SATU HARI, SATU AYAT RINGKAS ❤️
Sejujurnya, bila mula belajar bahasa Mandarin dari zero, saya sendiri cepat rasa overwhelmed. Banyak sangat perkataan dan tona bunyi berbeza, sampai kadang-kadang nak give up. Jadi saya cuba cara paling ringkas: satu hari, satu ayat mandarin sahaja. Lama-lama, bila konsisten, kita boleh faham dan ingat lebih banyak tanpa stress. Contoh dalam nota saya: "Semalam saya pulang awal". Dalam Mandarin, ayatnya ialah "昨天我早回" (zuó tiān wǒ zǎo huí). Saya akan tulis macam ni dalam nota: 昨天 (zuó tiān) = semalam 我 (wǒ) = saya 早回 (zǎo huí) = pulang awal Lepas tu saya tulis sekali terjemahan bahasa Melayu: "Semalam saya pulang awal". Bila buat nota bahasa mandarin macam ni, saya akan baca kuat-kuat beberapa kali, lepas tu cuba guna ayat tu dalam kehidupan seharian. Contohnya, kalau sembang dengan kawan yang faham Mandarin, saya cuba selitkan ayat yang saya baru belajar hari itu. Tips saya untuk buat nota bahasa Mandarin sendiri: 1. Fokus pada ayat harian yang memang kita akan guna, contohnya ayat tentang masa, keluarga, kerja, makan, dan sebagainya. 2. Tulis hanzi (tulisan Cina), pinyin, dan maksud dalam bahasa Melayu. Tiga-tiga ni penting supaya kita nampak struktur ayat dengan jelas. 3. Jangan takut salah tona. Yang penting mula dulu. Bila dah biasa dengan pinyin, baru perlahan-lahan perbaiki tona. 4. Simpan nota dalam satu buku atau apps yang sama. Saya suka tanda ayat yang saya dah kuasai dengan warna lain. Untuk pemula, boleh mulakan dengan beberapa ayat ringkas lain selain "Semalam saya pulang awal": - 今天我很忙 (jīn tiān wǒ hěn máng) = Hari ini saya sangat sibuk. - 我喜欢学习中文 (wǒ xǐ huān xué xí zhōng wén) = Saya suka belajar bahasa Mandarin. - 我住在马来西亚 (wǒ zhù zài mǎ lái xī yà) = Saya tinggal di Malaysia. Saya perasan, bila saya jadikan rutin "1 hari, 1 ayat ringkas Mandarin", motivasi belajar jadi lebih konsisten. Tak rasa terpaksa, lebih kepada seronok sebab setiap hari ada ayat baru yang saya boleh faham dan guna. Kalau anda pun tengah cari nota bahasa mandarin yang mudah, cuba method ni: sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Yang penting, jangan bandingkan dengan orang lain, cukup bandingkan dengan diri sendiri semalam — semalam mungkin tak tahu apa itu "昨天我早回", tapi hari ini sudah faham dan boleh sebut dengan yakin.







































































terima kasih cikgu 👍