar menjelaskan definisi Zakat Fitrah sebagai zakat wajib berupa makanan pokok (bukan uang) sebesar 2,7kg-3kg beras atau 3,5 liter, dengan latar belakang karung beras.
Gambar menjelaskan fungsi Zakat Fitrah untuk membersihkan ibadah puasa dan sebagai penanda hari kemenangan, serta waktu pelaksanaannya dari terlihat hilal hingga sholat Idul Fitri.
PENJELASANNYA ZAKAT FITRAH‼️ LENGKAP
Hi lemonade babes 💛🍋 Tiap akhir Ramadhan kita selalu diminta tunaikan zakat fitrah, ya. Sebenarnya fungsinya apa sih? Kenapa harus beras? “Ribet ah beli beras, mending kasih uang aja!” Eits, zakat fitrah nggak bisa asal keluarin uang, lho 😉 Semua penjelasan lengkapnya sudah aku bahas di
rani septiani

rani septiani

20 suka

Imej menunjukkan pelbagai jenis emas simpanan seperti gold bar dan dinar, dengan soalan "Simpan Goldbar KENA BAYAR ZAKAT?" dan ajakan "Jom belajar kira zakat!".
Imej menerangkan syarat wajib zakat emas: cukup nisab 85g dan cukup haul setahun (354 hari Hijrah atau 365 hari Masihi) serta dimiliki berterusan.
Imej menasihatkan untuk mendapatkan nilai emas semasa bagi kiraan zakat dengan menghubungi pusat zakat negeri atau menggunakan kalkulator zakat rasmi.
📍Jom check kome layak bayar zakat emas ke idak! 🌟
#NakTanya kome tau tak pasal zakat emas simpanan ni? Ala emas yang kita simpan je, tak pakai. Macam goldbar dan dinar emas 999.9 tu. Selalu orang ingat emas perhiasan macam gelang, rantai, cincin tu je kan kena bayar zakat? #SetujuTak ? But nope! Emas simpanan begini pun kena zakat juga ok!
Elifa Ismail 💜

Elifa Ismail 💜

12 suka

IRT Baca Niat Bayar Zakat Fitrah Ramadhan 2026
Haaaiii 🤗 assalamu'alaikum teman-2 🍋💙 NIAT ZAKAT FITRAH* 1. Niat Menunaikan Zakat Untuk Diri Sendiri نويت أن أخرج زكاة الفطر عن نفسي فَرْضًا الله تعالى "Nawaitu an ukhrija zakaata al-fitri 'an nafsi fardhan lillahi ta'ala" Artinya: Aku niat mengeluarkan zakat fi
Eva 328708

Eva 328708

4 suka

Gambar pasangan di ladang kelapa sawit dengan teks "Tak Sempat Ganti Puasa? WAJIB BAYAR FIDYAH" menyerlahkan kepentingan membayar fidyah jika tidak dapat mengganti puasa.
Gambar pasangan di ladang kelapa sawit dengan maklumat tentang syarat ganti puasa dan fidyah, termasuk jika ganti lewat atau tidak mampu berpuasa langsung, serta kes puasa 2024 yang belum diganti.
Gambar pasangan di ladang kelapa sawit dengan maklumat cara pembayaran fidyah, termasuk kadar 1 cupak RM1.75, contoh kiraan RM12.25 untuk 7 hari, dan pilihan bayaran tunai atau online.
Tak Ganti Puasa ➡️ Bayar Fidyah
Dah ganti puasa belum ? Lagi sebulan ni ! Haaa siapa tak sempat, get ready bayar fidyah. Wajib ye! #Hello2026
Afiqah Zahra

Afiqah Zahra

21 suka

Lihat lagi