MASHED POTATO ALA KFC, FAV ANAK ANAK🥔🥔
First time buat mashed potato nie time anak sy start boleh mkn solid food. 6 bln. puree paling senang time tu(hasil rujukan fb group). kalau baby version, kite guna (kentang+lobak merah+unsaltedbutter+susu ibu) dan sampai sekarang masih suka mashed potato. boleh hadap dekat dia sorang je😅 #MyJourney
Tetibe tadi anak mintak mashed potato wak. jadi kite gune je resepi nie. senang je. semua boleh blend🥰 #MakanDiary
RESEPI MASHED POTATO ALA KFC
🥔Bahan-bahan:
-8 biji kentang
-1 kotak kecil susu segar
-Sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
-Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara-caranya:
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata..sy guna hand blender nk senang.. Dpt texture halus.
🫙Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy):
– 1 labu bawang besar (dadu)
– 2 ulas bawang putih (dadu)
– 4 sudu butter
– 2 sudu tepung gandum@ jagung
– 2 kiub ayam
– lada hitam dan sulah
– 2 1/2 cawan air
Cara-cara:
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel)
2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air ( sikit2 smbil kacau ) dan kacau sehingga sebati.tutup api masuk blender.. Blend sampai semua hancur. Masak balik atas api sederhana.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.
Siap!
Saya ingin kongsikan pengalaman saya menyediakan mashed potato ala KFC untuk anak saya sejak dia mula makan makanan solid pada usia 6 bulan. Masa itu, saya gunakan campuran kentang, lobak merah, unsalted butter dan susu ibu untuk tekstur yang lembut dan mesra bayi. Rasanya sangat ringan dan mudah ditelan anak. Selain itu, saya dapati penting untuk menggunakan kentang yang segar dan susu segar untuk mengekalkan rasa berlemak dan tekstur gebu pada mashed potato. Cara penyediaan yang mudah dengan merebus kentang sampai empuk dan kemudian menggunakan hand blender menjadikan tekstur mashed potato halus dan menyenangkan untuk semua usia. Untuk menambah kelazatan, saya selalu buat sos gravy sendiri yang dicampur dengan bawang besar dan bawang putih yang ditumis sehingga ke warna caramel, kemudian kacau pula dengan tepung gandum dan kuah ayam yang pekat. Sos ini memberikan rasa yang lebih menarik dan sesuai untuk disajikan bersama mashed potato. Sejujurnya, menyediakan mashed potato homemade ini bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi juga memastikan bahan-bahan yang digunakan bebas dari bahan pengawet dan pewarna tiruan, sesuai untuk anak yang sedang membesar. Anak saya memang sangat suka dan selalunya boleh makan sendiri tanpa masalah. Kalau korang nak hasil yang lebih berperisa, boleh tambahkan sedikit lada hitam dan lada sulah mengikut citarasa. Tapi bagi anak kecil, saya pastikan tidak terlalu pedas agar tidak mengganggu perut mereka. Saya percaya mashed potato ala KFC ini adalah pilihan yang sihat dan mudah untuk sesiapa yang ingin cuba menu baru buat anak atau keluarga. Selamat mencuba dan jangan lupa sesuaikan resepi mengikut citarasa korang semua!

pengalaman Sis ex staff KFC,better buat sendiri mash ni.SEBAB yg gravy tu deme guna dari minyak ayam tau TAKTIPU jujur dari Sis