Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang coach online yang banyak membantu wanita terutama ibu berusia 40an, saya faham betapa rumitnya untuk menurunkan berat badan dalam usia ini. Bukan sekadar soal kalori yang diambil, tetapi hormon dan kesihatan usus memainkan peranan besar dalam menentukan keberhasilan usaha menurunkan berat badan. Sebagai contoh, perubahan hormon ketika usia 40an boleh menyebabkan metabolisme badan perlahan, mengakibatkan rasa berat dan kesukaran untuk menurunkan berat. Selain itu, masalah usus seperti ketidakseimbangan bakteria baik dan buruk boleh menyebabkan kembung perut dan selera makan yang tidak terkawal. Untuk itu, saya sentiasa menekankan pentingnya gaya hidup sihat yang menyeluruh. Ini termasuk pengambilan makanan yang kaya dengan serat dan probiotik untuk membantu kesihatan usus, pengurusan stress untuk menstabilkan hormon, serta rutin senaman ringan yang konsisten. Mengelakkan makanan tinggi gula dan proses juga membantu mengurangkan craving yang kerap dirasai. Saya juga galakkan untuk memantau perubahan dan kesan diet serta rutin latihan melalui jurnal atau aplikasi supaya anda dapat lihat kemajuan walaupun kecil. Jangan cepat putus asa kerana proses ini memerlukan kesabaran dan komitmen. Dengan pendekatan yang betul dan sokongan yang sesuai, ibu-ibu berusia 40an juga mampu mencapai berat badan impian mereka dan kekal sihat.

1/2
Awak juga mungkin menyukai
Tiada kandungan
Lihat lagi pada aplikasi
Lihat lagi pada aplikasi
Lihat lagi pada aplikasi
0 disimpan
7/31 Diedit kepada
