Kering atau Basah?
Tahi Telinga Anda Jenis Kering atau Basah? Jawapannya Menentukan Adakah Ketiak Anda 'Masam' Atau Tidak. 👂👃
Cuba ingat balik kali terakhir anda korek telinga (guna pengorek besi atau cotton bud).
Apa rupa hasil tuaian anda?
A - Kering: Berhabuk, serbuk putih/kelabu, dan tidak melekit.
B - Basah: Likat, berminyak, warna kuning gelap/coklat, dan melekit.
Tahniah kepada Kumpulan A (Kering).
Anda sebenarnya telah memenangi "Loteri Genetik".
Kajian genetik mendapati bahawa tekstur tahi telinga manusia dikawal oleh satu gen bernama ABCC11. Apa yang mengejutkan, gen yang sama ini juga mengawal penghasilan bau badan di bawah lengan (ketiak).
Kenapa?
Tubuh kita ada kelenjar peluh dipanggil Apocrine Glands (banyak di ketiak dan alat sulit). Kelenjar inilah yang keluarkan peluh yang disukai bakteria. Bila bakteria makan peluh ni, barulah terhasil bau "masam" atau B.O (Body Odor).
1. Geng Tahi Telinga Kering
Genetik anda menyebabkan kelenjar Apocrine anda kurang aktif. Ketiak anda kurang menghasilkan bahan yang bakteria suka. Jadi, secara semulajadi, badan anda KURANG BERBAU walaupun berpeluh. Ramai orang Asia Timur (Korea, Jepun, China) dan sebahagian orang Melayu ada gen ini. Anda mungkin tak perlu pakai deodoran pun tak apa!
2. Geng Tahi Telinga Basah
Genetik anda adalah jenis dominan (biasa pada orang Eropah & Afrika). Kelenjar Apocrine anda sangat aktif. Maka, anda wajib berkawan baik dengan deodoran. Jika lupa pakai sehari, satu pejabat boleh bau kehadiran anda.
Fakta Menarik
Di Korea Selatan, jualan deodoran sangat rendah berbanding negara lain. Kenapa? Kerana hampir 100% rakyat mereka mempunyai gen tahi telinga kering (Mutasi genetik). Mereka memang tak berbau badan secara genetik!
Jadi, janganlah pelik kenapa kawan anda tak mandi pagi pun badan dia tak bau, sedangkan anda baru sejam keluar rumah dah berbau bawang. Itu bukan salah takdir, itu salah Gen ABCC11.
Sekarang, cuba check telinga masing-masing. Anda Kumpulan A atau B? Jujur ya!
Kalau saya A geng bertuah😁
Kredit : FB PHM













































🤣🤣 klu langsung x ada taih MCM mana tu Sya punya telinga bersih loh