🤍 Wallpaper terakhir 🤍
Malam itu, Naraya Aurelia duduk di tepi katil dengan telefon di tangan. Skrin menyala, tapi bukan wajah lelaki itu lagi yang muncul. Bukan lagi senyum yang pernah dia letakkan di depan matanya setiap kali dia bangun tidur, setiap kali dia menghela nafas penat.
Kini, yang terpampang adalah dirinya sendiri. senyum yang lama terpendam, cahaya matahari senja yang jatuh di wajahnya. Gambar yang sederhana, tapi anehnya lebih menenangkan daripada ratusan potret lelaki yang pernah jadi pusat hidupnya.
Orang lain mungkin tak faham. Mereka hanya nampak perubahan di status WhatsApp, wallpaper yang berganti. Ada yang diam-diam bersorak dalam hati, "Akhirnya, Naraya lepaskan." Ada yang hanya melihat sepintas lalu, namun terasa aura barunya.
Naraya tersenyum kecil. Dia tahu, di luar sana mungkin ada seorang lelaki yang selalu cepat melihat statusnya. Mungkin dia gembira, mungkin dia dari jauh. Tapi itu bukan perkara utama lagi. Yang penting, Naraya akhirnya belajar: wallpaper bukan sekadar gambar. Ia adalah cermin jiwa.
Gambar lelaki itu tetap disimpan... bukan untuk ditatap setiap hari, tapi sebagai arkib, sebuah bab dalam hidup yang pernah ada. Namun, wallpaper sekarang adalah pengisytiharan:
"Aku tidak lagi bayangan sesiapa. Aku adalah cahaya untuk diriku sendiri."
Malam itu, ketika dia meletakkan telefon di sisi bantal, hati Naraya terasa paling ringan. Bukan kerana dia lupa wajah itu, tapi kerana dia akhirnya memilih wajahnya sendiri.
Namun, bila mata hampir terpejam, ada satu rasa aneh yang bergetar. Ringan, ya, tapi seperti ada helaian buku yang belum dibaca. Sesuatu masih tertinggal.
Bukan rindu pada lelaki lama, bukan juga luka. Tetapi... perasaan bahawa dunia masih ada sesuatu yang mahu dihantar kepadanya.
Telefon di sisi bantal berbunyi sekali... bukan notifikasi status, bukan pesan berantai, tetapi sebuah mesej ringkas. Nama pengirim tidak asing, dia lelaki yang selalu muncul paling awal di senarai viewers.
"Aku tahu aku cuma diam dari jauh. Tapi setiap kali kau pilih untuk jaga hati, aku lega. Aku doakan kau tenang. Selalu."
Naraya menatap mesej itu lama-lama. Hatinya tidak melonjak, tidak juga rebah. Ia hanya terasa....lengkap. Seolah-olah ruang kosong yang dia rasa tadi akhirnya terisi.
Malam itu, dia tersenyum lagi. Kali ini, bukan hanya kerana memilih dirinya sendiri, tapi kerana dia tahu: di dunia ini, ada doa yang terus memeluknya dalam diam.
Dan mungkin, doa itulah sesuatu yang selama ini tertinggal untuk dia temukan.
~ Naraya Aurelia.... bukan bayangan sesiapa, tapi cahaya untuk dirinya sendiri ~





























🥰🥰🥰