Beza ada cucuk ubat
👏 Hari ini saya gembira melihat pak cik datang semula untuk pemeriksaan.
Semalam bacaan gula selepas makan mencecah 17.6 mmol/L kerana terlupa suntik insulin sebelum makan.
Hari ini pula... 🩸
Bacaan gula sudah turun kepada 8.6 mmol/L.
❤️ Ini menunjukkan dos insulin yang digunakan masih memberikan kawalan yang baik apabila diambil pada masa yang betul.
Tekanan darah juga stabil.
Nadi yang semalam agak laju kini sudah kembali ke julat normal. 👍
Saya cuma pesan kepada pak cik...
💉 Teruskan suntik insulin seperti yang diarahkan.
🍚 Makan seperti biasa selepas suntikan.
😊 Kekalkan rutin seperti hari ini.
Kadang-kadang perubahan kecil dalam rutin harian boleh memberi perubahan yang besar pada bacaan gula.
4 hari laluDiedit kepada
Doctor ada ke insulin yang suntik saja terus makan,tidak perlu tunggu 30 minit